jump to navigation

Ulang Tahun Kemerdekaan ke 50 Malaysia August 29, 2007

Posted by sinchan in Belia.
add a comment

50-merdeka.jpgSelamat menyambut Hari Merdeka yang ke 50 tahun kepada semua rakyat Malaysia yang bersama menyumbangkan keamanan dan keharmonian negara ini.  Selama tempoh 50 tahun ini, kita setiap individu secara langsung atau tidak langsung telah berjaya bersama-sama mempertahankan kemerdekaan ini, sekalung tahniah kepada diri kita sendiri.  Namun dalam pada itu, kita sebagai generasi selepas merdeka perlu juga mengimbau sejarah kemerdekaan negara dan perjuangan para pejuang terdahulu bagi mendapatkan kemerdekaan yang Go to fullsize imagesedang kita kecapi hari ini.

 Kini kemerdekaan ditafsirkan dengan pelbagai cara, generasi sebelum merdeka menghayati erti kemerdekaan dengan cara mereka.  Manakala golongan generasi selepas merdeka pula memiliki cara sendiri dalam menghayati istilah kemerdekaan itu sendiri.  Kini kita di ambang sambutan perayaan kemerdekaan yang diraikan dengan pelbagai cara oleh banyak pihak.  Sebagai generasi muda yang cakna tentang perkembagan semasa yang berlaku di dalam negara, kita seharusnya menggunakan kesempatan ini untuk turut sama menyertai pelbagai program yang di anjurkan oleh pelbagai pihak dalam menjana kecintaan kita terhadap negara serta penghayataan terhadap kemerdekaan negara.

Go to fullsize image50 tahun bukanlah satu tempoh masa yang singkat, mempertahankan kemerdekaan sehingga ke hari ini adalah suatu kejayaan yang besar kepada negara.  Sebagai generasi muda yang menjadi pemangkin negara, gunakan masa ini untuk meluahkan penghargaan kita kepada negara dan keamanaan yang dikecapi kini dengan perkara-perkara yang berfaedah.   Hindari sebarang aktiviti yang boleh merosakkan imej generasi muda yang menjadi tunggak negara.

 Salam Kemerdekaan yang ke 50 daripada Sin Chan Malaysia…

Advertisements

Protes, Biadap Atau Menderhaka? August 16, 2007

Posted by sinchan in remaja.
3 comments

Ada pelbagai cara untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara, sememangnya cara termudah untuk menzahirkan ketidakpuasan hati tersebut adalah dengan menunjukkan sikap memberontak di dalam diri melalui perlakuan yang agresif serta perkataan yang tidak sedap di dengar oleh pihak ketiga selepas diri kita.

Tindakan yang membabi buta serta ikutkan perasaan merupakan perkara yang paling digemari oleh para remaja untuk menzahirkan ketidakpuasan hati terhadap kehidupan.  Rempit, pergaulan bebas, pil khayal dan sebagainya antara perlakuan negatif yang biasanya di lakukan para remaja hanyut untuk melepaskan perasaan ketidakpuasan hati mereka terhadap kehidupan.

(more…)