jump to navigation

Program Sukan Malam 2007 June 27, 2007

Posted by sinchan in Aktiviti.
13 comments

willy.jpg

Putrajaya – Kementerian Belia dan Sukan telah melancarkan program Sukan Malam bagi menangani masalah mat rempit di kalangan remaja.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said, program tersebut diyakini dapat mengatasi masalah penagihan dadah dan penglibatan belia di kelab-kelab malam. (more…)

Advertisements

Dara, Teruna Makin Hilang Nilai June 26, 2007

Posted by sinchan in Renungan.
add a comment

Oleh Diyanah Anuar
diyanah@nstp.com.my

Ada individu utamakan kriteria cinta daripada latar belakang pasangan pilihan

MUNGKIN tiada reaksi terkejut atau tidak percaya jika ada seseorang yang belum berkahwin, tampil mengakui bahawa beliau sudah tidak dara atau teruna lagi pada masa kini. Suatu ketika dulu hal sebegini boleh mengakibatkan orang berkenaan dicerca atau disisihkan masyarakat tapi agak berlainan pada zaman ini, di mana adanya ‘toleransi’ dalam hal ini.  

(more…)

Tips Berjimat Di Hujung Bulan… June 25, 2007

Posted by sinchan in Renungan.
1 comment so far

Go to fullsize imageMembeli belah memang menyeronokkan, terutamanya sewaktu jualan murah, pilih punya pilih… tanpa disedari dah terlebih berbelanja.  Maka, untuk atasi masalah rambang mata, senaraikan dahulu apa yang ingin di beli sewaktu membeli-belah, bezakan antara kehendak dan keperluan.  Dengan cara ini, kita dapat elakkan diri daripada menghabiskan wang kepada kehendak yang tidak begitu diperlukan.

(more…)

MBNS Lancar Belia Islam Hadhari June 20, 2007

Posted by sinchan in Belia.
add a comment

SEREMBAN: Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS) baru-baru ini melancarkan program ‘Belia Islam Hadhari’ dalam usaha membela golongan belia.

(more…)

Menyesal Dahulu Pendapatan… June 18, 2007

Posted by sinchan in Renungan.
1 comment so far

Curi 90 sen, remaja masuk Henry Gurney

chili-monkey.jpgGara-gara mencuri 90 sen daripada sebuah kereta, seorang remaja diperintahkan oleh Mahkamah Majistret dan dihantar ke Sekolah Henry Gurney Melaka setelah mengaku bersalah mencuri duit tersebut dari sebuah kereta.  Perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Suriyanilakma Abd. Kadir berkuat kuasa pada 14 Jun 2007 sehingga remaja itu mencapai usia 21 tahun, mengikut Seksyen 76 Akta Kanak- Kanak 2001.

Remaja itu mengaku bersalah mencuri dua keping wang syiling 20 sen dan sekeping 50 sen milik K. Vijayanath, 24, dari kereta Iswara miliknya pada pukul 9 malam, 10 April lalu di Jalan Mahir Tiga, Seksyen 25 di sini.

(more…)

Keseronokan sementara jejas pertimbangan akal waras June 7, 2007

Posted by sinchan in Renungan.
add a comment

Oleh Wan Esma Wan Ahmad (Jakim)

IKATAN perkahwinan adalah fitrah manusia untuk hidup berkeluarga dan berkasih sayang, bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW, bermaksud: “Wahai anak muda, sesiapa daripada kamu yang berupaya untuk berkahwin, maka berkahwinlah dengan segera. Sesungguhnya perkahwinan itu boleh mengawal penglihatan dan perasaan syahwat tetapi sesiapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu boleh menahan syahwat.”

(more…)