jump to navigation

Tips Berjimat Di Hujung Bulan… June 25, 2007

Posted by sinchan in Renungan.
trackback

Go to fullsize imageMembeli belah memang menyeronokkan, terutamanya sewaktu jualan murah, pilih punya pilih… tanpa disedari dah terlebih berbelanja.  Maka, untuk atasi masalah rambang mata, senaraikan dahulu apa yang ingin di beli sewaktu membeli-belah, bezakan antara kehendak dan keperluan.  Dengan cara ini, kita dapat elakkan diri daripada menghabiskan wang kepada kehendak yang tidak begitu diperlukan.

Bawa bekalan makanan dari rumah ke tempat kerja, ianya bukan setakat lebih jimat malah lebih sihat…  Rasanya macam pelajar sekolah… tetapi sikap ini akan membawa kebaikan kepada kita, bukan sadar dapat menjimatkan wang malah menu makanan yang di sediakan dirumah lebih terjamin kebersihan dan berkhiasat.  Makan di rumah terbebih dahulu sebelum keluar membeli-belah supaya nanti tidak berbelanja lebih untuk makan di luar.

Hobi suka membaca memang bagus, namun tidak semestinya perlu beli sendiri semua majalah yang diminati.  Berkongsi majalah  dan bahan bacaan dengan rakan-rakan dapat menjimatkan perbelanjaan pada bulan tersebut.  Mungkin anda boleh berpakat dengan teman-teman sepejabat untuk bergilir membeli majalah.

Mengumpul buku di jadikan koleksi peribadi sememangnya menarik, apatah lagi kalau ianya buku yang kita sukai.  Namun adakah kesemua buku-buku ‘cinta pandang pertama’ di kedai bermaksud isi kandungannya benar-benar akan membuatkan kita ingin membacanya berulang kali.  Jangan terus membeli bahan bacaan atau buku yang dihajati, sebaliknya cuba dapatkan daripada perpustakaan, pinjam daripada kawan, sewa atau layari di internet maklumat yang dikendaki.  Sekiranya setelah meneliti isi kandungannya dan benar-benar pasti ingin mengulag membaca buku tersebut bolehlah membelinya.  Atau bagi yang telah terbabas membeli buku-buku yang membosankan, anda boleh menjual buku tersebut di kedai yang membeli buku-buku terpakai, penulis ada terjumpa sebuah kedai sebegini di The Mall, Kuala Lumpur.  Selain membeli buku-buku terpakai, kedai tersebut turut menyewakan buku-buku dan majalah terpakai.

Go to fullsize imageBila berbual memang lupa diri… apatah lagi sewaktu bergayut dengan yang tersayang, masa berlalu tak di sedari, sebahagian besar gaji bulanan pun melayang dan terpaksa ikat perut… Ringkaskan perbualan di telefon bimbit, berikan keutamaan kepada penggunaan Sistem Masej Singkat (SMS).  Atau dizaman yang serba canggih ini, khidmat di talian internet seperti khidmat massenger adalah satu lagi alternatif kepada perbualan di telefon bimbit.

Bila dah terlebih berbelanja, perasaan ingin membeli tidak dapat ditahan, beli secara hutang atau menggunakan kad kredit dengan sewenang-wenangnya akan memberi impak yang besar kepada bajet kita.  Sehubungan itu, elakkan belian secara kredit, amalkan belian tunai, ukur baju di badan sendiri sejauh mana kemampuan diri kita…

Pakej saluran pelbagai  yang di tawarkan oleh Astro sememangnya menarik, namun jika diambil pakej yang komprehensif, adakah masa untuk menontonya?  Cuba fikirkan, masa di rumah amat terhad dan adakah berbaloi melanggan pakej yang keterlaluan sedangkan diri tidak mempunyai masa untuk mengikutinya.  Malahan dihari minggu pun bukannya sentiasa dihabiskan di rumah. Lambakan majalah luar negara yang menarik di pasaran memang menggoda, namun harganya agak tinggi.  Pilih langganan majalah atau perkhidmatan yang benar-benar diperlukan, mungkin anda tidak memerlukan langganan ASTRO yang komprehensif atau tiga majalah luar negara.

Bil-bil utiliti merupakan tanggungan bulanan, tetapi berapa orang daripada kita yang menyemak kandungan bil-bil tersebut?  Sentiasa semak semua bil sebelum membayar kerana mungkin ada kesilapan atau pihak lain yang mengenakan caj tanpa tidak di sedari.

Anda tidak perlu menjadi seorang akauntan atau penyimpan kira untuk memantau perbelanjaan sendiri terutamanya aliran wang keluar.  Tanamkan sifat sentiasa peka terhadap aliran wang keluar dengan merekodkan setiap perbelanjaan harian.

Comments»

1. mdm rohailah - November 10, 2008

I really agreed with all those ideal tips .As 4 me I have my personal account book .I don’t mind spending my precious time at least 5 minutes be 4 bedtime to write all the amount I’ve spent 4 that day.It might sound troublesome but believe me it really helps to keep track the flow of your money


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: