jump to navigation

Menghukum Remaja Dengan Rotan July 26, 2007

Posted by sinchan in remaja, Renungan.
trackback

Oleh NURUL IZZAH SIDEK

KINI heboh dibincangkan mengenai pelajar-pelajar dirotan oleh guru dan ibu bapa bertindak balas terhadap perbuatan tersebut. Para pelajar yang masih remaja dan memerlukan pendidikan daripada guru, ada ketikanya menghadapi masalah disiplin. Merotan adalah tindakan terakhir setakat yang diizinkan oleh peraturan.

Sebelum itu nasihat dan kaunseling diberikan supaya masalah disiplin dapat diatasi. Ada ketikanya hukuman rotan menyebabkan para pelajar mendapat pengajaran. Ada kalanya dengan merotan menyebabkan para pelajar mempunyai perasaan dendam dan bertindak balas secara diam-diam dan nyata.

Oleh itu, sekolah menjadi serba salah. Ibu bapa kadang-kadang hilang cara dan akhirnya remaja dan pelajar menjadi mangsa. Sekiranya ibu bapa datang ‘menyerang,’ guru-guru akan patah hati. Apabila guru-guru patah hati, murid-murid akan terbiar dan prestasi sekolah menurun.

Analisis

Merotan adalah suatu tindakan terakhir dalam batas izin Kementerian Pelajaran. Guru-guru tidak boleh merotan sebagai jalan keluar dari masalah. Malah jika merotan tidak boleh secara lepas dan terbuka. Kalau pun rotan tidak dikenakan, hukuman alternatif tidak harus bersifat mendera dan mengaibkan. Para remaja amat sensitif sekiranya dirinya diaibkan. Jiwa melawannya akan bertambah tinggi lagi.

Para ibu bapa dalam hal ini seharusnya menggunakan saluran yang betul supaya tindakan yang dibuat dapat diuruskan dengan baik. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) umpamanya adalah salah satu saluran terbaik untuk menyelesaikan perkara yang berbangkit.

‘Menyerang’ guru atau membawa ke mahkamah bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah. Ini bukan sahaja memadamkan semangat guru untuk mendidik, malah juga hubungan pelajar dan guru juga akan bertambah keruh.

Ibu bapa ada peranan yang besar dalam mendidik remaja. Jika ibu bapa tidak mendidik anak mereka di rumah, anak-anak akan terbiar dan tercicir. Masa yang paling kritikal mendidik anak-anak ialah sejak lahir hingga ke zaman remaja.

Ibu bapa adalah contoh dan patut mempunyai kemahiran keibubapaan supaya pembesaran anak-anak berada dalam keadaan yang fitrah dan seimbang. Anak-anak yang mendapat didikan seimbang tidak akan mengalami proses keciciran dan akan menjadi pelajar-pelajar yang tidak menghadapi masalah disiplin di sekolah.

Bayangkan sekiranya pendidikan tidak berlaku di rumah, sekolah akan mewarisi keciciran yang ada pada anak-anak. Di sinilah masalah disiplin bermula.

Guru-guru hanya mempunyai masa lebih kurang 6-7 jam di sekolah, serta jadual belajar yang agak padat untuk menghabiskan subjek pelajaran. Oleh itu, guru-guru mempunyai masa yang agak terhad untuk anak-anak murid.

Pihak sekolah sekolah harus dapat membantu sejak dari awal anak-anak yang menghadapi masalah disiplin. Hubungan dengan ibu bapa dan PIBG harus segera diwujudkan supaya langkah mengatasinya adalah dalam pengetahuan ibu bapa dan PIBG.

Pendekatan nasihat, contoh dan kaunseling harus diutamakan. Guru-guru harus memahami bahawa jiwa remaja adalah sensitif. Kasih sayang dan perhatian harus diberi, kesabaran perlu ada supaya antara masalah yang dihadapi dengan kesedaran berterusan yang diberi mungkin boleh mengatasi masalah yang ada. Memanggil ibu bapa untuk menerangkan masalah anak- anak merupakan jalan terbaik untuk cuba mengendurkan hal-hal yang berbangkit.

Peranan Remaja

lInsaf akan peranan ilmu. Bagi para pelajar dan remaja, mereka haruslah menginsafi bahawa tanpa ilmu dan pendidikan para remaja tidak boleh pergi jauh. Untuk mendapatkan ilmu dan pendidikan para remaja harus patut dan taat kepada guru-guru. Bayangkan kepayahan guru mengurus sebuah kelas dengan jumlah pelajar yang melepasi 30 orang dengan upaya mengurus ibu bapa yang hanya dalam lingkungan di bawah sepuluh orang, sudah tentu tanggungjawab guru lebih payah dengan kerenah anak murid yang ramai.

lSedar akan kesan kegagalan. Para remaja harus sedar keciciran dan kegagalan di sekolah boleh memberi kesan pada hidupnya di sepanjang hayat. Perhatikan remaja yang berjaya dalam pelajaran dan hidup adalah remaja yang taat kepada ibubapa dan guru dan remaja yang mempunyai disiplin dan akhlak yang baik.

lBerfikir bahawa mencipta satu masalah akan membawa masalah lain. Para remaja harus sedar bahawa perbuatan yang menimbulkan masalah berat sebenarnya mengundang masalah-masalah lain kepada dirinya, ibu bapa, guru serta pihak sekolah. Dek kerana satu masalah yang ditimbulkan, peraturan diketatkan, pengawasan yang lebih terpaksa dilakukan serta guru-guru terpaksa menambah daya dan kekuatan mental untuk menghadapi pelbagai cabaran yang ditimbulkan pelajar.

Selalunya para remaja akan menyesal apabila zaman dewasanya payah mendapat peluang kerja yang baik. Akhirnya menyalahkan diri sendiri kerana zaman pelajarnya suka melawan guru, tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran, melawan nasihat dan pesan ibu bapa, ego dengan fahaman keremajaan.

Kesimpulan

Tindakan merotan seharusnya digunakan sebagai jalan terakhir menghukum pelajar. Namun begitu, ia haruslah dilakukan dalam batasan mendidik, bukannya untuk melepaskan geram dan keterlaluan.

Ibu bapa harus insaf bahawa guru-guru adalah pendidik yang ingin melihat anak muridnya pandai dan berjaya dalam hidup. Kegembiraan seseorang guru adalah apabila mendengar anak didiknya berjaya dan tidak meminta apa-apa balasan.

Guru ibarat pelita yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Anak murid pula ibarat berlindung di bawah cahaya pelita supaya hidupnya terang benderang dan bukannya memadamkan cahaya pelita yang menyebabkan hari depannya gelap gelita.

Oleh itu, asas agama harus dijadikan sandaran kepada semua pihak dalam menangani isu ini agar rotan menjadi ‘guru’ yang terakhir dalam mendidik dan menghukum remaja dan tidak disalahgunakan.

* NURUL IZZAH SIDEK ialah graduan Kejuruteraan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur.

Dipetik dari Utusan Malaysia 26 Julai 2007

Comments»

1. shida - March 24, 2008

bagi pendapat saya,saya setuju hukuman rotan dilaksanakan.hal ini kerana pelajar pada hari ini semakin bertindak melebihi luar batasan .walhal mereka sudah diberi kata -kata nasihat oleh para kaunseling mahupun guru tetapi nasihat yang diberi kepada mereka ibarat mencurah air ke daun keladi.Mereka tidak sedar bahawa mereka merupakan tunjang negara pada masa hadapan dan bakal menjadi pemimpin negara satu ketika nanti

2. aiman - March 26, 2008

bagus ah…….hidup pas

3. nurulnadiatulamira - July 1, 2008

kenapa pula dikauitkan dengan ibu bapa.masalah sekarang guru berat sbelah…apa kess…ni guru apa….ingat budak kelas pandai bek…asyk2 tuduh budak kelas belakang………

4. riena - November 15, 2008

saya sebenarnye xbape stuju student kna rotan ngan cikgu bukan sebab ap cume klu ikut balik,erm..merotan nie bleh menjatuhkan maruah student.bila cikgu rotan student mmg malu n kononnye xnak wat agla…ta hakikatnye,student malu n perasaan dendam ngan gru akan ad walaupun sedikit so xpyh rotan..cari idea laen or rotan tanpa ada owag yang tau…ok x???

5. ibnuimam - January 12, 2009

Saya kurang bersetuju dengan nurulnadiatulamira.

Kebanyakan ibubapa hari ini ‘lost control’ anak mereka. tau kenapa? materialistik, pentingkan kerjaya dan terlalu sayangkan anak hingga abai tanggungjawab mereka mendidik anak2x. Sedarkah anda kadar salah laku pelajar dan remaja semakin meningkat dgn mendadak?.

Mungkin kata nurul, guru berat sebelah. Tak dinafikan mungkin tuduhan guru itu tidak berasas. namun dengan didikan yang betul di dan dari rumah, anda sudah tentu akan menjadi seorang pelajar yg tau menghormati org lain (termasuk guru), menggunakan masa sebaiknya dll. jadi anda tidak akan di cop oleh guru tersebut.

budak skema pun bukan baik sangat, tp mungkin mereka tau apa itu adab. secara kasarnya la, kalau KO FIKIR orang tu baik, sanggup ke ko tuduh dia buat salah walaupun hakikat sebenarnya memang dia seorang yg jahat. sama juga sebaliknya, kalau KO FIKIR dia jahat, dia buat baik macam mana pun ko akan tetap fikir dia jahat.
betul tak?

6. ibnuimam - January 12, 2009

Buat riena pula, terus terang saya katakan, saya juga tidak bersetuju dengan anda walaupun memang merotan dikhalayak ramai itu menjatuhkan maruah dan air muka pelajar tersebut.

Mengapa saya tidak setuju.
1. Apa tujuan guru merotan pelajar? Sebab pelajar itu melakukan kesalahan. Andai anda ada anak. Anak anda ditangkap memiliki DVD lucah di sekolah. Adakah anak anda akan diberi kaunseling sahaja dengan harapan dia akan mengikut teori ‘self-discipline with counselor help’? Tiada pengajaran buat dia. Dia juga mungkin beranggapan perkara ini hanya kesalahan ringan. Jika kita merotan pelajar ini di perhimpunan contohnya, Pelajar ini akan malu bukan kepalang. Itu kesan jangka pendek. dan paling kritikal jangka sederhana kerana dia perlu bersekolah di situ paling lama 5 tahun. Cuba kita fikirkan jikalau perkara ini tidak diambil serius. Dia berpotensi menjadi Perogol atau pelaku maksiat dek kerana tak dapat menahan nafsu nya. Anda ingin ini berlaku? Merotan boleh membantu membetulkan dan mendidikan seseorang. ketahuilah bahawa nabi menyuruh ibubapa untuk merotan anak yang tidak solat bermula umur 7thn. ia sebagai satu cara asuhan supaya lekat dalam hati untuk melakukan perkara yg baik secara berterusan.

Cadangan saya: merotan itu perlu dilakukan bersama penerangan berkaitan kesalahannya. lebih bagus kalau dibicarakan oleh jawatankuasa disiplin dan dihadiri oleh ibu bapa pelajar tersebut. pelajar tersebut menerima hukuman atas kesalahannya bersama kenapa dia dihukum dan mengapa perkara yg dilakukannya salah.

2. Merotan dikhalayak ramai juga adalah perlu. Ini untuk memberi peringatan kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama. Pernahkah anda berkunjung ke arab saudi? Jika tidak, tahukah anda di sana hukum hudud dilaksanakan (Tiada kaitan dengan isu politik negara). hukuman biasanya dilaksanakan selepas solat jumaat di khalayak ramai. Kesannya orang ramai tidak berani mencuri sehinggakan pekedai boleh meninggalkan barangan niaga nya untuk solat atau urusan lain tanpa berlaku kehilangan.

Cadangan saya: rotan dikhalayak ramai patut dilakukan. penekanan kepada teknik merotan yg betul patut diberi penekana supaya tidak membawa kepada kecederaan.rotan diperhimpunan memberi kesan saraf kepada pelaku kesalahan dan juga kesan visual kepada org lain.

3. besar sangat ke maruah pelajar tersebut nak dibandingkan dengan artis2x dan lain2x orang kenamaan yg melakukan kesalahan. yang salah dan jika terbukti bersalah, hendaklah ianya dihukum setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya. Dalam Islam, kalau anda melakukan kebaikan walaupun sebesar nyamuk, ia tetap akan dibalas. begitu juga kejahatan. Biasa tak dengar orang tua2x atau dewasa cakap, “kalau tak kerana cikgu tu, mungkin sekarang aku bukan manusia”. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian buruk padahnya. Tak terjadi dalam jangka masa terdekat, masa kedepan pasti berlak

WalLahhua’lam

7. ibnuimam - January 12, 2009

PERINGATAN
Merotan hingga mengakibatkan kecederaan yang parah adalah satu kesalahan. Si perotan boleh didakwa dimahkamah.

8. iwan - March 20, 2009

Iwan kau tengah buat apa?

9. haikal - March 30, 2009

buat ibnuimam…saya bersetuju dengan pendapat anda yang mengatakan ibubapa ‘lost control’ terhadap anak2 mereka. tetapi saya masih tidak bersetuju dengan hukuman rotan…
saya x kisah dengan hukuman rotan malah saya pasti ramai remaja hari ini juga x kisah dengan hukuman ini. sekadar sakit buat sementara waktu, para remaj x akan kisah. malah kalau dirotan di hadapan khalayak ramai, perkara itu memalukan ketika itu sahaja dan akan dijadikan sebagai bahan gurauan sesama geng2 murid itu.. lebih teruk lagi kalau perkara itu berlarutan menjadi DENDAM. kepada orang2 dewasa, jangan samakan pemikiran anda dengan pemikiran generasi zaman sekarang. every generation has their own thinking way… menurut apa yang ibnuimam tulis, seolah2 murid2 yang membuat salah adalah penjenayah.. di arab saudi yang dihukum adalah penjenayah sebenar bukannya murid yang membuat kesalahn disiplin. ingat,jangan salahkan remaja semata2 jika mereka tersalah memilih jalan hidup tapi ingatlah siapa yang menyediakan persekitaran yang berisiko ketika membesarkan para remaja. ORANG DEWASA. sepatutnya ibubapa perlu secure awal2 jalan hidup anak2.
Alhamdulillah, sya antara remaja yang berjaya survive dalam dunia ciptaan orang dewasa zaman kini. tapi malangnya ramai kawan saya yang terkandas… ramai yang ingin berubah tapi setelah diberi hukuman mereka rasa terasing dan terus hidup bersama2 geng2 mereka agar tidak rasa terasing. cara penyelesaian bagi masalah ini adalah melalui pemantapan guru kaunselor. saya pasti kaunselor yang baik dan mesra murid pasti dapat membantu murid. ingat, murid yang membuat kesalahan x seharusnya dihukum sebaliknya dididik dan dibimbing. hukuman rotan sekalipun sekiranya hendak dijalankan perlulah diniatkan sebagai menDIDIK dan bukan mangHUKUM.
sekian saja dari saya…

10. hijabee - May 1, 2010

ana sokong ape yang dkatekan oleh saudare haikal..
lg pon guru skarang ni merotan bkann nyer untk beri pengajaran..
sbalik nyer mrotan untk mlpskan rase amarah terhadp pljar stlh acapkali mllkukan ksalhn..
lg pon..
mengikut zaman skrg..
para remaja mg cpat berdendam…mreka akn bertndak blas..
saptut nyer gru2 perlu tgkatkn kmahiran dlam mengawl para pljr n psiko mreka…

11. zaft - August 16, 2010

sy setuju dngan dengan hukuman rotan di laksanakan..ini krana ia serba sedikit dapat memperbetulkan kesalahan pelajar tersebut..sy jgk pernah dirotan oleh guru krana masalah displin..lpas dri tu sy lbih berhati2..alhamdullah..berkat dari rotan tu sy dapat ke mnara gding…tp ape yg sy lihat skarang nie…ibu bapa yg lost control bile anak kne rotan…knape?????…cube la tnye anak tu knape budak tu kne rotan..takkan lah guru sje2 nak rotan muridnye….fikir-fikirkan lah

12. Aieyn Luv Dongjun - February 2, 2012

rotan mmg bgoz

13. Positif - May 5, 2012

Saya sangat setuju dengan content blog ni, kepada yang gatal sangat nak membela dan merotan tanpa usul periksa tu eloklah membaca buku falsafah banyak dan mengembangkan cara lain untuk mendidik anak, kepada sesiapa yang tak boleh handle anak tu sebab dia sendiri pun kurang bagus dalam proses membuat baka dan sering buat perkara semberono dan tidak matang lepas berkempen kepada orang lain suruh merotan anak sebagai, the best choice, tapi dalam aspek positifnya tidak diambil kira dan membantah hal positif yang datang dari orang lain..

Ada budak atau pelajar yang boleh guna cara ini dan ada tidak, oleh itu, penting untuk memahami masalah anak atau pelajar…pelajar juga perlu menjadi rakan kepada guru dan guru pun begitu, begitu juga dengan ibu bapa, nasihatkan dan sama 2 cari penyelesaian yang tepat untuk kebaikan bersama dan semua di dunia ini betul dan tak ada yang salah apa yang boleh saya katakan tetapi menunggu diaplikasikan pada tempat dan masa yang betul…

Kepada yang bersikap tidak terbuka sama ada kontras atau pros bagi content ini, kenapa anda semua tu tidak memperjuangkan dengan terbuka dan tidak memberi komen kepada semua blog dan cari tajuk yang berkaitan dan apabila membabitkan sesuatu bukti yang kukuh dan memihak kepada mangsa yang benar ada yang seperti tikus dalam beras, tidak berdecit langsung dan tidak memberi apa2 komen..

Ini menunjukkan masyarakat( maksud saya semua profesion, sama ada lelaki atau perempuan, remaja dan dewasa yang sepatutnya menjadi pembimbing) kebanyakkan jenis yang bongkak dan kemungkinan boleh dikatakan ‘bodoh sombong’ yang mana mengikut perasaan dan pengalaman sendiri dan tidak menimbangkan pro dan kontra( dan lebih kepada terpengaruh dengan pendapat dan suasana yang pernah dilalui atau imitate pengalaman terdahulu tanpa disesuaikan dengan keadaaan sama ada rohani,, intelektual, psikologi, fizikal, mental dan lain-lain.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: