jump to navigation

Litar Lumba Kaedah Terbaik Banteras Mat Rempit – Azalina October 23, 2007

Posted by sinchan in Belia, remaja.
6 comments

Semua kerajaan negeri dan kerajaan tempatan disaran menyediakan kemudahan litar lumba sebagai kaedah terbaik membanteras gejala “Mat Rempit” atau lumba haram di kalangan golongan muda yang semakin berleluasa sekarang.

 Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ketiadaan litar lumba dan kemudahan seumpamanya adalah antara penyebab mengapa remaja suka berlumba di jalan raya hingga membahayakan pengguna lain.
(more…)

Tazkirah Remaja: Keimanan mantap lahir sifat amanah September 19, 2007

Posted by sinchan in remaja, Renungan.
add a comment

SAIDATINA Khadijah memilih Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangannya ke Syam kerana kemahiran perniagaan baginda dan sifat amanah yang sebati dengan baginda yang dikenali sebagai al-Amin.

Sifat ini tidak dimiliki pada peniaga lain di Makkah. Modal yang penting ini amat diperlukan dalam menguruskan soal kewangan, maklumlah tidak ramai orang selamat dengan ujian duit yang kadang-kadang “berhantu.”

(more…)

Protes, Biadap Atau Menderhaka? August 16, 2007

Posted by sinchan in remaja.
3 comments

Ada pelbagai cara untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara, sememangnya cara termudah untuk menzahirkan ketidakpuasan hati tersebut adalah dengan menunjukkan sikap memberontak di dalam diri melalui perlakuan yang agresif serta perkataan yang tidak sedap di dengar oleh pihak ketiga selepas diri kita.

Tindakan yang membabi buta serta ikutkan perasaan merupakan perkara yang paling digemari oleh para remaja untuk menzahirkan ketidakpuasan hati terhadap kehidupan.  Rempit, pergaulan bebas, pil khayal dan sebagainya antara perlakuan negatif yang biasanya di lakukan para remaja hanyut untuk melepaskan perasaan ketidakpuasan hati mereka terhadap kehidupan.

(more…)

Menghukum Remaja Dengan Rotan July 26, 2007

Posted by sinchan in remaja, Renungan.
13 comments

Oleh NURUL IZZAH SIDEK

KINI heboh dibincangkan mengenai pelajar-pelajar dirotan oleh guru dan ibu bapa bertindak balas terhadap perbuatan tersebut. Para pelajar yang masih remaja dan memerlukan pendidikan daripada guru, ada ketikanya menghadapi masalah disiplin. Merotan adalah tindakan terakhir setakat yang diizinkan oleh peraturan.

(more…)

Coklat Lebih Sedap Berbanding Ciuman April 17, 2007

Posted by sinchan in remaja.
7 comments

LaKisha Jones is eliminated on the 6th season of American Idol.Kajian dapati beri kenikmatan lebih lama: Pakar
LONDON: Ciuman memberahikan pasti mencairkan hati tetapi ia tidak memberi kesan setanding jika dibandingkan dengan kenikmatan coklat mencair di atas lidah, menurut satu kajian.

(more…)

Kanak-kanak Melayu-Irish tujuh tahun lulus Kimia O-Level April 16, 2007

Posted by sinchan in remaja.
2 comments

SINGAPURA 15 April – Pada Januari lalu, Ainan Celeste Cawley, 7, menduduki peperiksaan mata pelajaran Kimia peringkat O-Level sebagai calon persendirian dan mengejutkan empat remaja yang mengambil peperiksaan itu bersamanya.

(more…)

Jangan hukum seluruh generasi muda hanya kerana perlakuan 886 gadis March 6, 2007

Posted by sinchan in remaja.
7 comments

  Pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Khaidzir Ismail tiba-tiba menggemparkan negara melalui kajiannya terhadap pelajar perempuan yang berisiko tinggi. Beliau telah membuat kajian terhadap 887 pelajar yang bermasalah.Yang menggemparkan ialah, menurut kajian beliau yang dijalankan selama tiga bulan, daripada 887 responden, hanya seorang sahaja yang mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks. (more…)

Manusia atau binatang , ibu bayi ini ? March 6, 2007

Posted by sinchan in remaja.
29 comments

babies.jpgBayi siapakah ini? Kalau mereka benar-benar manusia, bayi yang cukup sempurna sifatnya ini tidak akan dibuang seperti ini.

Siapa yang melihat gambar bayi ini pasti akan berlinang air mata. Insan yang baru bernafas untuk hidup dinafikan haknya – mungkin oleh ibu yang melahirkannya sendiri. (more…)

Sediakan tempat perlindungan untuk wanita terlanjur February 13, 2007

Posted by sinchan in remaja.
1,024 comments

Zina adalah dosa besar yang amat perlu dihindari oleh manusia. Ini kerana ia bukan sahaja merosakkan nasab atau keturunan manusia tetapi juga mendatangkan pelbagai masalah sosial. Yang terbaru ialah perbuatan membuang bayi.

Youngmalaysian telah memetik satu wawancara yang disiarkan oleh utusan Malaysia dan amat tertarik dengan isu ini untuk dibincangkan oleh pengunjung laman ini.  

(more…)

REMAJA KELANTAN HAUSKAN PROGRAM MENGISI MASA MALAM HARI February 13, 2007

Posted by sinchan in remaja.
10 comments

Lebih dari 2000 remaja telah membanjiri  stadium Sultan Mohammed 1v pada  hari  jumaat, malam sabtu 9 feb 2006 untuk bersama  manjayakan  program sukan malam  di Kota Bahru.

Mereka seolah-olah  dahaga akan program seperti ini dan seolah-olah masa  mereka kini terisi dengan adanya program-program seperti ini. (more…)