jump to navigation

Tiada Alasan Ibu Bapa Abai Tanggungjawab September 20, 2007

Posted by sinchan in Uncategorized.
trackback

SEMAKIN membimbangkan. Begitulah rumusan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung fenomena remaja melarikan diri dari rumah.

Walaupun pengaruh kawan-kawan dilihat sebagai antara punca yang mendorong mereka berbuat demikian, namun elemen lain seperti sikap ibu bapa dan suasana mereka dibesarkan juga perlu diberi perhatian.

Apabila remaja boleh dipengaruhi oleh kawan-kawan untuk meninggalkan keluarganya bagi mencari sesuatu kehidupan tidak pasti di luar sana, sudah tentu ia didorong oleh sesuatu.

Bayangkan kanak-kanak baru berusia 12 tahun yang sepatutnya masih di bawah belaian dan asuhan ibu bapa sanggup meninggalkan rumah sehelai sepinggang mengikut kawan-kawan tanpa ada tempat untuk dituju.

Tentu ada silap di mana-mana terutama dalam institusi keluarga sendiri sehingga mendorong remaja yang belum cukup akal itu bertindak demikian.

Seperti kata Musa kanak-kanak dan remaja tidak tahu ke mana hendak lepaskan ‘tekanan’ dan jalan singkat yang mereka nampak ialah keluar dari rumah.

Sebab itu, peranan ibu bapa dilihat sangat penting dalam menangani masalah ini daripada terus menjadi barah dalam masyarakat kita.

Ibu bapa adalah pelindung kepada anak-anak. Oleh itu jika anak-anak mula rasa tertekan dan merasakan dunia di luar sana lebih baik maka ia menunjukkan ibu bapa gagal memainkan peranan sebagai pelindung.

Tekanan hidup yang memaksa ibu bapa memberikan tumpuan kerja tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka mengabaikan anak-anak yang sedang membesar.

Sikap ibu bapa dan kadang-kadang memaksa anak yang masih belum matang mengambil alih tugas-tugas di rumah juga boleh memberi tekanan kepada kanak-kanak terbabit.

Ada pula sesetengah ibu bapa bersikap lepas tangan dengan tidak mempedulikan apa yang dilakukan oleh anak-anak termasuk ke mana dan dengan siapa mereka keluar.

Memang ada faktor lain yang menyebabkan masalah sosial terus menular di kalangan masyarakat kita, namun jika ibu bapa benar-benar berperanan dan bertanggungjawab ia dapat diatasi.

Amalan ‘melentur buluh dari rebung’ mesti dijadikan pegangan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka supaya menghindari gejala negatif yang boleh membawa kepada keruntuhan moral.

Biar sibuk sekalipun, luangkan masa untuk memberi didikan kepada anak-anak sejak dari awal supaya mereka membesar dalam keadaan yang terbimbing.

Alasan sibuk dan tidak mempunyai masa untuk anak-anak kerana bekerja sememangnya tidak boleh dipakai.

Pada masa yang sama, berilah kasih sayang yang mencukupi dan selayaknya kepada anak- anak.

Jangan biarkan mereka ketandusan belaian kasih dan mesra ibu bapa kerana akibatnya boleh menyebabkan mereka memberontak dan mencari kasih sayang di tempat lain.

Petikan Rencana Pengarang Utusan Malaysia 20 September 2007

Comments»

1. F.Abdullah - November 23, 2007

Daripada F.Abdullah
Comment saya adalah berkaitan keselamatan remaja dan kanak-kanak:

What is to happen to our ‘young’? Remembering Nurin and Preeshena….

by F. Abdullah

Remember Nurin? What about the latest incident regarding Preeshena Varshiny who was left alone by her parents..and later found dumped in a drain, apparently raped, sodomised and murdered. She was only 9 years old….

My past article should be read and revisited again https://sinchan.wordpress.com/2007/04/30/everyone-is-too-busy-nowadays%e2%80%a6/#more-61

in light of the recent events. I had mentioned about ‘latchkey children” and other children who are left on their own…on the account that parents are too busy. This phenomena is not an unusual scene…it is happening in other countries too..in the European countries, developing and even third world countries…

Children are god’s gift..they are innocent fragile creatures. Yet in some parts of the world they are being exploited as cheap or even unpaid labour, bordering to slavery… While some are being trafficked and exploited, engaged in child prostitution and drug traficking, or been made to beg…

I fear to imagine what dreadful scenario are to come….Hence I urge the government, society and all of us to come out and handle this issue. Something should be done….set up nursery and child care centres near or within the vacinity of the work place, encourage the extended kinship network where in the past, the extended family help out in raising the young…..

Come on..even in the animal kingdom such as the silvered leaf mongkey or silvery lutung, the young are taken care of by the community (allomothering)
http://www.theprimata.com/trachypithecus_cristatus.html
…and other communities of the animal kingdom, the phenomena of shared responsibilty in taking care of the young are observed….

That leaves much to be said about us…humans. Just ponder a while and think about this. I urge you to please read this article and my past article and seriously reflect the value of life and what life is all about


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: