jump to navigation

Coklat Lebih Sedap Berbanding Ciuman April 17, 2007

Posted by sinchan in remaja.
trackback

LaKisha Jones is eliminated on the 6th season of American Idol.Kajian dapati beri kenikmatan lebih lama: Pakar
LONDON: Ciuman memberahikan pasti mencairkan hati tetapi ia tidak memberi kesan setanding jika dibandingkan dengan kenikmatan coklat mencair di atas lidah, menurut satu kajian.

chocolate eater
Bahagian jantung dan kepala 12 sukarelawan muda dalam ujian itu disambung dengan elektrod dan diminta merasa beberapa keping coklat hitam sebelum mencium pasangan masing-masing.

Ia mendapati coklat memberikan keseronokan berpanjangan sehingga empat kali berbanding mencium seseorang yang istimewa, lapor akhbar Daily Mail.

Pakar neurofisiologi, Dr David Lewis, yang mengetuai kajian, berkata dia terperanjat dengan hasil penyelidikan.

“Keputusannya amat memeranjatkan dan menarik minat kami. Ketika kami memang menjangkakan cokelat – terutama coklat gelap – menaikkan kadar degupan jantung kerana ia mengandungi bahan rangsangan tinggi, peningkatan berpanjangan bersama-sama dengan kesan kuat yang diberi kepada minda ialah sesuatu yang kami tidak jangkakan,” katanya.

Sukarelawan, semuanya dalam usia 20-an, mengambil bahagian dalam ujian kaji dalam kawasan yang dibentuk menyerupai tempat kerja untuk mencetuskan tekanan hubungan cinta pejabat.

Setiap seorang mempunyai elektrod yang disambungkan pada kepala dan memakai alat kawalan jantung ketika menikmati sekeping coklat gelap dan tanpa mengunyah untuk mengesan bila ia mula cair.

Mereka kemudian bercium dengan pasangan masing-masing dengan cara selalu dilakukan dan pasa masa sama penyelidik ‘mengkaji reaksi di komputer.’

Sebagai sebahagian daripada uji kaji yang dikawal, sejauh mana aktiviti jantung dan otak turut diambil apabila tiada rangsangan kesan luaran.

Kajian mendedahkan bahawa, pada ketika coklat cair dalam mulut, semua bahagian otak menerima galakan jauh lebih mengasyikkan dan lebih lama berbanding keseronokan ciuman.

Coklat juga membuatkan jantung berdegup lebih laju. Bagi sebahagian daripada 12 sukarelawan itu, kadar degupan 60 kali seminit lebih dari dua kali ganda sehingga mencecah 140 kali. – Agensi

Comments»

1. F Abdullah - April 17, 2007

ya ke…mungkin faktor budaya ‘culture’ juga terlibat…apakata mereka buat kajian atas rangsangan lain seperti ‘durian’, ‘petai’ ‘pizza’…’air’ dan rangsangan-rangsangan lain……I know it has something to do with the ‘chemical’ reaction and also the ‘synapsis’, ‘electrode’, ‘transmission’ etc…….
Its just a one-off case study…siapakah respondent, berapa ramai…region mana, negara mana, umur…jantina dan lain-lain…baynak persoalan…..

tetapi dapatan ini menarik untuk dihjadikan bahan propaganda untuk iklan promosi ‘coklat’…dan Malaysia juga menghasilkan koko…so….hmmm…interesting….kalau ia benar…boleh diambil kira

2. Enaytu - April 18, 2007

Mmm… kajian yang dapat membantu promosi coklat. Betul juga apa yang di katakan F Abdullah, rumusan kajian ini terlalu umum, jantina responden tidak dinyatakan dengan tepat, umur pun umum je.

Jangan pulak ada daripada kalangan generasi muda kita yang belum berkahwin di Malaysia ini pulak yang cuba-cuba kajian ini. Cukuplah dengan perlakuan sumbang remaja kita di khalayak ramai yang tanpa segan silu berkelakuan macam remaja dalam drama-drama barat.

So, why not you guys try the chocolate insted of doing someting out of our Malaysian culture….

Bagi mereka yang takut gemuk dengan makan coklat, terdapat satu kajian yang menunjukkan sebaliknya.

3. John Gman - April 25, 2007

jika itu yang faktakan.. maka ramailah pasangan yang obesiti…. kerana selalu makan coklat.. dan juga kuranglah satu sumber erat antara pasangan… dan juga, tidak sama perasaan semasa ciuman dan makan coklat… kerana itu makan, ciuman pula lahir dari lubuk hati.. bukan ingn menolak kajian manusia, tapi kelebihan Allah berikan adalah perasaan!! dan juga sehebat manapun manusia, tetap tidak dapat sampai kepada tahap ilmu Allah… walau komputer dan setelit.. maha suci allah..

4. F Abdullah - April 27, 2007

En John Gman dear…

Actually dark bitter chocolate adalah berkhasiat dan tidak menggemukkan…….dan merupakan antioksidan. Sila baca dan layari website ini:
http://www.astrologyzine.com/healthy-chocolate.shtml
http://www.townsendletter.com/Nov2004/medanthro1104.htm

Memanglah.wanita diciptakan untuk lelaki, untuk menemaninya…begitulah kejadian Hawa untuk menemani Nabi Adam Allahisalam…..begitu hebat kejadian Allah dan perhubungan antara lelaki dan perempuan…tiada sesiapa yang dapat menyangkalnya kehebatan Illahi…..

Akan tetapi rencana itu adalah tentang penemuan kajian yang menyatakan cokelat (hitam dan pahit) itu berkhasiat dan tidak menjadikan seseorang itu obese/gemuk, disebaliknya..ianya merupakan antioksidan…Cokelat itu kan tumbuh-tumbuhan dan sebahagian kejadian Illahi juga untuk dimanfaatkan oleh manudia…adalah menjadi kewajipan untuk manusia mencari ‘ilmu’ dan mempergunakannya sebaik mungkin…penemuan nutrisi cokelat itu kan penemuan ilmiah juga….tidak menyalahi agama..ye tak?

Oleh itu…perdalami lah ilmu..itu adalah penting..

Ilmu bagi mereka yang tidak memahami dan belum sampai tahap kefahaman seseorang adalah fitnah dan memudaratkan orang tersebut…
Akan tetapi…berkongsi ilmu bagi mereka yang bersedia dan tidak ‘bebalisma’ ( kajian Syed Hussein AltAtas) adalah sedekah

Hati itu akan kosong dan makanannya adalah ilmu…..(Ihya Ulumidin: Imam Al Ghazali)
Menuntut Ilmu adalah wajib bagi setiap orang Islam dan ilmu yang diamalkan dan bermanfaat adalah yang terbaik……

oleh itu, saya dan kami yang menyumbang dalam ruangan ini ingin berkongsi ilmu dan pendapat…andainya terdapat salah dan silap, terlanjur kata…harap maafkan….

5. ekeleee - May 10, 2007

Ekkkk e lehhh tak yah baca komen..tipu ahhh kalau kata choklat lagi best dari ciuman..cuba tanya F abdullah . Dia misti suka cium dari choklat.

6. F Abdullah - May 23, 2007

Ekelee..itsis very personal..tentang isu itu…tapi saya memang penggemar cokelat…

7. pensi - April 3, 2008

iyo yowh…
aku juga lah,, emang enyak3x..

heheheheheheheheheheheheheheee


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: