jump to navigation

Siapa juara AF5? May 18, 2007

Posted by sinchan in hiburan.
trackback

Oleh Shazrin Mohd. Faizal

Go to fullsize imageDIAM tak diam, program televisyen realiti paling popular di Malaysia, Akademi Fantasia musim kelima (AF5) bakal melabuhkan tirainya malam esok.

Ramai yang mula berteka-teki siapakah yang bakal menjadi juara kali ini. Melihatkan situasi kali ini, sesiapa sahaja boleh menjadi juara berbanding empat musim terdahulu yang menyaksikan pemenangnya sudah boleh diduga.

Tidak dinafikan pola pengundian untuk AF5 sentiasa berubah-rubah. Seperti yang sedia maklum, pengundi setia Akademi Fantasia mengundi peserta kegemaran mereka berdasarkan personaliti dan bukannya bersandarkan pada bakat mereka semata-mata.

Namun, bukan semua yang begitu. Di tengah-tengah mereka yang buta seni, masih lagi ada yang celik dan pandai menilai bakat peserta AF5.

Kelima-lima peserta yang melangkah ke peringkat akhir iaitu Mila, Ebi, Aswad, Candy dan Heliza mempunyai keistimewaan dan bakat tersendiri.

Siapakah yang bakal menjadi juara AF5? Mari kita ikuti ramalan Mega.

Norsyarmilla Jirin, 19 (MILA)

Ramai yang mula memperkatakan tentang bakat gadis kecil molek ini. Mula mendapat perhatian ramai sejak konsert minggu keempat saat mendendangkan lagu Benci Tapi Rindu (nyanyian asal Diana Nasution). Sejak itu, prestasi persembahannya meningkat dan konsisten minggu demi minggu.Go to fullsize image

Buktinya, pada persembahan minggu lalu ketika mendendangkan lagu Pudar (Rossa) dan berduet dengan Ebi menerusi lagu My Heart, kedudukannya yang pada mulanya di tangga tercorot mendadak naik ke tangga pertama selepas undi ditutup. Mila membawakan setiap lagu yang diberikan dengan gaya tersendiri dan seolah-olah lagu itu adalah miliknya. Sudah jelas menunjukkan, pengundi tidak buta dan ternyata bijak mengundi Mila berdasarkan pada bakatnya.

Kekuatan vokal yang ada pada Mila ternyata menjadi kelebihan buat dirinya dan membuatkan para peminat dan penyokongnya terus mengundinya kerana mereka tahu persembahan Mila tidak akan mengecewakan. Jika peminat setianya terus mengundinya dan Mila sendiri memberi persembahan yang mantap dan bertenaga, maka, tidak mustahil, Mila bakal memecah dominasi juara AF dengan menjadi peserta wanita pertama menjadi Juara AF.

Ebi Kornelis @ Firdaus Yamal, 23 (EBI)

Ebi juga seperti Mila yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang minggu demi minggu. Memang pada awal konsert ketika mendendangkan lagu Milik Siapakah Gadis Ini, dia tidak begitu menyerlah tetapi atas kritikan membina pengkritik tetap iaitu Fauziah Latiff, Hattan dan Ogy Ahmad Daud, dia bangkit dan mengejutkan ramai apabila dia berjaya membawakan lagu Kasihnya Laila dengan cukup cemerlang pada minggu keempat.

Persembahannya itu diberi standing ovation oleh mereka yang hadir menyaksikan konsert pada waktu itu. Kelebihan Ebi sudah pasti terletak pada wajah kacaknya yang mirip Yusry (KRU). Namun, Ebi tidak hanya mempertaruhkan ketampanannya sahaja kerana jika diteliti, Ebi sebenarnya mempunyai tone suara yang baik dan boleh diasah jika diberi peluang kelak.

Ebi dilihat sebagai saingan sengit kepada Mila dan jika peminat dan penyokongnya bertungkus-lumus mengundinya, tidak mustahil dia menjejaki langkah Vince, Zahid, Mawi dan Faizal untuk bergelar juara.

Muhammad Nur Aswad Jafar, 27 (ASWAD)

Aswad dilihat sebagai pelajar paling ‘kontroversi’. Masakan tidak, dia tidak dapat membuat persembahan pada konsert minggu pertama dan kedua kerana diserang demam campak.

Minggu lalu, juga menyaksikan dia tidak dapat beraksi pada persembahan pembukaan untuk lagu Let’s Dance Together dan juga Menuju Puncak kerana menghidap demam panas dan kekejangan otot.

Dengan statusnya sebagai anak yatim piatu, itu sudah pasti menjadikan Aswad sebagai mangsa ‘undi kasihan’ seperti mana yang dialami oleh Mawi dulu yang mendapat perhatian kerana kenaifan dan latar belakangnya. Lebih-lebih lagi, Aswad juga mempunyai iras wajah seperti Mawi.

Namun, Aswad juga mempunyai kelebihan dan ia terletak pada vokalnya yang mampu mengalunkan lagu-lagu pop Melayu dengan baik. Ini dapat dilihat ketika dia menyampaikan lagu Korban Cinta sehingga mendapat tepukan gemuruh dan diberi penghormatan oleh penyanyi asal lagu itu, Aris Ariwatan. Malah dia juga membawakan lagu Mungkin Langitmu Lebih Biru dengan gaya tersendiri tanpa mengikut lenggok Mawi.

Ketika ini, kedudukan Aswad berada di tempat tiga teratas dalam carta pengundian. Adakah dia mampu bergelar juara esok? Semuanya di tangan peminatnya.

Candra Clement, 19 (CANDY)

Uniknya Candy adalah apabila dia berada di atas pentas, dia menjadi seperti orang lain dan bukan seperti Candy yang kita tonton di dalam Diari Akademi Fantasia 5. Dia juga seperti Mila, mempunyai kekuatan vokalnya yang tersendiri.

Berbekalkan vokal lantang dan bertenaga, dia mampu memberikan persembahan yang baik pada malam esok namun, kekurangan Candy adalah, dia kurang menjiwai lagu yang diberikan. Persembahannya juga tidak konsisten. Ada minggu dia cemerlang, ada minggu dia tidak. Seperti minggu lalu, lagu Cahaya Cinta yang dibawanya tidak sebagus lagu Perhaps, Perhaps, Perhaps yang dibawanya pada minggu sebelumnya.

Jika Candy mengaplikasikan segala tunjuk ajar yang diberikan tenaga pengajar, dia mampu untuk memukau penonton dan penyokong setianya untuk meraih undi tinggi bagi persembahannya.

Nur Heliza Helmi,

21 (HELIZA)

Peserta yang dicop sering ‘kontrol cantik’ oleh Ogy Ahmad Daud ini juga mencipta sejarah kerana buat pertama kalinya peserta wanita bertudung melangkah ke pentas akhir AF selepas Salima kecundang di pertengahan jalan tahun lepas.

Sering dilabelkan sebagai klon Datuk Siti Nurhaliza, Heliza dilihat cuba untuk keluar dari lingkaran biasanya dan dengan itu, dia berjaya mencuri hati pengkritik dan pengundinya ketika mendendangkan lagu Kesal pada minggu kelapan.

Heliza perlu cuba untuk mevariasikan vokalnya dan tidak perlu statik dalam satu jenis genre lagu sahaja. Mungkin dia ingin berada di zon selesa dan selamat. Namun, jika dia berjaya menunjukkan bakatnya dan menjadi seorang yang versatil pada malam esok, tidak mustahil dia juga mampu diangkat sebagai juara.

Petikan Mega Utusan Malaysia, 18 Mei 2007

Comments»

1. amy - May 19, 2007

Norsyarmilla Jirin, 19 (MILA).Bakat gadis kecil molek ini memang banyak mendapat perhatian ramai.

2. one2five - May 19, 2007

MILA!MILAMILA!MILAMILA!MILA PASTI JUARA

3. MANJALARA - May 19, 2007

SEMUA ADA PELUANG DAN HANYA TAKDIR YANG AKAN MENENTUKAN. aPA YANG PENTING TUNJUK BAKAT SEBENAR DAN KELUARKAN YANG TERBAIK UNTUK MENJADI SEORANG “JUARA”. GOOD LUCK TO ALL THE FINALIST.

4. nina areena - May 19, 2007

no komen…………..

5. one2five - May 19, 2007

Mila!milaMila!milaMila!milaMila!milaMila!mila pasti cuara….canti!line clear! Bereh! world

6. Yus - May 19, 2007

No comments, apapun keputusan AF mlm ini saya terima coz semua berbakat, tak tau nak pilih.

7. skutzz_gurlz - May 19, 2007

MILA POWER BEB!!!!!!SYOK….JUARA!!!JUARA!!!

8. NOODLE_2-D - May 19, 2007

mane ade best a.f ni..spe ckp best???tp aku suke kt mila,comell tu..aritu kn,aku pg umah die hntar hntaran tp pintu umah die tutup r…cmne ni??ohh mila…kaulahlah pujaan hatiku.kaulah payung,permata,bantal peluk,keyboard n sume kt ko la mila…ujung thun ni aku raye umah ko,jgn ko dah tunang sudah…nangis aku..hehe…

9. suzie - May 19, 2007

saya tak berminat untuk menonton AF 5 , kerana telah banyak AF yang lalu pun tak berkembang, melainkan anak penora dari felda dalam AF3 telah banyak menghidupkan seni suara yang betul-betul dalam bidang nyanyian. time kasih k…………

10. izan - May 19, 2007

Saya rasa Juara AF 5 adalah MILA…….kalau kita lihat MILA mempunyai package yang dikehendaki.Pengundi sekarang bijak memilih….

Kekuatan Vokal MILA memang best….Bakat yang di anugerahkan kepada beliau tidak di sia-siakan.Ini membuktikan beliau patut menang……Kecil-kecil cili padi ……..

11. nO nAmE?? - May 19, 2007

milA kot?? CAndy kot?? AswAd kOt?? Heliza kOt??…sAyE kOt?? nTahhh..likE i cArE??…. huhuh

12. fas - May 19, 2007

kepada mila jangan putus asa berusaha dengan lebih gigih dan bertawakal.Terima keputusaan dengan rela dan tabah, walaupun saya tidak mengikuti perkembangaan af5 tapi saya tetap menyokong mila.

13. anash - May 19, 2007

Jika dilihat dari minggu pertama hingga minggu kesembilan kesemua finalis AF5 menunjukkan peningkatan yang cemerlang dalam setiap persembahan mereka. Pelajar yang paling ketara meningkat dalam setiap persembahan ialah Mila dan Ebi. Mila mempunyai vokal yang unik disamping konsisten dalam setiap persembahannya manakala Ebi mempunyai personaliti yang menarik dan versatile.

Apa yang penting kedua-duanya merupakan bakal juara dan naib juara AF5!

14. lynn - May 19, 2007

pelajar-pelajar AF 5 mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. oleh itu, sebagai pelajar perlu mempunyai daya ketahanan dari segi mental dan fizikal. kekuatan emosi dan sensitiviti memerlukan keyakinan dalam setiap pelajar.walaubagaimana pun, bakat pelajar-pelajar mempunyai daya yang tersendiri.sama ada kalah atau menang itu adalah kekuatan dalaman untuk meneruskan perjuangan hidup.

15. azhar - May 19, 2007

aswad pasti menang lah kerana mempunyai vokal yang baik………
tiada siapa boleh menendingi die!!!!!!!!!!………………
mila tu no 2 bleh laa……..
kmungkinan ebi no3 la…….
candy no4 k………..
heliza no 5………………

16. nana - May 19, 2007

kawan tak layan kawan layan berita sensasi hiburAN TERKINI bULETIN UTAMA N kULIAH SUBUH

17. imah - May 19, 2007

mila!!mila…pasti juara punya,cayalah..world!world.

18. rikha JB - May 19, 2007

aF slOwww,law bg gempak ket br kaww……tp wa suke liza..liza bebunge 22222..hehe

19. norlee - May 19, 2007

5 finalis yg berjya ke perangkat akhir menunjukkan kesungguhan yg memberangsangkan.siapakah juara AF5?korang rase sape yang mnang???aku rase kan mila tau sebab mila adik angkat aku..x caye ke??hehe…

20. mawar_putih - May 19, 2007

sy rse,mila yg akn mng.asik lelaki jex yg mng.boring la!!!!prempuan la plax kn?tau la prmpuan rjin sms.laki mne la ade….adooiii…da 2,msti la diorang vote lelaki je kn..tp dgan pnuh smnagtnyer,mila ya akn mng mlm ni.HDP MILA!!!!!

21. atikah - May 19, 2007

saya rasa juara Af 5 mila……no coments

22. copricon07 - May 19, 2007

aq rse af kali ne xbest n xsyok langsung coz aq xmnat dgn pserta af5….aq lbih ske af3 sb ada mawi…dialah yg membuatkan nme kmpg meletup..jgn korang xtau he…..

23. Intan syafinaz - May 19, 2007

Siapakah yg bakal menjuarai af5??yyeeeaaahhh DAFI…uhuhuhu,,jagke2 dafi,,tp,,,,apela nasib bf ku yg cmel gle 2 t’keluaq plak,,C dey beb,,But now hope MILA kot yg bakal menjuarai af5,,,,,,,,

24. shiput-shedut - May 19, 2007

aku x minat la sume ni???/korang ni bazir karen je tgk menatng ni..tp mila cun woooo.bakal awek aku tu….haha

25. F Abdullah - May 21, 2007

You all…..

Melihat kepada reaksi dan respon yang ramai terhadap artikle ini…terang-terang menunjukkan masyarakat kita rata-ratanya tergolong dalam masyarakat ‘hedonisma’ yang menitik beratkan dunia hiburan….Kalo sabjek matternya berkisar tentang perkara kemasyarakatan, kebaikan, ilmiah dan yang berat-berat…memang teramat berat dan slow pick-up responnya

Apa nak buat…hiburan adalah salah satu cara ‘escapism’ daripada permasalahan dan menghiburkan hati….ape-ape pun..saya tak pernah menonton AF tahun ini…tapi saya ucapkan selamat berjaya kepada peserta-pesertanya


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: