jump to navigation

USAHAWAN SOSIAL February 6, 2007

Posted by sinchan in Belia.
trackback

Isu pengganguran masih lagi dibincangkan di sana sini. Penggangguran bukan sahaja lagi terbatas dikalangan mereka yang kurang pendidikan tetapi kini sudah menjalar dikalangan mereka yang berpendidikan tinggi. Namun begitu 15 peratus daripada tenaga kerja di negara ini adalah terdiri daripada warga asing. Salah satu strategi kerajaan untuk menangani masalah pengangguran adalah dengan menggalakan tenaga muda negara menjadi usahawan. Ini bermakna mereka perlu mengubah mentaliti bahawa hanya dengan menjadi pekerja dan makan gaji sahaja mereka boleh menyara hidup mereka.   Generasi muda di negara ini digalakan untuk menjadi usahawan. Apabila perkataan usahawan diucapkan seringkali pula kita akan membayanagkan satu perniagaan yang besar, berjaya dan usahawan itu adalah orang orang yang kaya. Tanggapan sedemikian tidak boleh dinafikan kerana istilah usahawan seringkali dikaitkan dengan perniagaan. Dengan sifat manusia moden yang materialistik maka tidak hairanlah ramai orang yang ingin jadi usahawan,  tetapi berapa pula yang berjaya.

 Pernahkah kita mendengar istilah usahawan dikaitkan dengan isu-isu sosial.  Sekarang ini telah wujud istilah usahawan sosial. Usahawan sosial adalah individu yang mempunyai penyelesaian inovatif atau innovative solution kepada masalah sosial yang yang sedang dihadapi oleh masyaratnya.

 Seorang usahawan adalah individu yang  merangsangkan kemajuan ekonomi dengan mencari cara baru atau cara yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu.    Seperti juga usahawan yang mengubah sesuatu perniagaan melalui kemahiran berniaganya, usahawan sosial bertindak sebagai agen perubahan kepada masyarakatnya.

Seseorang usahawan sosial akan mengambil apa juga peluang dan  kesempatan yang terbuka, yang mana tidak disedari oleh orang lain, untuk memperbaiki sistem masyarakat, mengilhamkan pendekatan baru dan juga memikirkan cara penyelesaian yang baru untuk memperbaiki lagi masyarakat disekelilingnya. Jika seorang usahawan perniagaan berjaya membuka satu perniagaana baru, seorang usahawan sosial akan memikirkan satu penyelesaian baru kepada sesuatu masalah sosial dan melaksanakannya bagi memperbaiki lagi keadaan masyarakatnya.

Usahawan sosial mempunyai misi sosial. Kekayaan atau keuntungan bukan misi usahawan sosial. Disebaliknya usahawan sosial akan lebih mementingkan pencapaian dan impak misi sosialnya. Seorang usahawan sosial harus menyampaikan ideanya secara mesra, mudah difahami, beretika dan mendapat sokongan ramai untuk membolehkannya mengerakkan sebanyak mungkin orang ramai menerima dan melaksanakan ideanya. Dalam kata lain, seorang usahawan sosial mestilah berupaya menyakin dan mengembelingkan seramai mungkin tenaga agen perubahan tempatan untuk sama-sama melaksana dan mencapai matlamat menangani isu-isu sosial dalam sesebuah masyarakat. 

Diantara usahawan sosial yang terkenal adalah Mary Montessori dari Itali yang telah mengilhamkan pendekatan Montessori dalam pendidikan kanak-kanak pra sekolah. Di India pula terdapat uVinoba Bhave yang telah berjaya membantu rakyat yang tidak mempunyai tanah dengan mengagihkan hampir tujuh juta ekar tanah.  Beliau adalah pelopor Land Gift Movement. 

Dalam usaha pembangunan belia di Malaysia, kita dapati banyak pendekatan perlu diolah semula untuk menjadikannya lebih inovatif, menarik dan pragmatik kepada situasi sekarang dan juga citra diri generasi muda dalam era globalisasi sekarang ini. Ada ketikanya kita sering kali mengulangi apa yang telah kita lakukan sejak bertahun-tahun tanpa banyak mempersoalkan keberkesanan pendekatan pembangunan belia yang kita laksanakan. Kita akui bahawa tidak semua pemimpin sosial dengan sendirinya boleh menjadi usahawan sosial.

Usahawan sosial perlu mempunyai ciri-ciri tertentu yang bersifat pragmatik dan inovatif.  Sudah sampai masanya dalam usaha kita menangani pelbagai masalah generasi muda kita bagi menggalakkan kelahiran usahawan sosial untuk memberikan nafas baru dalam pendekatan pembangunan belia. Pendekatan pembangunan belia melalui keusahawanan sosial akan lebih mantap kerana ia akan dibimbing dan dilaksanakan oleh usahawan sosial yang seharusnya mempunyai ciri berikut:

·        memilih misi untuk mewujud dan mengekalkan nilai sosial

·        mengiktiraf dan sentiasa mencari peluang baru untuk mencapai misinya

·        berterusan terlibat dalam proses inovasi, adopsi dan pembelajaran

·        melaksanakan secara berani tanpa had dengan sumber yang terhad dan sedia ada

·        menunjukkan kebertanggungjawaban yang tinggi kepada mereka yang mendapat khidmatnya dan juga kepada pencapaian misinya. Perlaksanaan program pembangunan belia memerlukan ciri-ciri input usahawan sosial.

Program tersebut memerlukan pendekatan yang inovatif yang mana kita perlu mencari pendekatan seterusnya membangunkan model pembelajaran yang baru.  Jika tidak pun, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang benar-benar baru. Yang perlu kita dapat menyesuaikan pendekataan dan misi kita dengan situasi baru agar ia menjadi relevan pada situasi masa kini.

 Memanglah dalam setiap usaha baru akan ada unsur kegagalan.  Kebanyakan daripada kita akan mengulangi yang lama dan takut berubah kerana kita takut pada kegagalan. Usahawan sosial seperti usahawan lain tidak takut gagal, mereka akan terus mencuba kerana kegagalan pada usahawan bukanlah satu tragedi tetapi adalah satu usaha pembelajaran.

 Usahawan sosial menilai prestasinya berdasarkan kemajuan yang dicapai dari aspek sosial dan pengurusannya tidak semata-mata kepada proses dan sains sesuatu program yang dilaksanakan. Bersediakah kita untuk menjadi usahawan sosial?. Anda sendiri bakal menentukannya.

Prof Dr Samsudin A Rahim

Comments»

1. irfan bakhtiar - February 6, 2007

Saya tidak pasti sama ada tulisan ini adalah untuk creat awareness atau hanya naklumat apa yg berlaku di. Luar negara.pastinya ranai juga yg terfikir apakah apa yg mahu disampaikan oleh prof sam ini satu reaiti atau fantasi. Pastinya di malaysia ini tidak mungkin ada individu rakyat biasa yg mampu melakukan nya.,amun sy tidak mampu pula mengatakab ianya tidak mampu dilakukan seperti apa yg dilakukan oleh tg zarith sofia melalui st john dan marina mthir melalui yayasan aid.namun sukar rasanya bagi org2 biasa mahu menjadi usahawan sosial.plss ah delete komen si sheih tuh…rasanya sheih ni punya ketahanan mental yg lemah.pls delete ah komen dia….

2. zarina - February 6, 2007

Hai sheih..sbnrnya sy hanya mahu katakan bahawa kehadiran u di salah trek ini mencerminkan sedikit nilai diri u.
1. U tidak punya ketahanan mental utk menerima kritikan sdg u boleh menghina org sehina2nya.
2.Sebagai penulis blog yg mengkritk (menghina samalah tuh)u tidak boleh menerima pendapat org tapi mahu org mendengar pendapat u.)Mungkin selama ini u dlm kelompok yg hanya mendengar apa u kata. Bukan semua manusia sama(u kena belajar)
3.Tunggu saja sincan di blog u sbb memang blog u untuk perang siber.

3. Ana Kubang Kerian - February 13, 2007

Saya rasa tidak sesuai sangat artikel ini kerana banyak perbandingan dengan remaja di Amerika, budaya kami tidak sama dengan budaya mereka.

4. fazul - February 22, 2007

jgnla asik nak membangkang je apa yg disampaikan oleh org lain,dari tidak memberi sebarang komen atau pandangan yg positif.

5. Pandangan saya - February 22, 2007

Assalamualaikum…..
Sy agak kurang mengerti maksud usahawan sosial ini. Tp apa yg sy dapat faham disini usahawan sosial lebih kepada kesukarelaan dalam melakukan sesuatu perkara yang meningkatkan kredibiliti pihak yang terlibat. Apa yg sy lihat belia hari ini menjadikan kesukarelaan itu sebagai satu batu loncatan untuk mendapatkan ganjaran yg berbaloi bg mereka. Sedangkan maksud sukarelawan itu sendiri membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan. Jadi adakah anda rasa belia kita sesuai dengan usahawan sosial ini. Wlaumcmanapun sy sgt bersetuju jika belia kita melibatkan diri dalam usahawan sosial ini. Bukan ganjaran yg diharapkan tetapi nilai-nilai positif yang akan dibentuk dalam diri setiap belia. Nilai-nilai akan menjadikan belia seorang yang lebih maju ke depan.

Apa2pun ‘Tepuk Dada Tanya Diri’

6. dedaunan semalu - February 22, 2007

Bagi saya memang agak sukar untuk melahirkan usahawan sosial ini…
Namun tak mustahil…..
Bak kata pepatah kalau tak tak dipecahkan ruyung masakan mendapat sagunya…
Yang penting keazaman yang jitu dan semangat yang ada pada diri seseorg shj yang dapat merealisasikan impian tersebut.
Semangat ini perlu diterapkan pada anak2 muda kini agar mereka akan mempunyai kesedaran untuk berubah dan mempunyai minda yang luas serta semangat tidak mudah berputus asa..

7. belon air - February 22, 2007

korg ingat korang ke bagus sangat ke ar?????sepatutnya kita kene dengar dulu dan baca dengan teliti ape yang nak disampaikan tu.kenapa mesti pertikai mengenai budaya sedangkan di negara kita kini dipenuhi dengan budaya luar sendiri.bepikir dulu sebelum komen.

cuba kita menilai setiap isi kandungan artikle tu,itu hanya pandangan beliau dan kita boleh menilai sendiri apa yang sepatutnya.korg ni cuma pandai becakap dan komen sesedap rasa tapi korang sendiri tidak boleh menerima pandangan orang lain.kalau rasa diri bagus kenapa tak berikan cadangan yang bernas.

8. Hatake Wan Kakashi - February 22, 2007

Assalamualaikum….saya berpendapat pengaplikasian usahawan sosial ini sememangnya alternatif yg bkemungkinan besar boleh efektif….peratus keberkesanannya sangat tinggi….itulah satu-satunya cara utk kita melihatkan keyakinan dlm diri kita…cube lihat anak2 org cina, yg mane kebanyakannya menjadi salesman utk cari mkn….mereka mungkin menggunakan cara seperti itu….bermula drpd bawah….

cuma, bila diaplikasikan pada anak2 muda dan belia melayu zaman sekarang, ramai yang tidak berkeyakinan dan tiada keberanian untuk berdepan dgn masyarakat…..cuma segelintir shj yg berani…seperti cth di pasar2 mlm…ada yg berani dan ada juga yg malu2….yg berani itulah mempunyai potensi yg tinggi utk berjaya dlm perniagaan…..

9. suara gempar - February 22, 2007

asalamulaikum sheikh.. saya setuju dgn sheikh mengatakan pengangguran banyak berlaku di negara kita tp saya tidak setuju dgn pendapat sheikh mengatakan manusia skrg materialistik kenyataan sheikh dan ayat tersebut begitu tajam sehingga melemahkan semangat belia-belia dan penganggur yang begitu cenderung untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Jika seribu orang mcm sheikh, sy berpendapat lebih banyak pengangguran kerana manusia masa kini terutamanya belia memerlukan kata2 semangat dan motivasi diri terutamanya dari golongan2 yang berpengalaman. Jadi,sheikh fikir2 kanlah ayat yang sesuai supaya mesej yang ingin disampaikan relevan dan tidak menyinggung mana2 pihak.terima kasih..

10. Vtec - February 22, 2007

Sekadar utk bkata2 “YES” tp jika tiada usaha utk melaksankannya “NO”

Kekuatan Tanpa KEadilan = Keganasan

KeAdiLan Tanpa KekuataN = sia2

11. F Abdullah - March 6, 2007

Sebenornya kenkawan semua…apa yang Prof Sam kata itu BETUL!!!…Sesuatu yang baru itu memang susah nak diterima pada peringkat awal…kalo nak buat baik…dan mempertingkatkan diri…kalo betul-betul ‘hendak’, ‘ingin’ dan ‘minat’….orang kata..’hendak seribu daya’.

Belia kita kuat, kreatif dan baik hati…penuh ngan asuhan baik…cume kekadang tersalah langkah…dipengaruhi anasir-anasir ‘dadah’, ‘budaya negatif’, ‘nasihat salah’…almaklumlah baru nak idup dan kenal dunia.

Di Malaysia kita ada Tan Sri Syed”AlBkhary’, pengusaha beras ‘Faizah’ dan pengusaha ‘Sendayu Tinggi’. Mereka banyak memberi dan membuka peluang perkerjaan dan meningkatkan keadaan sosial masyarakat setempat…banyak Amal dan membantu orang..usahawan sosial lah tu….

Dan ade banyak orang ‘biase-biase ‘yang tidak berpangkat yang bantu orang…cuma tak nak glamour dan publisiti…buat baik ‘senyap-senyap’. Kadangkala jika seseorang itu mempunyai ‘idea’ yang bernas dan kreatif..dan dapat diketengahkan untuk menjana ekonomi atau keadaan sekeliling…itu di kira harta intelek dan sangat bagus…

Katakan orang itu ada idea bagaimana untuk membersihkan dan menyelamatkan sungai…pas tu jadikan tempat tu tempat ‘ecotourism’….dah berapa banyak pekerjaan dan ekonomi akan dapat dijanakan….dengan idea sahaja..

Atau..orang tu buat industri kraf yang mana barang buangan di kitar semula, dijadikan kraf dan produk kemudian diekspot ke luar negara…wow..ramai yang boleh terlibat dan dapat untung bersama..cuma ngan idea dan pengetahuan…sumber untuk modal boleh dicari..cari sponsor dan sebagainya..

Come on lah….Belia Malaysia sebenarnya BOLEH lakukan semua itu…cuma perlu bimbingan, kata perangsang dan ‘inner strength and confidence’..Saya percayalah….Inshallah tentu boleh…give it a try…’Do not say NO and Give up before trying something Good….

12. Deeen - May 7, 2009

Saya adalah salah seorang lepasan universiti malaysia…membaca artikel ini sudah tentunya membuka minda saya untuk bukan sahaja ‘buat duit’ dengan secebis ilmu yang ada…tapi sesiapa sahaja yang memiliki ilmu mesti berkongsi dengan yang lain…seperti yang dianjurkan dalam islam sendiri..

Di Universiti, kami mempunyai kelab kami sendiri dalam memberi dan berkongsi kemahiran tentang Robotik dan Elektronik sesama kami…sesiapa sahaja yang mempunyai komitmen dan minat tinggi boleh sertai kami.

Oleh itu, istilah usahawan sosial mungkin boleh dijadikan salah satu hala-tuju bagi sesebuah syarikat/kelab tertentu dalam matlamat berkongsi ilmu dan membangunkan masyarakat supaya memberi ruang, idea dan aktiviti bagi mereka yang tidak berpeluang mendapatkan apa yang didapati oleh sesetengah dari kita.

Jesteru akan kuranglah budaya rempit, main gitar sampai pagi, lepak sana sini sambil kacau aweks…dan lain-lain.

“balligh ‘anni walau ayah” – “sampaikanlah dari-Ku walaupun satu ayat (atau walaupun ilmu yang sikit)” ….

13. buah mangga - October 7, 2010

urm…sebenarnya sy agak stuju gan artikel yg penulis sediakan.. mungkin sebab kerana saya merupakan pelajar keusahawanan dan banyak mendalami ilmu keusahawanan secara teori dan parktikalnya. memang suatu yang menarik apabila bercakap tentang keusahawanan sosial. kerana ianya satu ilmu disiplin baru di negara kita berbanding dengan negara maju yang lain.

p/s
mungkin kepada pembaca yg kurang faham dan was-was dengan penulisan penulis ni patut ikut langkah ini sahaja. taipkan “SOSIAL ENTREPRENEURSHIP” or + Pdf untuk dptkan dokumen spt jurnal dan lain-lain kat mana-mana seacrh engine..ok?

kerana insan yang cemerlang
datangnya dari mata yang terang dan hati yang bersih….

14. Innercity Serviced Offices - July 4, 2013

Hey there, You have done a fantastic job.
I will definitely digg it and personally recommend to my friends.
I’m sure they will be benefited from this web site.

15. HiTouch Academy - July 19, 2016

Usahawan sosial bukanlah satu fantasi. Ahli keluarga saya juga seorang usahawan sosial🙂
Jika berminat utk tahu lebih lanjut, emel kepada hitouch[dot]academy769[at]gmail[dot]com

Letakkan “USAHAWAN SOSIAL” atau “SOCIAL ENTREPRENEUR” pada ruangan Subject.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: