jump to navigation

Litar Lumba Kaedah Terbaik Banteras Mat Rempit – Azalina October 23, 2007

Posted by sinchan in Belia, remaja.
trackback

Semua kerajaan negeri dan kerajaan tempatan disaran menyediakan kemudahan litar lumba sebagai kaedah terbaik membanteras gejala “Mat Rempit” atau lumba haram di kalangan golongan muda yang semakin berleluasa sekarang.

 Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ketiadaan litar lumba dan kemudahan seumpamanya adalah antara penyebab mengapa remaja suka berlumba di jalan raya hingga membahayakan pengguna lain.

“Kebanyakan Mat Rempit ini terdiri daripada golongan anak muda yang amat meminati sukan permotoran. Kerana tidak ada litar lumba bersesuaian, mereka tidak ada pilihan selain berlumba di jalan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya melalui kemudahan litar lumba itu juga boleh membantu mengembangkan minat remaja untuk berlatih dan menjadi pelumba motosikal profesional negara. “Sebelum litar lumba Sepang, terdapat dua litar iaitu Batu Tiga di Shah Alam dan Pasir Gudang di Johor Baharu, menjadi tempat peminat dan pelumba kenderaan terutama motosikal meneruskan minat mereka dalam suasana yang selamat dan mengikut peraturan,” katanya. Beliau berkata dua litar itu menjadi tumpuan kerana menawarkan yuran pendaftaran yang murah berbanding Litar Antarabangsa Sepang yang mengenakan yuran pendaftaran mahal dan tempoh tempahan yang lama. Azalina berkata semua pihak perlu memandang positif cadangan menyediakan litar lumba yang sah dan mendapat sokongan daripada pelbagai industri permotoran. Menurutnya perlumbaan di litar boleh mendedahkan remaja kepada teori dan teknik pengendalian motosikal daripada jurulatih profesional. Terdahulu, Azalina merasmikan pameran Motosikal Antarabangsa Asia (AIME) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini yang diadakan bersempena dengan Kejohanan Grand Prix Dunia MotoGP Polini di Litar Antarabangsa Sepang akhir minggu ini. Pameran empat hari itu yang terbesar di rantau Asia mempamerkan pelbagai model motosikal berkuasa tinggi termasuk motosikal rekaan sendiri oleh beberapa pereka motosikal rakyat tempatan dan luar negara.

Comments»

1. cokat - February 21, 2008

sye stuju.
sye ade wt multimedia project psl xtreme sport sbg slh satu care ntok m’bnteras lumbe hrm..
klau boley..cpe2 yg ade idea ntok tolong sye n bg sdkt information,ley x e-mail sy kt mrsrasul@gmail.com..
tq..

2. cokat - February 21, 2008

sory,,mrsrasul69@gmail.com

3. epy - October 26, 2008

ape fnction men litar2 nie?..,x rempit ae beb.,JKJR(jiwa kami jiwa rempit).,hoho..

4. asma danial - December 18, 2008

ekekkekekek aku lak rase bde ni terpulang kat budak2 tu..mcm kat tmpt aku.abis je nite sport datuk azlina 2 wat,diorg kembali merempit,,aku xkate bde alah die wat 2 terok dan xde faedah,,cume aku still rase pendekatan 2 wat bdk2 ni makin buas dan masih menunjuk2,,klu korg pikir kn blik nape bdk2 ni rempit sal dieorg nk menunjuk jee,aku pun rempit gak dlu2 sal 2 aku tau,,so jom la kite sbgai rakyat malaysia yg aman lagi makmur ni pikir kan care nk wat bdk2 ni less minat kat merempit,,choww

5. Deeen - May 8, 2009

btul kata asma danial…

Jom kite wat robot…haha

kalu sape2 yang minat bab2 robot and programming chip elektronik ni..contact aku..
rdeeen@gmail.com

kene divert minat mat2 rempit ni… =)

6. dme1612 - February 27, 2016

my website…

http://tadika.tk

terima kasih…

GKRQ6-OQ114-EKMTL-ZVPYQ-LHOZ7


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: