jump to navigation

KARNIVAL REMAJA 2007 – BELIA PENERAJU KEMERDEKAAN GEMILANG May 14, 2007

Posted by sinchan in Belia.
trackback

Seiring sambutan Kemerdekaan ke 50 tahun, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah menganjurkan Karnival Remaja 2007 sempena Sambutan Hari dan Minggu Belia Negara 2007.  Pelbagai program telah di atur bagi memeriahkan karnival yang gilang gemilang.  Acara-acara menarik telah berlangsung sejak 12 Mei 2007 sehingga 15 Mei 2007 dengan acara kemuncak Perhimpunan Hari Belia Negara 2007.  Acara-acara karnival Remaja 2007 ini berlangsung di Perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil.

 

Pada 11 Mei 2007, di Pentas B; telah berlansung acara Pertandingan peringkat saringan “Clash of the band”.

Pada 12 Mei 2007, di Pentas A; Majlis Pelancaran Karnival Remaja 2007 telah di sempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Belia & Sukan Malaysia, Dato’ Seri Azalina Othman Said.  Kemudiannya berlangsung acara senamrobik, Larian Belia Benci Dadah, Perlawanan Futsal, Pesta Kensenian Rakyat – Boria dan Dikir Barat, Expo usahawan belia dan pameran kemahiran, Pertandingan akhir Nasyid dan Pidato antara juara-juara peringkat kebangsaan.  Manakala di Pentas B; acara Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan, Pusingan suku akhir, separuh akhir  dan  akhir Pertandingan “Street Dance”.

Manakala pada 13 Mei 2007, terdapat lebih banyak acara-acara yang menarik di Pentas A; seperti Pertandingan kesenian rakyat – Boria dan Dikir Barat, Pertandingan Kholam – Belia-belia India, Pesta melukis dan mewarna sempena Sambutan Hari dan Minggu Belia 2007,  Ekspo Usahawan Belia dan Pameran Kemahiran.  Di Pentas B; Pertandingan peringkat saringan, separuh akhir, dan akhir “Clash of the band”,

Pada 14 Mei 2007 pula di Pentas A; di adakan Pesta Sukarelawan dan Pos Khidmat Negara, Pesta Melukis dan Mewarna Sempena Sambutan Hari dan Minggu Belia Negara 2007, Mini konsert artis-artis tempatan, Ekspo Usahawan Belia dan Pameran Kemahiran.  Di Pentas B;  Persembahan pemenang “Clash of the Band” dan “Street Dance”.

Pada 15 Mei 2007 di Pentas A; di adakan Kempen Derma Darah dan Persembahan pemenang-pemenang pertandingan.  Di Pentas B;  Persembahan pemenang “Clash of the Band” dan Street Dance”.  Stadium Putra Bukit Jalil Majlis Perasmian Perhimpunan Hari Belia Negara 2007

Lokasi acara-acara Karnival Remaja 2007 adalah seperti berikut; Parking A, Stadium Bukit Jalil, Sirkit Go Kart, Drift, Poket Bike, Speedway, Auto Show, Motorist paragaliding.  Dataran LRT, Bukit Jalil Pertandingan Seni Silat, Tomoi, Pertandingan Wushu, Pertandingan Silamban dan sepak Raga Ratus.  Dataran Putra, Bukit Jalil Tunnel Program Jelajah Belia, Sepakraga Ratus dan 3 on 3 Basketball.  Padang Letak Kereta D, Stadium Bukit Jalil Pertandingan X-Games, Paint Ball, Speed Climb, Flying fox.  Info Centre, Bukit Jalil Treasure Hunt.  Perkarangan Stadium Putra, Ekspo Usahawan Belia dan Pameran Kemahiran.  Dataran Depan Stadium Putra Pertandingan akhir Kawad Kaki.  Padang Letak Kereta C; Futsal.  Stadium Putra Bukit Jalil Perhimpunan Hari Belia Negara 2007.

Comments»

1. Enaytu - May 17, 2007

Waa… memang hapening la program kat c2… rugi sapa2 tak join. Dengar citer nanti kat negeri-negeri pun ada tour. So guy better u all check it out at http://www.phixelcode.com/haribelia

2. F Abdullah - May 18, 2007

Betul la apa Enaytu cakap….kalau tak de kerje tu dan saja lepak-lepak tak tentu arah, baik pergi kunjungi tour karnival belia yang akan diadakan di peringkat negeri. Manalah tau, bila join aktiviti nanti dapatlah mencungkil bakat yang terpendam dan menyerlahkan bakat yang sedia ada….ilmu pun dapat juga. Tak rugi ikut serta….

3. pendeta - May 19, 2007

Belia Benci Dadah!!!!
Belia Benci Dadah!!!!
Belia Benci Dadah!!!!
Belia Benci Dadah!!!!
Belia Benci Dadah!!!!
Belia Benci Dadah!!!!
Belia Benci Dadah!!!!
Belia Benci Dadah!!!!
Belia Benci Dadah!!!!
Belia Benci Dadah!!!!
Belia Benci Dadah!!!!Belia Benci Dadah!!!!
Belia Benci Dadah!!!!
Belia Benci Dadah!!!!
Belia Benci Dadah!!!!

4. che - June 18, 2007

wei korang..
maner nk daftar sumer2 sukan tuh
aku berminat nih..

5. sinchan - June 18, 2007

Che dah terlewat, program tu semua dah berlangsung di Perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil pada Mei yang lepas. Kalau berminat ikuti program sukan sebegitu sila layari http://www.menteribeliasukan.net dan che boleh tengok jadual Sambutan Hari Belia peringkat negeri…

6. nurul - August 27, 2007

merdeka!!!!

7. nurul - August 27, 2007

i love u all

8. bun - December 19, 2007

i love my country…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: