jump to navigation

Kementerian Mahu Rombak Garis Panduan, Mudahkan Tangani Disiplin Pelajar July 30, 2007

Posted by sinchan in Uncategorized.
trackback

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran mengkaji kemungkinan mengembalikan kuasa guru dalam mendisiplinkan pelajar, termasuk merotan di khalayak ramai, bagi memastikan pendidik dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan lebih tegas dan berkesan.


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata garis panduan sedia ada perlu dikaji semula supaya masalah sosial di kalangan pelajar dapat dikawal dengan kaedah pendisiplinan yang tidak terlalu terikat dengan pelbagai peraturan.

“Kita perlu lihat sama ada membenarkan tindakan yang tidak keterlaluan oleh guru dalam proses mendidik pelajar. Ini perlu kerana kadang kala guru sebagai manusia bertindak sedikit keras apabila berdepan dengan pelanggaran peraturan yang berlaku di depan mata,” katanya kepada Berita Harian.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar (gambar), berkata kementerian dalam proses meminda Peraturan-Peraturan Disiplin (Pelajar) 1957 bagi mengemas kini peraturan dan tindakan yang boleh diambil guru terhadap pelajar bermasalah.

Beliau berkata, akta berusia 50 tahun itu terlalu umum sehingga mengeliru dan menyukarkan pentadbiran sekolah melaksanakan hukuman terhadap pelajar.

Alimuddin berkata, peraturan terlalu ketat mengongkong guru dan secara langsung membataskan tugas pendidik untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa pelajar selama mereka di sekolah.

Malah, guru sukar menegur kesalahan pelajar di luar kawasan sekolah kerana tiada peraturan membenarkan berbuat demikian.

“Lebih mengecewakan apabila ibu bapa sering mengambil pendekatan salah dengan beranggapan anak mereka tidak bersalah dalam apa saja keadaan walaupun selepas diberi penerangan oleh pentadbir sekolah.

“Ibu bapa sepatutnya faham bahawa apa saja tindakan guru adalah bertujuan mendidik dan kebiasaannya hukuman yang diambil adalah pilihan terakhir selepas pelbagai amaran diberikan.

“Rasanya lebih baik guru menghukum pelajar daripada langsung tidak mengambil tahu apa berlaku kepada muridnya. Kesudahannya, murid itu juga yang rugi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Penasihat Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, mencadangkan supaya sekolah kluster menjadi perintis pelaksanaan peraturan disiplin yang lebih tegas dan membabitkan lebih ramai guru.

“Jika ada ibu bapa yang tidak suka anak mereka ‘disentuh’, jangan hantar anak mereka ke sekolah kluster kerana di situ anak mereka akan menerima didikan secara seimbang dan menyeluruh,” katanya.

Garis Panduan ini memang sepatutnya di ubah, keruntuhan akhlak dan disiplin pelajar yang merosot sejak akhir-akhir ini amat menakutkan malah penyakit sosial belia hari ini kebanyakkannya adalah daripada golongan pelajar sekolah.

Namun pelaksanaan garis panduan ini memerlukan sikap keterbukaan daripada kalangan ibu bapa dan ketelusan daripada pihak sekolah terutamanya guru-guru.  Ini kerana apa yang kita lihat pada hari ini, sebahagian daripada ibu bapa seolah-olah tidak membenarkan langsung guru-guru menyentuh (memukul) anak-anak mereka dalam proses pembentukan disiplin dan sikap pelajar.

 Walau bagaimanapun, pihak kementerian perlu mengkaji semula garis panduan ini dan pastikan ianya benar-benar di laksanakan di sekolah-sekolah di seluruh negara bagi membentuk sikap dan disiplin pelajar.  Mudah-mudahan dengan langkah ini dapat membendung penyakit sosial yang semakin hari semakin buruk  merebak di dalam masyarat kita.

Comments»

1. F. Abdullah - August 22, 2007

Kita harus melihat ‘role/peranan’ dan martabat guru dan para pendidik itu sendiri dalam masyarakat hari ini….Dalam dunia yang lebih berkiblatkan ‘material/kebendaan’ dan juga bersifat ‘individualistik’ ini,kejayaan seseorang serta kedudukan, kewangan dan harta material yang dimiliki lebih diutamakan..

Para guru tidaklah dipandang semulia seperti mana pada zaman dahulu, di mana kaum masyarakat, ibu bapa serta murid amat menghormati dan memuliakan golongan ini, dan sudah tentu apa yang mereka(guru) lakukan untuk mendisiplin dan memberi ilmu pengetahuan serta pendidikan dipandang sebagai usaha ke arah kebajikan dan kebaikan murid itu sendiri dan masyarakat am nya….

Tanpa berpelajaran tinggi, dengan bekerja dua tiga syif, seseorang itu dapat memiliki gaji lebih daripada seorang guru…berkereta besar, berumah besar, berpakaian berjenama…tak payah susah-susah belajar (ini adalah pendapat sesetengah orang) tak kira kerja itu halal atau haram yang pentingnya…duit. Itu yang lebih dipandang mulia..

Selain daripada itu, kaum pendidik dan guru juga mendapat tekanan pekerjaan…di mana banyak tugasan yang bertimpa pada waktu bekerja dan tugasan lain diluar waktu bekerja….(yang jarang dilihat atau diketahui orang ramai)..ini menyebabkan stress…Persatuan guru juga tidak kuat dan bersatu..terlalu banyak persatuan…dan kerajaan juga harus melihat beban tugas guru yang terlalu berat…kerja-kerja remeh-temeh dan perkeranian juga harus ditanggung guru…adalah lebih afdal jika Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi adalah daripada kalangan mereka yang berpengalaman di dalam bidang pendidikan…(ini adalah suatu saranan…janganlah mana-mana Menteri dan Timbalan Menteri yang melenting pula..maaf ya)

Keseluruhan suasana perguruan, alam masyarakat sekarang dan perspektif mikro dan makro haruslah dikaji…bukan sekadar dari segi retorik sahaja tetapi pandangan daripada sudut ilmu dan pengalaman..

2. Nasworld - September 8, 2007

Benih yang baik kalau dicampak ke laut menjadi pulau.Begitulah sedapnya peribahasa yang sering dipertuturkan dan menjadi bualan masyarakat,baik masyarakat guru,nelayan,petani,buruh binaan dan sebagainya.Namun disebalik ungkapan kata-kata nan indah itu,ternyata itu bukan hakikatnya. Benih yang baik itu pun jika tidak dibekalkan dengan baja yang mencukupi, tanah yang disuburi, yang selalu digembur dan diurai ,pasti benih yang baik itu tadi akan layu dan sudahnya mati.
Senario pelajar hari ini memperlihatkan keadaan yang agak memeranjatkan dengan pelbagai gejala sosial seperti rempit,budaya gothic,hidonisme,terlibat dengan penyalahgunaan dadah,hidu gam,seks bebas,gangsterisme, kaki pukul, dan pelbagai jenis jenayah juvana lainnya. Mereka yang terlibat ini bukan sahaja pelajar yang bersekolah di sekolah harian biasa,malah turut dikongsi bersama sekolah-sekolah elit dan berasrama penuh.Di sebalik semua kejadian ini, apa yang lebih parah ialah apabila pelajar terlibat dengan kes melibatkan pembunuhan,perogolan,adegan lucah di dalam internet dan samun.Jika kita katakan semua pelajar terlibat,ini kenyataan yang salah,sebahagian pelajar itu pun salah.Segelintir juga barang kali ada kebenarannya.Jika ditinjau dari peratus kajian yang dijalankan di sekolah-sekolah berhubung keinginan melakukan jenayah atau perlakuan negatif,hanya 3% pelajar yang mahu melakukan kesalahan malah ada yang negatif untuk melakukan kesalahan. Ini bermakna pelajar tahu tentang hukum. Malah murid sekolah rendah pun sudah tahu nilai baik dan buruk. Jadi di sini soal nilai dan moral tidak timbul.Tidak ada orang di dunia ini yang mahukan hukuman .Sebut hukum itu pun sudah pasti menyakitkan.Peratusan mereka yang dianggap nakal melampau ini bukanlah besar.Namun ibarat kata ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’, harus kita terima.
Dalam hal ini,kita tidak boleh saling menuding jari siapa yang bersalah? Guru yang mengajarkah salah,kerana menjadikan pelajar ini kurang ajar? Masyarakat yang tidak mahu jaga tepi kain orangkah, salah,kerana hanya jaga kain sendiri yang koyak ?Pemimpinkah ,salah kerana petah bercakap untuk meraih simpati?Ulamakkah kerana mereka hanya menyeru kepada kebaikan,kepada orang yang baik-baik atau pengaruh media elektronik,internet,atau penjajah ?
Saya berpendapat, banyak faktor perlu dilihat:-
Faktor Keagamaan.
Pertamanya ibu bapa sekarang tidak lagi menekankan soal keagamaan dalam diri anak-anak.Soal solat di rumah yang sepatutnya diambil tahu oleh ibu bapa kurang dikisahkan.Ibu bapa ada kalanya bersama-sama anak tidak menghiraukan waktu-waktu solat.Kalau orang dahulu azan maghrib jika anak-anak diluar rumah disuruh masuk,ibu bapa sekarang dan anak-anak bersama-sama masih lagi di shoping mall,masih buru-buru ke pawagam,sibuk-sibuk nak ke konsert. Nah ini padahnya, manusia itu lebih berani daripada syaitan,kerana syaitan bertempiaran lari apabila suara azan itu dilaungkan,sedang manusia pula memngambil alih peranan syaitan.Syaitan yang lari itu tadi meresap masuk ke tubuh-tubuh mereka yang berani seperti syaitan itu.Sudah barang tentu hati kita jadi keras,sukar menerima teguran,nasihat dan apa jua kebaikan sebab kita sering berdamping dengan syaitan.Natijahnya apabila kita melalaikan perkara pokok atau teras dalam agama iaitu solat,saya percaya amalan-amalan yang lain juga akan terjejas.Pernah saya bertanya kepada pelajar dalam perhimpunan rasmi sekolah,siapa yang solat subuh angkat tangan dengan jujur?Hanya 5 hingga 10 orang daripada 1200 orang pelajar Islam(Melayu).Di mana silapnya? Jadi di sini ibu bapa yang berperanan menegur,menasihat,menghukum,memberi nilai dan pengajaran yang sepatutnya.Jika tidak mampu mengajar anak solat,bawalah anak ke surau atau ke masjid untuk dia belajar berjemaah.Insya Allah hatinya lembut sebab kita bawa mereka ke rumah Allah.Anak yang tidak dibasahi mukanya dan anggota tubuh badannya dengan air wudhu pasti tiada cahaya atau ‘nur’ yang terpancar.Pancaran ‘nur’ itu datang dari hati yang bersih.Saya percaya jika kebaikan yang diamalkan pasti ibu bapa tiada masalah untuk mengajar kebaikan kepada anak-anak.Apa yang pasti nasihat yang berguna ialah nasihat yang digunakan.Amalan yang baik juga ialah amalan yang ilmu yang diamalkan.Jika agama yang kita bekalkan kepada anak-anak pasti mereka akan lebih berakhlak mulia sebab yang ditakuti itu bukan ibu bapa tetapi Allah S.W.T .

3. Nasworld - September 8, 2007

Disiplin Pelajar Menurut Perspektif Islam
Di sini izinkan saya memperturunkan beberapa tulisan yang berkaitan soal ’10 Ciri-ciri Keunggulan Seorang Muslim Sebagai Panduan Membentuk Disiplin Pelajar Sejati’.
1.Keimanan Yang Utuh
Keimanan kepada Allah s.w.t adalah paksi pembinaan negara dan ummah.Dengan keimanan itu akan lahirlah individu yang unggul dan masyarakat yang berbudi luhur,berdisiplin dan beramanah demi kebaikan dunia dan akhirat.Allah s.w.t berfirman:
‘Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran'(surah al-Asr:1-3)
2.Pelaksanaan Amal Ibadat
Keimanan tanpa ketaatan melaui amal ibadat adalah sia-sia.Seseorang yang berperibadi unggul akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya.Bahkan jika dikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri ialah supaya beribadat kepada-Nya.Firman Allahs.w.t:
‘Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat'(surah az-Zariat:56)
3.Akhlak Mulia
Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan yang kental.Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu dengan maysarakat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh anggota maysarakat tersebut.Dalam sebuah hadith,baginda s.a.w bersabda:
‘Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia'(Riwayat Ahmad)
Beberapa nilai-nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi melahirkan individu unggul ialah
a)Amanah
Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orangIa adalah asas ketahanan umat,kestabilan negara,kekuasaan, kehormatan dan roh kepada keadilan .Firman Allah s.w.t :
‘Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan bertaqwalah kepada Allah,Tuhannya'(surah al-Baqarah;283)
b)Ikhlas
Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan.Firman Allah s.w.t;
‘Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengkhlaskan ibadat kepada-Nya’;(surahal-Bayyinah:5)
c)Tekun
Islam menggalakkan umatnya supaya tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai dan berjaya.Sabda Rasulullah s.a.w :
‘Sesungguhnya Allah .w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dia melakukan dengan tekun’.(Riwayat Abu Daud)
d)Berdisiplin
Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutukerja yang cemerlang.Hasrat negara untuk maju dan cemerlang akan dapat dicapai dengan lebih cepat lagi.
e)Bersyukur
Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalm dua keadaan:
Pertama;sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta sama ada sedikit atau banyak.
Kedua;bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah s.w.t supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan.
f)Sabar
Di dalam menghadapi cabaran hidup,kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t:
‘Wahai orang-orang yang beriman ,bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya'(Surah Ali Imran:200)
g)Adil
Maksudnya meletakkan sesuatu pada tempatnya.Para ulama membahagikan adil kepada beberapa peringkat iaitu terhadap diri sendiri, orang bawahan,pemimpin atasan dan juga sesama saudara. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
‘Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan khalayak ramai,berlaku adil ketika suka dan marah dan berjimat cermat ketika susah dan senang;dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu,terlampau bakhil dan kagum dengan dirinya sendiri’.(Riwayat Abu Syeikh)

4. safuhah - March 2, 2009

salam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: