jump to navigation

MBNS Lancar Belia Islam Hadhari June 20, 2007

Posted by sinchan in Belia.
trackback

SEREMBAN: Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS) baru-baru ini melancarkan program ‘Belia Islam Hadhari’ dalam usaha membela golongan belia.

Presiden MBNS, Khaidir Jamal, berkata program keagamaan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) itu diyakini mampu membina generasi belia yang berakhlak mulia dan positif.

Beliau berkata, pada peringkat awal, program berkenaan membabitkan belia dari kawasan bandar dan ia kemudian akan diperluaskan ke kawasan kampung terutama di tanah rancangan Felda.

“Sebelum ini, kita melancarkan program belia benci dadah dengan matlamat membantu kerajaan mengurangkan gejala itu yang sering dikaitkan dengan golongan belia sekali gus mencapai sifar dadah menjelang 2015.

“Kini menerusi program Belia Islam Hadhari, kita memberi fokus kepada usaha meningkatkan imej golongan berkenaan supaya belia negeri ini mencapai kejayaan dan kecemerlangan serta dihormati masyarakat,” katanya di sini.

Katanya, masyarakat tidak harus memandang serong terhadap golongan belia walaupun ramai di kalangan mereka yang terjebak dengan aktiviti tidak sihat kerana pembabitan mereka tidak mencerminkan keseluruhan belia di negeri ini, sebaliknya ramai juga di kalangan mereka mencapai kejayaan membanggakan.

Khaidir berkata, beberapa belia negeri ini berjaya membuktikan ketrampilan mereka di peringkat antarabangsa antaranya ialah Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 34, yang menjadi seorang calon angkasawan negara dan berasal dari Ampangan.

Beliau berkata, N Deeparani, 25, turut mencipta nama dan berjaya dalam hidup apabila perisian komputer yang diciptanya digunakan oleh jabatan kerajaan di Washington, Amerika Syarikat.

“Ramai lagi belia dari negeri ini yang turut cemerlang dalam bidang lain seperti sukan,” katanya.

Beliau berkata, menerusi Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan (RPBNS) yang diluluskan kerajaan negeri tahun lalu, pihaknya yakin usaha untuk mengangkat martabat belia negeri ini akan tercapai.

Menurutnya, RPBNS yang mengandungi tiga asas utama iaitu kepemimpinan, keusahawanan dan kemahiran dalam misi melahirkan belia berwawasan dan cemerlang, adalah pendekatan terbaik menjayakannya.

“Semua persatuan belia yang bernaung di bawah MBNS sudah diarah mengguna pakai RPBNS untuk memastikan setiap rancangan yang dilaksanakan mencapai kejayaan,” katanya.

Petikan Berita Harian 20 Jun 2007

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: