jump to navigation

Menyesal Dahulu Pendapatan… June 18, 2007

Posted by sinchan in Renungan.
trackback

Curi 90 sen, remaja masuk Henry Gurney

chili-monkey.jpgGara-gara mencuri 90 sen daripada sebuah kereta, seorang remaja diperintahkan oleh Mahkamah Majistret dan dihantar ke Sekolah Henry Gurney Melaka setelah mengaku bersalah mencuri duit tersebut dari sebuah kereta.  Perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Suriyanilakma Abd. Kadir berkuat kuasa pada 14 Jun 2007 sehingga remaja itu mencapai usia 21 tahun, mengikut Seksyen 76 Akta Kanak- Kanak 2001.

Remaja itu mengaku bersalah mencuri dua keping wang syiling 20 sen dan sekeping 50 sen milik K. Vijayanath, 24, dari kereta Iswara miliknya pada pukul 9 malam, 10 April lalu di Jalan Mahir Tiga, Seksyen 25 di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.  Peguam M.K. Thas merayu supaya mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana anak guamnya telah menyesal setelah menyedari sikap tamaknya.  “Saya memohon tempoh penjara yang singkat bagi mengelakkan remaja itu bergaul dengan banduan lain,” kata Thas yang turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya menghidap penyakit kulit di seluruh badan sejak ditahan di penjara.

Inilah akibatnya yang terpaksa ditanggung oleh remaja ini berikutan tersilap langkah mengikut kata hati..

Sebagai renungan bersama, sedikit atau banyak, mencuri tetap menjadi satu kesalahan.  Ada kalanya terdapat segelintir remaja hari ini memandang remeh perkara sebegini.  Jika di fikirkan, apalah sangat 90sen berbanding masa depan yang terpaksa dilalui di penjara. 

Bak kata orang tua, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna…

Peguam M.K. Thas merayu supaya mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana anak guamnya telah menyesal setelah menyedari sikap tamaknya.“Saya memohon tempoh penjara yang singkat bagi mengelakkan remaja itu bergaul dengan banduan lain,” kata Thas yang turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya menghidap penyakit kulit di seluruh badan sejak ditahan di penjara.

Comments»

1. F Abdullah - June 22, 2007

Kadangkala…penyelewengan berlaku…rasuah, pecah amanah dan sebagainya…yang melibatkan duit orang ramai…penipuan dan lain-lain….akan tetapi golongan ini terlepas daripada hukuman…

Saya rasa agak terkilan sistem kita tidak dapat ‘guide’ pesalah juvanna ini…memberi dia ilmu pengetahuan, dan mengajar dia kemahiran untuk dijadikan skills untuk survival dan menjadi sumber punca pendapatan…supaya dia tidak akan terdesak untuk mencuri…walaupun dengan hanya nilai 90 sen

Bayangkan…ada yang mencuri lebih daripada itu…berpuluhan ribu dsbnya tetapi terlepas…kerana ada yang berkepentingan..dapat tempias dan berkongsi hasil…atau pun menyanjung orang tersebut kerana kepentingan dan kedudukan….banyak berlaku kepincangan dalam masyarakat dan sistem yang seharusnya direnungi bersama…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: