jump to navigation

Orang Malaysia Malas Bersukan May 25, 2007

Posted by sinchan in Sukan.
trackback

gs1.jpg (75833 bytes)Oleh Kamarulzaman Pid

PUTRAJAYA: Kesedaran rakyat negara ini dalam mengamalkan gaya hidup sihat begitu membimbangkan apabila daripada kira-kira 25 juta jumlah penduduk, tidak sampai 10 peratus yang aktif bersukan.  Berbanding negara lain seperti di Barat, penduduk negara ini sedia maklum mengenai kepentingan bagi menjalani kehidupan lebih sihat tetapi mereka tidak melaksanakannya.

Berikutan itu, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan, begitu mengharapkan Program Rakan Muda Jiran Muda-Liga Sukan Komuniti 2007, yang akan dijalankan mulai akhir bulan depan hingga Ogos mampu menyedarkan masyarakat negara ini terhadap kepentingan bersukan.Azman Amin berkata, melalui program itu yang dijalankan jabatan berkenaan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kira-kira setengah juta generasi muda berusia 10 hingga 15 tahun akan dibabitkan dengan aktiviti sukan.“Melalui konsep yang dijalankan ini, ia rancangan yang baik bagi membabitkan generasi muda dalam jumlah besar dengan aktiviti sukan.“Ini akan membolehkan mereka disedarkan mengenai kepentingan bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya kepada pemberita selepas majlis Prapelancaran Program Rakan Muda Jiran Muda (RMJM)-Liga Sukan Komuniti, di sini, semalam.Beliau mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Maximus James Ongkili, manakala Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohd Yassin Saleh, mewakili Menterinya, Datuk Azalina Othman Said.Hadir sama, Ketua Pengarah KBS, Datuk Fathul Razi Bakri dan Pengarah Eksekutif Sportsunite Sdn Bhd, Datuk Dina Rizal, yang bertindak sebagai perunding penganjuran program itu.Azman Amin dan Fathul Radzi kemudian menandatangani perjanjian persefahaman pada majlis itu.

Program itu membabitkan 1,680 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan 125 kawasan Kampung Baru yang berkonsepkan liga sukan.

Sebanyak lima jenis acara sukan akan dipertandingkan iaitu bola sepak, bola jaring, sepak takraw, hoki dan bola keranjang, tetapi setiap KRT dan Kampung Baru hanya perlu memilih dua jenis sukan saja.                          Image Preview

Go to fullsize image

Program berkenaan akan dijalankan setiap hujung minggu bermula akhir Jun ini dan berakhir akhir Ogos depan.

Azman Amin berkata, selain memberi kesedaran mengenai kepentingan bersukan terhadap generasi muda, program itu bertujuan memupuk semangat muhibah di kalangan mereka.

“Kita mensyaratkan setiap pasukan disertai peserta pelbagai bangsa dan syarat ini mesti dipatuhi semua pasukan,” katanya.

Petikan Harian Metro

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: