jump to navigation

Rosnah Mat Aris menghina isteri Rasulullah s.w.t February 2, 2007

Posted by sinchan in hiburan.
trackback

Sebuah program yang mahu menjadi sensasi yang di kelolakan oleh TV3 nampaknya sememangnya kini menjadi sensasi apabila pihak TV3 tidak membuat  sebarang kawalan dan telah menyiarkan isu yang menyentuh sensitiviti umat  Islam.

Ini berlaku apabila Rosnah Mat Aris  seorang artis  yang tidak mahu mengakui akan usia yang kini sudah lewat SENJA  dan tidak lagi padan dengan penampilan serta kelakuan beliau. Dalam jangka  usia  melebihi 50 tahu saya jangka Rosnah tidak dapat menerima hakikat bahawa usia kini telah membawa  beliau ke alam “recycle” walaupun apa sekali ‘touch up’ yang beliau lakukan untuk memudakan kembali dirinya. Rosnah mengatakan bahawa usia hanyalah Nombor (membayangkan hakikat beliau tidak dapat menerima akan hakikat bahawa  sebenarnya beliau adalah seorang mak cik yang sudah tua. 

Untuk menghalalkan mata  masyarakat apabila bercinta dengan  remaja  muda, anak-anak ikan beliau telah menguris  hati  umat Islam apabila dengan selambanya mebandingkan nabi junjungan kita dengan keadaan yang beliau lakukan. Mungkin beliau lupa bahawa nawaitu nabi tidak sama dengan nawaitu beliau yang hanya berpaksikan kepada  keseronokan  dan mungkin nafsu.

Beliau telah mengatakan bahawa  Nabi juga  berkahwin dengan isteri yang lebih tua  dari baginda. Siapa Rosnah, mahu membandingkan dirinya dengan nabi?

Penonton kecewa kerana  komen itu datangnya dari seorang melayu yang jahil tentang sejarah Islam dan sejarah rasulullah.

Keyataan Rosnah bukan setakat menghina Rauslullah tetapi juga mempersendakan Islam.Ramai rakyat Malaysia  yang  merasa terhina,(bukansahaja melihat pakaian dan juga cara  fesyen rambut rosnah) dengan keyataan Rosnah dan berharap Rosnah  memohon maaf secara terbuka dan di harap pada masa  depan Rosnah  lebih beradab dengan kata-kata kerana  dengan menghina  isteri Rasulullah boleh merosakkan iman dan akidah.

About these ads

Comments»

1. Hiadayah - February 2, 2007

Terima kasih kepada web master yang telah membuka topik ini. saya terpanggil juga untuk sama -sama memberikan komen kerana merasa kecewa dengan apa yang telah saya sekualrga saksikan di dalam program sensasi.

Terlebih dahulu selawat dan salam untuk jujungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan para sahabat.

Bagi saya beginilah akibatnya jika kita asyik dengan duniawi dan sesekali mehu kembali mengigati Allah subhanahiwatalla. Adakal dunia glamour ini bagaikan mahu menghalalkan perbuatan yang haram dan dengan kecetekan ilmu lantas mahu dipadankan dengan hadis dan kisah yang hanya diketahui serba sedikit.

Mungkin Rosnah lupa beliau sedang ditotoni oleh jutaan rakyat Malaysia dan mendengar setiap patah yang beliau sampaikan. hanya kerana mahu menegakan benang yang basah beliau sanggup membandingkan diri beliau dengan nabi.

Beliau tidak pula membandingkan kelakuakn dan cara penampilan beliau dengan isteri junjungan nabi.

Sebaiknya Rosnah kembali bertaubat dan kembali kelandasan yang benar, kerana apa yang dilihat oleh kita cara dan penampilan Rosnah agak terkeliru.

Saya tidak kagum dengan ayat yang di tuturkan oleh Rosnah dan menganggap satu ayat keramat yang bijak, Kubur kata mari , rumah kata pergi – Apakah kamu dengar kubur panggil aku. Saya merasakan itu adalah merupakan ayat yang membayangkan betapa jengkelnya pengetahuan dan IQ beliau.

Kesian tenguk Rosnah.

2. jamalulai keluang - February 2, 2007

Itulah dia TV3 asyik nak siarkan keburukkan orang lain tetapi tidak pula menyadari akan keburukkan program sendiri. Never like TV3 …ishhhhh

3. kudin kb - February 3, 2007

Seharus kita maafkan org seperti rosnah yg mungkib excited ketika itu dan cuba memberikan komen yg terbaik. Al maklumlah ketika terdesak pabila cuba diaibkan dg soalan2 yg sensasi. Nama pun sensasi.

4. jane labuan - February 4, 2007

Bagi penerbitan siri semsasi ini mereka tlh berjaya mensensasikan siri berkenaan.artis ada kala terlalu excited utk menjawab soalan sehingga terserlah kemampuan dan tahap iq mereka sebenar.ini lah tahap iq artis malaysia

5. inang - February 4, 2007

Saya tabik kat watie elitE yg nampak matang dab punya pemiliran yg pantas menjawab soalan dgn sopan.watie pandai menangkis soalan yg boleh mengaibkan dirinya dgn lebih matang berbanding dgn rosnah.apa juaberlaku sy ucapkan syabas kpd. Rosnah yg telahpun memohon maaf.

6. adiputra - February 4, 2007

Bagi sy tidak salah jika rosnah mahu bercinta dgn lelaki muda.itu hak dia.sepatutnya rosnah tak perlu gabra dan membandingkan isterI nabi dgn percintaan nya.ckp saja. Itu hak saya.3asanya tidak siapa yg dapat mempertikaikan.

7. azimah kadir - February 4, 2007

Rasanya seronok juga kalau bercinta dgn perempuan tua.suni 22 isteri 60…aduhhhh…bang nak ait kopi atau air tubgkat alia. Pujuk si isteri jam 12 mlm.can u imagine that…..

8. dayak - February 5, 2007

Jadi kerja artis ni fahaman mereka… “aku bukan makan babi, sentuh pun tidak…salah ke aku buat bisnes eksport babi?? kan kerja halal tuu”…. kata mereka

kata mereka besok dah tua boleh taubat….tapi ramai makin tua makin menjadi… ada yg macam dah taubat,,tapi berlakon balik… maknanya dah keluar dari tong tahi, dia masuk balik dalam tong tahi tu….ialah dah gian nak nuat macam mana…kata orang kalau tak makan pun hidu jadilahh

9. amantoya - February 5, 2007

Apa nak buat? kan semua artis macam tu… mana sempat.. takda masa nak baca AlQuran ke..nak ikuti kuliah agama ke..nak jaga akidah ke…nak belajar tauhid ke…kalau berpeluk..berlaga pipi laki pompuan kata mereka tak apa …kerana itu hanya lakonan …bukan betul betul..bukak aurat..itu fesyen

10. LILY - February 5, 2007

Sebenarnya banyak lagi kenyataan2 artis2 kita yg bercanggah dgn hukum syarak. Kadangkala yg haram mereka halalkan. Sepatutnya Menteri Penerangan M’sia patut buat sesuatu jgn nanti agama diperkotak katikkan. Kalau org bukan Islam yg buat kenyataan begitu kita cepat ambil tindakan tapi kalau org Islam sendiri kenapa tak buat sesuatu.

11. acai - February 6, 2007

Gitu-gitu le…. kita impikan umrah ke Mekah. impian depa nak umrah ke Holywood, kita mahzab Sunnah wal Jamaah, depa mahzab Sunat tak sunat boleh jamah….

12. tuantulis - February 6, 2007

Inilah bahana yang melanda ummah melayu sekarang, perhinaan dan kecaman ke atas agama Islam datang bertubi – tubi dan pelbagai arah. Daripada barat, yahudi, bukan melayu sehinggalah orang melayu sendiri sanggup mencerca dan menghina agama Islam yang suci ini. Kepada Rosnah Mat Aris bertaubatlah, kerana tiada yang boleh menolong diri anda kecuali anda sendiri. Ketahuilah agama Islam, para nabi, rasul, sahabat, isteri-isteri nabi bukan untuk mainan,bukan untuk gurauan. Fikirkanlah.

13. mankidal - February 6, 2007

Yang hairanya, rosnah juga boleh mempersendakan perkataan, apakah ko dengar kubur panggil aku…tak takut mati ke si Rosnah ini atau pun dia ni memang rasa macam tak akan mati atau tak mahu mati.

Dengan bangga dia juga berkata , jika dia pakai bersopan dan keluar dengan anaknya dan anak nya akan merasa malu dan mahukan rosnah berpakaian tak semenggah.

Itulah kalau anak telah didik dengan cara yang sedemikian, maka seketurunan lah akan mengikut jejak si ibu dan seterusnya si nenek. Mengapa rosnah banga dengan perkara-perkara sebegini.

14. Mustaffa - February 11, 2007

Rosnah Ikhlas tapi terperangkap dengan soalan yang suka mencari kekurangan dan kelebihan orang lain. Apa pun hidup sekali setiap apa yang dilakukan bukan kita penantu segalanya.

15. malaikat cabut nyawa - February 13, 2007

manusia tua tak sedar diri, dah nak mampus, eloklah kau mampus cepat, kubur kata mari, masih perasan muda lagi.

16. Marahniiiii... - February 13, 2007

Aku yang marah ni…bila dia kata….Isteri nabi ..dah nak mampus ..aduh sakitnya jiwa aku…asalah TV3 membiarkan slot ini, ini bukan bermakna Rosnah saja yang bersalah, TV 3 juga bersalah kerana terlalu ghiarah untuk mencari publisiti sehingga sanggup menyiarkan slot ini tanpa di edit.

Apa nak jadi dengan TV3.

17. hahahahaha.... - February 17, 2007

hahahahaha…. nenek rosnah yang penuh ngan kontroversi… mmg patut pun tv3 buat rancangan mcm tu…. nak bagi tahu kat masyrakat tentang dunia yang hanya kita tgk dihadapan sahaja atau kata lain hanya berpaksikan lakonan dan sandiwara …. tetapi disebaliknya …hmmm buat nenek rosnah lepas ni banyak2 ar bertaubat….

18. are~mad?? - February 17, 2007

as’kum…dia ptot tau yg umur dia dah lanjut…cara berpakaian dia pon sy tidak minat….sewaktu dia dpt anugerah dulu pon dia mggunakan skirt…xtau lah apa nk jd…

19. atai - February 17, 2007

wahai manusia, insaflah dan bertaubatlah.
Lebih baik berdiam diri jika tidak tahu.Jangan berlagak cerdik dalam permasalahan agama.

20. harap berubah - February 21, 2007

memang manusia membuat kesilapan..cuma, masa membaut kesilapan tu, tak pernah nak pikir ape yg patut di cakapkan..aku tengok cerita tu..adelah dalam beberapa minit..tak sanggup tengok cik rosnah kita tu memperbodohkan diri sendiri..tapi alhamdulillah, akhira dia sedar akan kesilapannya dan memohon maaf di atas keterlanjuran dia…biarlah kejadian ini memberi pengajaran kepada dia…kita manusia janganlah terus menerus menghakimi seseorang berdasarkan sejarah yg lepas2….

21. agios - February 22, 2007

itulah dia orang yang tak tau pasal hukum.ikut perasaan sahaja nak bandingkan dengan seorang yang digelar nur kepada umat islam.siape dia yang nak bandingkan diri yang kosong…harap2 bertaubatlah wahai makcik…..

22. budak nakal - February 22, 2007

emmm..ni la dunia artis, kalau orang kata diorang ni suka cakap x pakai otak marah le plak..tapi suka2 dia jer cakap open macam tue…x patut jugak nak disalahkan TV3, diorang hanya pihak penganjur dan saya rasa TV3 juga tak sangka akan jadi isu sedemikian. apapun kita ni manusia biasa, yang memang x lari dari membuat kesilapan. syukurla si macik rosnah tu dah mintak maaf secara terbuka. selepas dengan ini macik rosnah ni akan belajor daripada kesilapannya. yang buruk jadikan teladan, yang baik jadikan sempadan…

23. berserah - February 22, 2007

aku xtau nk komen ape…….kubo msing2….dosa pun msing2……..itu hanye die ngan tuhan kerk arr………korang xbleh ckp ape arr……….

24. kiamat sudah dekat - February 22, 2007

sesiapa yang menghina nabi atau isterinya akan dilaknat.

25. dunia manusia - February 22, 2007

dalam dunia ni kalau dah banyak manusia banyak lah perangai!!!!!!!!semua nak kejar publisiti,pastu dah lupa kisah nabi dulu2!!!!!semua nak kejar dunia, akhirat dah lupa!!!!pe ar nak jadi??????cam rosnah yang nak kutuk isteri nabi asal pulak????hidup kau 2 dah bagus sangat ke?sedar ar sikit!!!!!!dah naik umrah 2 balik tukar ar perangai!!!tak kan nak jadi diri sendiri bila kau dah tua !!!!!ingat kau dah tak lama!!orang p umrah balik nak jadi lebih solehah,bukan nak tukar jadi diri yang tak pernah dulu kau nak tunjulkan lagi dulu!!!!!!pikir semula ape yang makin nak di capai akan datang!!!!!!!!!!jangan nak ikut hati,nanti sendiri yang menyesal!!!!!!!!!!

26. azeelia - February 24, 2007

she should have think rationally before she spoke of such matter.it was disgraceful…

27. Pandangan - February 25, 2007

ROSNAH PERLU DIKENAKAN TINDAKAN

Walaupun Rosnah telah memohon maaf, dia perlu dikenakan tindakan yang setimpal. Jika tidak orang akan menganggap bahawa boleh cakap apa sahaja, jika salah cakap boleh minta maaf. Jika Rosnah ikhlas, dia perlu sedia menerima apa jua hukuman yang dikenakan bagi membuktikan keikhlasanya.

Jika kita lihat kes kata-kata Jade Goody kepada Shilpa Shetty( dalam rancangan Big Brother) yang disifatkan sebagai ‘racist’, majoriti rakyat UK mengambil tindakan mengutuk kata-kata Jade Goody. Malah perkara ini disebut di Parlimen. Saya tidak bermaksud menyamakan kedua-dua kes ini tetapi reaksi rakyat dan pihak berkuasa akan memberi pengajaran kepada semua agar kita tidak ‘celupar’.

Saya berpendapat, adalah tidak semudah itu untuk artis melepaskan diri selepas mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Ini bukan kali pertama (dan mungkin bukan kali terakhir) kita melihat perlakuan Rosnah Mat Aris yang, bagi saya, kurang sopan di tv. Sebagai artis dan sering muncul di tv, dia memberi imej yang kurang baik sebagai seorang ibu dengan penampilan yang dirasakan ‘vogue’. Dia seolah-olah tidak sedar yang imej yang ditunjukkan, dicemuh oleh masyarakat umum. Masyarakat bukan membencinya, tetapi memberi reaksi terhadap penampilan ‘luar biasa’ wanita Melayu Islam yang dalam pertengahan umur dan memakai pakaian serta berkelakuan seperti remaja 22 tahun. Pihak stesen tv juga seolah-olah ‘suka’ untuk menemuramah Rosnah dan memanipulasi sikap dia yang bermulut lepas.

Anyway, betul ke Rasullullah s.a.w. berkahwin dengan Khadijah at the age of 25 while Khadijah was 40? If I’m not mistaken, that was not true. There is a book written by a Muslim Scholar which explains all the false facts about Islamic History which muslims normally believed. His works are based upon authentic hadiths. I saw the book before but have not managed to read it.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata …

28. guy22 - February 25, 2007

korang (bukan semua) xle ckp mcm tu. kite x tau ape yg dia pikirkan. cuba korang berada dlm situasi dia. kite tgk dari perspektif yg pelbagai. n kalu org buat salah, kita bantu n betulkan. bukannye nak kutuk2 dia. kutuk2 nanti korg dpt imbuhan plak. setiap yg berlaku ade hikmahnye…

29. insan mukmin - February 27, 2007

Nabi Muhammad adalah seorang manusia. Dia pun ada nafsu makan, nafsu seks dan sebagainya. Dia pun ada perasaan sebagai seorang manusia seperti berasa takut, malu dan sebagainya. Keistimewaan Nabi Muhammad adalah dia tidak pernah bercakap bohong. Beliau adalah seorang yang amanah, jujur dan tidak pernah cuba menipu orang lain. Beliau senantiasa berlaku adil dan tidak pernah menzalimi mana-mana pihak.

30. QQ - March 3, 2007

Ya, Rosnah memang berkata ” dah nak…” dengan niat memberi unsur humor, namun dia dari awal lagi cuba memberi justifikasi dengan menyamakan situasinya dengan situasi perkahwinan Nabi dengan Khadijah.

Justifikasi itu adalah tidak benar kerana dua situasi itu berbeza.
Situasi Rosnah: Ibu tunggal yang agak berumur dan ‘berwatakan’ seperti orang muda, cenderung untuk bercinta dengan orang muda.

Situasi Khadijah: Seorang wanita, usahawati, Nabi pada waktu itu adalah pekerjanya. Berkahwin dengan nabi dan mendirikan rumah tangga. Bukannya bercinta (seperti orang muda).

Jika benar Khadijah berusia 40 tahun semasa berkahwin dengan Nabi, usia itu tidaklah terlalu tua sehingga Rosnah sanggup berkata ‘dah…”

Sukar untuk mana-mana pihak meletakkan diri dalam situasi Rosnah kerana sesiapa pun (Muslim) tidak akan sanggup/ cukup bijak/ cukup berhati-hati untuk tidak terlalu celupar dengan memberi kenyataan sedemikian.

Bagaimana nak bantu Rosnah yang telah membuat salah? Ya, mudah saja, dia cuma mahu dimaafkan, maka maafkanlah. Tetapi perlu diingat kesalahan yang dia lakukan adalah memberi kenyataan yang seolah-olah menghina isteri Nabi, which is quite unacceptable. Orang ramai mengutuk perbuatannya, kerana dia beragama Islam. Antara hikmah disebalik kejadian ini adalah ‘jangan celupar’ dan bagi Rosnah, dia perlu berubah.

Walaubagaimanapun, Rosnah telah dikenakan tindakan. I believed that hukuman tersebut (1 tahun digantung oleh RTM) adalah setimpal. Namun amat pelik, Rosnah sepatutnya akur dengan tindakan yang dikenakan bagi membuktikan dia ikhlas namun beberapa laporan yang tersiar menggambarkan yang beliau masih tidak berubah.

31. MANDELLA - March 6, 2007

Padan lah dgn muka Rosnah, tak leh nak cari makan , sibuk mempertahankan anak-anak ikan dia…..mintalah makan dengan anak ikan tuh…dah tua buat lah cara dah tua…

32. kapisangirl - March 8, 2007

ni i nak komen sket…

tak taulah plak fikiran sesetengah korang ni cetek sangat…rosnah tak bermaksud nak membandingkan dirinya dengan isteri nabi tetapi apa salahnya dia bercinta dengan lelaki lebih muda daripadanya sedangkan isteri nabi pun lebih tua dari nabi…jadi saya rasa tak ada pun perkara yang terlalu membuatkan korang sangat marah…ceteknya fikiran sesetengah korang ni…mengutuk plak terlebih-lebih…entah-entah korang plak yang lebih teruk daripada rosnah mat aris…ckap jek lebih sapa makan lada terasa pedaslah…baca saja majalah mastika setiap bulan…korang taulah….

33. bee_bear - March 20, 2007

wahai mak cik tua yang hanya dok kat flat sri terengganu…
tlgla sedar ckit…
gayamu itu tidak ubah macam ‘ursula’ mcm dalm citer little mermaid..
tgk muke sendiri di cermin n bandingkan memang sejibik..
knp la ckp tanpa memikirkan dulu?? kn da merana diri.. belajarlah dari kesilapanmu..amin..

34. monte_carlo - April 12, 2007

rosnah,rosnah…ape la nk jd ngan ko nie….len kali kalo nk membandingkan diri..carik lah cth len…mesti ko da gaban sampai jadikan siti khadijah r.a sbg cthkan..bengong la ko nie…ko da tua kerepot tp belagak cam org muda…kedut sane-sini..patut nye usia2 cm ko nie da dok kat umah je bercucuk tanam…wajahmu setaraf dnegan kebodohan mu…

35. combi - April 12, 2007

hai khai,ko ngah wat pe

36. costarica - July 9, 2007

Artis ni kalau baik tutup aurat tu tutup mulut tu ok lah.
kalau buka aurat tak reti jaga aurat, tayang badan nak jual
suara kira macam pelacur jugak, yang istemewanya pelacur hanya jual
kat sarang pelacur jee, pelacur artis ni jual merata rata

37. ahmad nasyaruddin bin romali - September 30, 2009

rosnah tu bodo setan semoga allah membalas dgn adil semoga rosnah masuk neraka setannnn

38. fakhrullah - November 25, 2010

salam…..
sy pun dak thu la bukn nya cik rosnah niee da ada pendidikan knpa sampi hti dia berkta begitu klo pun excited jawab la dgn pelan dan sloww222 ba jgn nak tergesah22 bagaikn dia ni lebih tinggi lak dia berkata sebgitu amat meyakitkn hti juga amat suci ya istri NABI MUHAMMAD sampai hti dia berkata begitu ALLAH S.W.T sja yg bole urus semuYA ini


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: