jump to navigation

Protes, Biadap Atau Menderhaka? August 16, 2007

Posted by sinchan in remaja.
trackback

Ada pelbagai cara untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara, sememangnya cara termudah untuk menzahirkan ketidakpuasan hati tersebut adalah dengan menunjukkan sikap memberontak di dalam diri melalui perlakuan yang agresif serta perkataan yang tidak sedap di dengar oleh pihak ketiga selepas diri kita.

Tindakan yang membabi buta serta ikutkan perasaan merupakan perkara yang paling digemari oleh para remaja untuk menzahirkan ketidakpuasan hati terhadap kehidupan.  Rempit, pergaulan bebas, pil khayal dan sebagainya antara perlakuan negatif yang biasanya di lakukan para remaja hanyut untuk melepaskan perasaan ketidakpuasan hati mereka terhadap kehidupan.

Terdapat juga segelintir remaja yang kreatif menzahirkan perasaan ini melalui ekspresi seni, namun golongan ini adalah kumpulan terpencil yang berjaya menzahirkan perasaan ketidakpuasan mereka melalui saluran yang positif dan di interpretasi oleh pihak ketiga dengan positif.

Namun, pemikiran setiap individu adalah berbeza dan interpretasi seseorang individu tersebut juga dipengaruhi oleh persekitaran dan budaya kehidupannya yang akan mempengaruhi tanggapan setiap individu.  Perasaan tidak puas hati dan sikap yang suka meletakkan kesalahan diri kepada pihak lain menjadikan seseorang yang mempunyai kreativiti dan saluran menzahirkan perasaan melalui nyanyian seperti yang telah dilakukan oleh seorang remaja Malaysia di luar negara.

Lagu Negaraku Versi Rapp?

Dalam negara sedang bersemangat menyambut ketibaan hari ulang tahun kemerdekaan yang ke-50, negara di gemparkan dengan video klip di internet yang digubah oleh seorang remaja rakyat negara ini yang menuntut di luar negara, lagu Negarakuku dalam bahasa Mandarin dan Hokkien  yang di gubah dari lagu Negaraku menunjukkan pencipta lagu yang bersikap biadap menghina agama Islam dan kerajaan Malaysia.

Website youtube.tv yang menununjukkan beberapa klip video lagu-lagu gubahan Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 24 tahun, pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi Awam, Universiti Ming Chuan, Taiwan termasuk lagu Negarakuku yang menjadi kontroversi di media rasmi dan website serta blog tempatan.

Pelbagai reaksi orang ramai dan para pemimpin negara berikutan klip video tersebut yang di katakan telah menghina negara, agama , bangsa serta pemimpin dengan penggunaan bahasa kasar dan lucah.  Antara pemimpin negara yang sempat penulis temui mengutuk secara lantang video klip Negarakuku ini, antaranya ialah Menteri Belia & Sukan, Menteri Luar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menganggap kelakuan sebegini adalah suatu sikap yang tidak sepatutnya ada dalam diri seseorang remaja Malaysia.

Permohonan maaf Meng Chee juga telah di anggap sebagai satu tindakan semata-mata untuk lari daripada di ambil tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Disebalik kejadian ini, penulis dapati para remaja Malaysia kini begitu berani dan biadap dalam menyuarakan ketidakpuasan hati.  Negara kita mempunyai pelbagai saluran dan cara yang baik untuk menyampaikan perasaan tidak puas hati, kenapa mesti perlu di tayangkan di webtv yang dapat di lihat oleh dunia.

Sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas terhadap Meng Chee, pihak luar akan menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak berdaulat dan boleh di perkotak-katikkan dengan sesuka hati mereka.

Penulis bukannya hendak pihak berkuasa bertegas dengan kes ini kerana Meng Chee seorang remaja berbangsa Cina, tetapi sebagai pengajaran kepada semua remaja bangsa Malaysia tentang adap dan batasan dalam meluahkan ketidakpuasan hati dengan membabi buta.

Negara kita yang telah mencapai 50 tahun kemerdekaan ini amat perlu di pertahankan keamanan dan kesejahteraan negara.  Kekuatan negara yang berpunca daripada toleransi pelbagai kaum yang hidup harmoni selama 50 tahun ini amat perlu di pertahankan kerana hakikatnya kekuatan tersebut adalah dari tali yang amat halus dan rapuh.

Isu-isu perkauman, menyinggung sensitiviti keagamaan hanya akan menyebabkan talian rapuh tersebut akan terputus dan akibatnya perpaduan kaum yang menyumbangkan kepada keamanan negara akan tergugat.

Sesungguhnya, perjuangan mempertahankan kemerdekaan ini adalah amat sukar dan sebagai generasi muda yang mewarisi kemerdekaan ini janganlah kita alpa dengan kesenangan yang kita nikmati kini.  Fahami dan hayati perjuangan orang-orang dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara, kepayahan, pengorbanan dan penderitaan mereka adalah kebahagian dan kesenangan kita sekarang.

Persoalannya, adakah kita generasi muda mampu untuk pertahankan kemerdekaan ini?  Adakah generasi akan datang dapat mewarisi kedaulatan dan keamanan negara sebagaimana yang kita telah nikmati sekarang?  Bagaimana mereka akan warisi negara ini nanti semuanya bergantung kepada sikap kita hari ini…

Salam Kemerdekaan buat semua warganegara Malaysiaku…

Comments»

1. F. Abdullah - August 22, 2007

Saya rasa apa yang dizahirkan adalah apa yang lahir dari perasaan dalaman. Saya tidak mahu membabitkan isu perkauman dalam hal ini, lebih-lebih lagi dengan menjelangnya hari kemerdekaan negara yang ke-50 dan amat sayang akan runtuhnya keamanan yang dibina selama 50 tahun ini. Akan tetapi, oleh kerana saya bekerja dan pernah bergaul dengan kaum Cina dan kaum lain…memang terdapat banyak pihak yang berasa kurang senang dengan apa yang mereka fikir ‘ketidak adilan’ dan suasana pilih kasih dalam banyak hal dan segi. Rungutan ini sering kedengaran di kalangan sesama mereka sahaja…..dan perkara ini haruslah dipandang serius….suatu jalan penyelesaian dengan konsep bermesyuarah dan sebagainya haruslah diusahakan…oleh kerana dikhuatiri apa yang dibendung mereka, pada suatu hari kelak tidak dapat dibendung lagi….pandangan saya adalah refleksi apa yang dilihat dan didengar secara ‘first hand’.

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan gemilang…

2. sinchan - August 23, 2007

Perasaan tidak puas hati memang sentiasa ada dalam diri setiap individu. Ini kerana persepsi dan penerimaan setiap individu adalah berbeza di antara individu yang lain. Maka perasaan tidak puas hati akan sentiasa ada tanpa mengira kaum. Jika di lihat secara umum, bukan sekadar kaum Cina & India sahaja yang tidak berpuas hati dengan dasar yang ada namun ada juga segelintir kaum Melayu yang tidak berpuas hati. Jadi apa yang cuba penulis nyatakan hanyalah cara melepaskan perasaan tidak berpuas hati perlulah dengan cara dan saluran yang betul, jangalah sampai menghina negara dan menyentuh sensitiviti kaum negara ini. Kemerdekaan ini bukan mudah untuk terus dipertahankan tanpa perpaduan kaum dan tolerasi antara kaum.

3. F. Abdullah or uji - August 30, 2007

Ya..saya setujubenar dengan SINCHAN…dan sememangnya saluran dan cara yang betul harus diamalkan..supaya kestabilan negara tidak tergugat dan perasaan hormat menghormati sesama insan dipelihara…SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN…MALAYSIAKU YANG TERCINTA……

Kita amat bertuah kerana mengecapi keamanan, kemakmuran serta nikmat yang melimpah ruah di bumi MALAYSIA yang BERTUAH…manakala ada negara yang di kancah peperangan, rakyatnya menderita dan sebagainya…

SYUKUR ALLAHAMDULILLAH….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: