jump to navigation

Menghadiri temuduga perlukan keyakinan diri April 25, 2007

Posted by sinchan in Uncategorized.
trackback

Oleh Roslah Othman


SENARIO dunia pekerjaan hari ini terlalu jauh berbeza berbanding dua atau tiga dekad lalu. Jika dahulu pekerjaan mencari seseorang, kini persaingan mendapatkan pekerjaan cukup hebat.

Malah setiap tahun, terlalu ramai graduan keluar dari pelbagai institusi pendidikan tinggi.

Mereka tentunya mahukan kerjaya setimpal dengan diploma atau ijazah yang diperoleh. Malangnya persaingan tinggi memungkinkan ramai yang menganggur.

SITI Norhayati Shukri dan Billy Ong yang mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar mengenai teknik menghadapi temuduga untuk para graduan atau kepada mereka yang masih mencari pekerjaan.


Apa pun, kita percaya masalah graduan menganggur tidak seharusnya menjadi isu jika graduan tidak memilih kerja sebaik keluar dari kampus atau mereka berjaya melepasi sesi temuduga yang dijalankan.

Berkongsi pengalaman dengan Billy Ong, salah seorang yang pernah menemuduga ramai calon bagi mengisi kekosongan jawatan, tidak menolak hakikat ada banyak kekosongan dalam sektor pembuatan, perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan yang ditawarkan di negara ini.

Ini membuktikan masalah sebenar bukannya tiada peluang pekerjaan tetapi kegagalan calon-calon ini melepasi temuduga yang dijalankan.

Menurutnya, antara kelemahan calon-calon yang dikesan semasa sesi temuduga ialah masalah komunikasi, surat permohonan atau resume (profil keterangan diri) yang tidak menarik atau tidak lengkap, serta kurang keyakinan diri.

Beliau yang juga Ketua Konsultan di WD Consulting & Training Services berkata, berdasarkan kepada pengalaman menemuduga calon bagi mengisi jawatan kosong, ada calon yang datang dengan diploma atau ijazah dalam bidang tertentu, tetapi apabila ditemuduga mereka gagal menjawab setiap pertanyaan, tergagap-gagap dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang disoal.

Calon juga kurang mengambil berat soal ketrampilan, sama ada dari segi berpakaian, solekan mahupun cara duduk yang betul ketika sesi temuduga dijalankan.

“Ada antara calon datang dengan segulung diploma dan ijazah yang tidak ada pada calon lain, sayangnya apabila sesi soal jawab, calon gagal untuk berkomunikasi dengan baik, gagal menunjukkan kredibiliti dan kesungguhan kepada penemuduga.

Lengkap

“Apa yang dikehendaki oleh penemuduga ialah calon yang boleh berinteraksi, boleh menjawab sebarang pertanyaan dengan penjelasan lengkap serta berkeyakinan,’’ ujarnya.

Sekiranya kelemahan-kelemahan tersebut tidak diperbaiki segera, tidak ada jaminan bagi para siswazah untuk menempatkan diri dalam dunia pekerjaan yang serba mencabar ini.

Walaupun berbekalkan segulung ijazah, kelompok ini amat sukar untuk bersaing, apatah lagi dengan keterbatasan pengalaman dalam sesuatu bidang.

Dalam usaha membangunkan modal insan yang memenuhi kehendak pasaran selain membantu memantapkan lagi kebolehan calon-calon ini ketika menghadapi sesi temuduga, WD Consulting & Training Services mengambil inisiatif menganjurkan ‘Bengkel Persediaan Menghadapi Temuduga’ kepada para pelajar dan siswazah.

Dikendalikan individu berpengalaman dalam bidang masing-masing serta menemuduga ramai calon bagi mengisi kekosongan jawatan, bengkel yang diadakan selama empat hari itu turut memperkenalkan teknik role model iaitu satu pendekatan agar peserta dapat membiasakan diri dengan situasi sebenar semasa sesi temuduga diadakan.

Sementara itu, Siti Norhayati Shukri salah seorang juruperunding yang bertanggungjawab mengajar topik bagaimana menarik perhatian penemuduga, membuat kepala surat dan resume, tidak menafikan hampir 80 peratus calon gagal melepasi peringkat pertama iaitu dipanggil untuk sesi temuduga kerana kesilapan teknik penulisan dan penyediaan resume yang tidak betul.

“Surat permohonan merupakan pandangan pertama yang diberikan kepada calon-calon yang akan dipanggil temuduga seterusnya. Jika surat permohonan tidak lengkap dan kurang menarik, sudah pasti peluang untuk dipanggil temuduga agak nipis.

“Apa yang kami harapkan selepas menamatkan bengkel ini ialah para peserta akan lebih berkeyakinan, berketrampilan dan lebih menonjol semasa setiap temuduga,’’ ujarnya.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat mengenai bengkel tersebut, anda boleh menghubungi talian 03 – 2330 8130 atau 03 – 2330 8033.

PANDUAN RINGKAS MENGHADAPI TEMUDUGA

* Ketahui serba sedikit latar belakang syarikat yang menawarkan anda pekerjaan.

* Datang awal di tempat yang ditetapkan bagi mengelakkan suasana kelam kabut.

* Pastikan anda membawa pelbagai dokumen penting seperti surat temuduga, sijil dan dokumen lain yang menyokong tawaran kerja anda.

* Berpakaian kemas kerana ia menggambarkan imej peribadi anda.

* Ketika masuk, berilah salam atau ucapkan selamat pagi atau petang. Duduk dengan baik dan sopan. Jika boleh, duduklah setelah anda dipersilakan duduk.

* Jawablah setiap pertanyaan dengan lancar dan yakin. Jangan tergagap-gagap atau menjawab pura-pura tahu.

* Boleh bertanya: “Sekiranya saya diterima bekerja, apa skop tugas saya dan apa faedah yang saya peroleh.’’

* Jangan sesekali bertanya soal gaji, bonus.

* Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih dan meminta izin keluar.

Petikan Utusan Malaysia 25 April 2007

Comments»

1. F Abdullah - April 25, 2007

Saya bersetuju dengan artikel ini…malahan terdapat IPTA yang meyediakan kursus untuk melengkapkan diri para siswa siswi seperti yang telah dianjurkan oleh pihak UKM dengan program yang dikenali sebagai “Finishing School” dengan beberapa module tertentu.

Para siswa dan siswazah bukan sahaja perlu berpengetahuan dalam bidang masing-masing tetapi haruslah lebih bersifat ‘holistik’…bukan hanya tahu teori dan terbatas dalam bidang masing-masing sahaja. ‘Soft skill’ perlu ada…..dan kemahiran berkomunikasi haruslah ‘baik’ (body language, facial expression, self confidence, skills and knowledge, EQ dan IQ).

Di samping itu, general knowledge perlu ditambah. Kadangkala apabila ditanya soalan-soalan seperti nama-nama menteri dan jawatan serta tanggung jawab mereka….nama Yang diPertuan Agung…serta soalan-soalan dalam dan luar negara…mereka tidak tahu atau kurang arif (blur). Malahan untuk memperlengkapkan diri dengan kemahiran lain pun…malas atau kurang aktif. Adakah perlu ‘disuap’ dan ‘diberi tongkat’ sepanjang masa?

Negara kebanjiran dengan pekerja asing….di mana peluang pekerjaan dan nikmat pemberian ILLAHI di negara mereka tidaklah seperti di Malaysia. Rezeki kita di Malaysia melimpah ruah…sumber makanan dan kekayaan alam ada…. keadaan politik stabil…tiada peperangan atau keadaan yang menggusarkan….namun ada yang ‘tidak sedar’ lagi………

Telah ramai warga asing yang menggelengkan kepala…melihat kemanjaan rakyat Malaysia….enteng-enteng banyak peluang yang ada di sini….

Oleh itu…rebutlah peluang yang ada…perlengkapkan diri….
‘Sesungguhnya, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum..kecuali kaum itu berusaha untuk menggubah nasib sendiri….’

Good Luck…

2. Enaytu - April 27, 2007

Rata-rata graduan kita hari ini kurang keyakinan diri. Tidak mempunyai keterampilan walaupun mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Bila pegi interview tak dapat, mula salahkan kerajaan kurang peluang pekerjaan. Pada hal peluang kerja ada, tetapi di sebabkan tak lulus ‘first impression’ maka kantoi nak dapat kerja.

3. Maverick - July 10, 2007

Billy,

I didn’t realise you are a top consultant. Nice to know you.

4. ann - April 7, 2008

saya bersetuju dengan etika………kerana pada masa ini ramai graduan yang berjaya masuk ke ipta ataupun dari ipts tetapi kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai,terutamanya dalam soal mencari pekerjaan, ramai yang mendapat kelulusan akademik yang baik tetapi gagal menyerlahkan personiliti diri apabila menghadiri intervew

5. fay,Ranau - October 24, 2008

saya sangat bersetuju dengan artikel ini.Dengan adanya keyakinan diri semasa menghadiri temuduga akan membantu individu berkenaan berfikir secara rasional/logik dan mampu berkomunikasi dengan baik.

6. amany - November 27, 2008

salam…tq atas panduan dan komen2 yg ditujukan ke ruangan ini..sy akan menghadiri temuduga untuk gov.servant next week and at least bila sy baca panduan ini sy rasa lebih bersedia..Terima Kasih kepada yg empunya blog/penulis ruangan ni…:-)

7. Siti Norhayati Shukri - November 27, 2008

Diharap apa yang saya cuba lakukan ini akan mendapat sokongan dan kerjasama dari masyarakat. Insyaallah saya akan cuba membantu. Kepada para pelajar dan graduan, tingkatkan usaha kerana saingan di dunia kerjaya agak sengit pada masa sekarang. pastikan anda mempamerkan semua kualiti yang diingini majikan.

8. sarah - December 31, 2008

w’salam taw x rasa buat resume yang menarik..
tolong snd kat saya

9. akasia - January 17, 2009

salam..artikel ini amat menarik..cause sy adlah antara ribuan bakal graduan yang akan keluar tahun ini..ad tips tak untuk fresh graduate mcm sy bersaing untuk mencari pekerjaan kat luar..??leh tlg send kat my email

10. dayu - February 23, 2009

nak share e-book yg sgt bermanfaat
sgt membantu nak gi interview
lagi2 untuk jawatan2 kat kerajaan

11. cutest - April 14, 2009

alo..saya berminat nak tau cara2 utk intvw..tapi masalahnya saya ni pemalu dan krg pgthn umum..21 april 2009 nti sy akn mhdri tmdga..x ykn dgn resume sbb x pnh buat..ini first time sy mhdri temudga
tambah2 lg thp pddkn sy cm f6 je..
mcm mn ek nak hadapi tmdg sbg pbntu tdbr (kwgn)
sapa2 yg pakar tlg bg tips ye..
dalam dilema ni
plzzzzzzzzzz………………

12. fyna - May 14, 2009

mcamana dgn temuduga bahagian pendidikan dan resume yang sesuai? emel saya freakpnaout@yahoo.com

13. Franc - June 1, 2009

mcm mana dgn temuduga pendidikan?? email saya flimway@yahoo.com.
saya gementar ni..

14. amir - June 7, 2009

saya antara graduan yang oku yg berkali-kali gagal dlm temuduga kerajaan.persaingan terlalu banyak di masa skrg,jadi kepada yang berkenaan persiapkan diri sebaik yang mungkin…

15. hmdah - July 17, 2009

salam..saya akan pg temuduga utk jawatn n27..tolong sesape bagi panduan

16. hosenmo - September 9, 2009

saya akan pg.temuduga untuk jawatan g27….tolong sesape yang baik hati untuk beri panduan.

17. ros - March 17, 2010

apakah panduan untuk menjalani sesi temuduga saya betul betul memerlukan

18. zyan - April 22, 2010

salam,sy akn m’hdpi tmu dga awl bln 5 ni…ni adalah yg p’tma kli dn sy rsa gementar.sy juga bingung bgaimana nk sediakn resume yg mnrik…ada sapa2 yg boleh tolong bgi pnduan…tq

19. angah - July 14, 2010

sy nk tnya apa mklumat2 yg perlu ada semasa menulis resume..bagaimana cara mmbuat resume yg lengkap smasa temuduga..

20. MIZAH - December 12, 2010

saya kene pergi temuduga jwtn N27 esok di UTM skudai… Takot ar…byk info2 yg dah dibaca..tp takot x mengena…..:(

21. Siti Norhayati Shukri - January 4, 2011

Jangan risau sangat. Kalau dah rasa preparation untuk menghadapi temuduga dah cukup jangan risau. Yakin dan jangan stress. Nervous memang semua orang akan nervous.

22. serviced office - April 20, 2013

You ought to take part in a contest for one of the highest quality websites on the
net. I most certainly will highly recommend this web site!

23. singapore seo - May 6, 2013

hello!,I like your writing very a lot! proportion we keep in touch more approximately your article on AOL?
I require a specialist in this space to unravel my problem.
May be that is you! Taking a look forward to peer you.

24. Conference room - August 3, 2013

What’s up, this weekend is fastidious in support of me, for the reason that this moment i am reading this impressive informative paragraph here at my home.


Leave a comment