jump to navigation

Program Sukan Malam 2007 June 27, 2007

Posted by sinchan in Aktiviti.
trackback

willy.jpg

Putrajaya – Kementerian Belia dan Sukan telah melancarkan program Sukan Malam bagi menangani masalah mat rempit di kalangan remaja.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said, program tersebut diyakini dapat mengatasi masalah penagihan dadah dan penglibatan belia di kelab-kelab malam. Menurut Azalina, program tersebut berupaya menggerakkan pembangunan modal insan di kalangan belia selain memastikan mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan sukan.

‘‘Bayaran yang paling minimum akan dikenakan kepada para peserta bagi memastikan kesungguhan mereka menyertai program tersebut,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Azalina menjelaskan, program Sukan Malam diwujudkan bagi memberi peluang kepada golongan muda mengisi masa lapang dengan bersukan pada waktu malam.

Katanya, kajian terkini Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) mendapati para belia amat berminat dan optimis terhadap sukan tetapi tiada kemudahan disediakan untuk mereka.

‘‘Kesuntukan masa pada waktu siang menyebabkan para belia tidak mempunyai ruang yang cukup untuk bersukan justeru program seumpama ini dapat membantu mereka beriadah.

‘‘Kita menyasarkan bandar-bandar besar seperti Shah Alam, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bharu sebagai lokasi strategik untuk program Sukan Malam,” katanya.

Program tersebut merangkumi program sukan bermotor seperti motosikal, kereta dan go-kart sementara bagi program sukan konvensional termasuk bola jaring, futsal dan 3 x 3 bola keranjang.

Sukan-sukan x-games pula termasuk roller blade, roller skate dan basikal lasak BMX.

Mengulas mengenai program sukan bermotor malam beliau berkata, pertandingan motosikal berkapasiti bawah 125 cc secara terbuka akan dianjurkan.

Azalina menjelaskan, format pertandingan berpandukan undang-undang dan hanya 50 motosikal dibenarkan bertanding pada satu-satu masa.

‘‘Beberapa aktiviti sampingan berkaitan permotoran akan turut diselitkan bagi menimbulkan kesedaran kepada peserta supaya mengutamakan keselamatan,’’ katanya.

Aturcara Program Sukan Malam Sepanjang 2007

sukan-mlm-bj.jpg

jadual-skn-mlm2.jpg

Comments»

1. farabird - January 20, 2008

2008 biler start??

2. anti_bush - January 31, 2008

yalah sukan malam tapi lepas sukan malam tu mereka bukan terus blik tpi berkemungkinan besar pergi ke sukan subuh pula

3. kobong - February 18, 2008

x pe la lepas kan tension…highway machap

4. yunashiro - May 11, 2008

sya nak tahu sukan mlm nei dah x da ter…bukan aper dulu teteorg slalu join benda nie…maklumlah umah pun dpan stadium….sye slalu lpak kat trek go kad 2….skrang bring aktiviti x da….harap program nie diadakan lg…mesti meriah idud nanti…

5. jaydee - June 5, 2008

saya cuma nk tanye,sukan malam ni ade lg tak skang?

6. mr _payes - November 7, 2008

saye nak di shah alam lagi.. untuk thn 2008 !!!!!!!!!!!

7. semOc - November 7, 2008

saye mnat sgt dgn skan malm nie…k harap2 ade lagi la di stadium shah alam,,k dari sekumpulan geng saye..harap maklum

8. imaH - July 17, 2009

apa kbaikn sukan mlm utk remaja msa kini?
dptka mreka mmbntu ngra mlysia utk maju dlm bidg sukan?

9. kaza - August 8, 2009

x buat kat sarawak ker dak2 semenanjung dah ker bumi sarawak boring la

10. kaza - August 8, 2009

imah awak nak ker abang2 mati x der namer.sekuang2nyer ader lajugak sukan malam nih dari menyusahkan orang tolll x mat

11. atoi - August 20, 2009

rasae2nye dah tak dae….kalu teror nak race malam gak tutup lampu depan, lalu kat jalan gombak lama tembus ke bentong. tengok sape teror.

12. nak sukan malam - October 14, 2009

sukan malam da x de bb da dato azalina da brhnti,hope abg hairi n ejam discus gn menteri kbs y baru…ktrg nk sukan malam lek!!!!
hidup kbaamb_33

13. daniel - December 7, 2009

kami smua mahukan sukan mlm d adakn kmbali.


Leave a comment