jump to navigation

50 kompleks sukan komuniti idea bagus – tapi mana dia ? January 31, 2007

Posted by sinchan in Belia.
12 comments

kompleks1.jpgKompleks Sukan Komuniti yang bakal diwujudkan di 50 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara merupakan langkah sulung Kementerian Belia dan Sukan membangunkan sukan sehingga ke peringkat akar umbi.Menterinya, Datuk Azalina Othman Said berkata, melalui pembinaan kompleks komuniti ini, orang ramai boleh menikmati pelbagai kemudahan sukan dan tidak hanya terhad kepada gelanggang terbuka yang terdapat di seluruh negara ketika ini. (more…)

Bolasepak kita kini menjadi barah? January 30, 2007

Posted by sinchan in Sukan.
25 comments

ymb.jpgTentu sekali masih ramai yang mengigati  zaman kegemilangan bolasepak tanah air ketika  Malaysia segagah pasukan  Jepun dan juga  Korea . Perlawanan  antara Korea atau Jepun. Nama-nama seperti Mokhtar Dahari , Syed Ahmad, Isa  Bakar , Ali Bakar,Bahwandi Hiralal, Soh Chin Aun , M Chandran , V Arumugam , Santokh Singh dan banyak lagi wira-wira  pasukan Malaysia amat di geruni oleh pasukan Korea  dan juga Jepun.

Negara kita  juga  pernah melayakkan diri sebanyak dua  kali  ke  Sukan Olimpik dan sering mejadi juara Piala   Merdeka pada ketika itu yang merupakan satu pertandingan yang  terhebat di rantau Asia ini. (more…)

Sukan Malam – gaya hidup baru belia January 24, 2007

Posted by sinchan in Aktiviti.
21 comments

sm7.jpgBARU-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said mengumumkan pelancaran Sukan Malam atau Night Sports sebagai satu lagi peluang mengisi masa lapang di kalangan belia di negara ini. Sukan Malam itu akan menawarkan kemudahan untuk sukan konvensional seperti bola jaring, futsal, go-kart dan motosikal.
(more…)

Program Sukan Malam galak remaja berpeleseran January 24, 2007

Posted by sinchan in Aktiviti.
17 comments

sukan malam2Program Sukan Malam bakal menambahkan aktiviti berpeleseran dan keluar malam bagi golongan remaja serta menggalakkan lagi mat rempit melibatkan diri dalam dunia perlumbaan permotoran.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidik dan Kaunseling Universiti Malaya, Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, walaupun Sukan Bermotor Malam diadakan di kawasan khas, namun realitinya ia masih berlumba.

(more…)