jump to navigation

Kanak-kanak Melayu-Irish tujuh tahun lulus Kimia O-Level April 16, 2007

Posted by sinchan in remaja.
trackback

SINGAPURA 15 April – Pada Januari lalu, Ainan Celeste Cawley, 7, menduduki peperiksaan mata pelajaran Kimia peringkat O-Level sebagai calon persendirian dan mengejutkan empat remaja yang mengambil peperiksaan itu bersamanya.

Keputusan empat calon lain itu tidak diketahui, namun Ainan baru-baru ini mendapat tahu yang dia lulus dalam peperiksaan tersebut.

Ainan yang berdarah Melayu-Irish dipercayai satu-satunya kanak-kanak yang memiliki kebolehan luar biasa ini, pelajar kimia cemerlang paling muda yang pernah direkodkan.

Ibunya, Syahidah Osman Cawley berkata, anak lelaki sulung kepada tiga beradik itu langsung tidak menyentuh buku teks O-Level sehingga 18 Julai lalu.

‘‘Ainan menduduki peperiksaan mata pelajaran Kimia O-Level pada 18 Januari lalu iaitu enam bulan kemudian di British Council sebagai calon persendirian,’’ katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Syahidah berkata, sejak kecil, Ainan – cucu kepada Sabariah Abdul Wahab, 50, dari Parit Yaani, Johor – akan mencari buku-buku sains di perpustakaan, jelas menunjukkan minatnya pada buku-buku tebal, yang penuh dengan gambar-gambar mengenai sains kimia kompleks.

‘‘Semua ini akan direnungi dan difahaminya terlebih dahulu sebelum dia membuat komen mengenainya kemudian,’’ katanya.

Bapa Ainan, Valentine Muhammad Cawley, 39, bekas ahli fizik, bagaimanapun tidak terkejut dengan minat Ainan terhadap sains itu.

“Ainan suka membaca buku sains dan selepas membacanya, dia menggunakan Internet untuk melakukan penyelidikan lebih lanjut,’’ kata Cawley yang merupakan Ketua Jabatan Bahasa Inggeris di Linguaphone Education, Singapura.

Semasa berumur tiga tahun, Ainan meminati bentuk-bentuk hyper-dimensional dan kemudiannya berkembang kepada minat terhadap struktur molekul semasa dia diperkenalkan kepada bidang kimia di Internet.

‘‘Dia hanya diberi buku pengajian kimia pada usia enam tahun untuk dibaca. Dia terus duduk, membaca teks itu dan memberitahu yang dia faham kandungannya,’’ kata Syahidah.

Cawley berkata, langkah selanjutnya buat Ainan ialah membuat persiapan menghadapi peperiksaan peringkat A-Level tahun ini.

Perkembangan kemajuan Ainan, serta dua saudaranya – Fintan, 3, dan Tiarnan, 15 bulan, – kini direkodkan dalam blog http://scienti fic-child-prodigy.blogspot .com.

– Bernama

Comments»

1. sinchan - April 16, 2007

Lagi anak Melayu Terbilang.
Bahagianya seorang ibu melahirkan anak yang cemerlang begini. Bagaimana dengan remaja lelaki Malaysia yang tidak berminat lagi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat IPT. Sampaikan di IPT IPTS di Malaysia dipenuhi dengan siswazah.

Kemanakah remaja lelaki Malaysia? Kenapa kurang berminat untuk belajar. Pada hal IPT & IPTS telah menawarkan pelbagai bidang yang sepatutnya menjadi minat para remaja lelaki terutamanya untuk melanjutkan pengajian. Apa kata rakan-rakan bloggers???

2. F Abdullah - April 17, 2007

Syabas diucapkan….”Tak Melayu Hilang Di Dunia”, dan Melayu tetap cemerlang, gemilang dan terbilang….

Hilangkan ‘The Myth of the Lazy Malays” (Karya:Syed Hussein Alatas yang menyangkal Melayu itu Pemalas)…satu teori yang diutarakan oleh pihak Orientalis yang meng’labelkan’ Melayu sebagai pemalas dan konotasi yang negatif seberti lembab dan sebagainya…

Jelas ‘Child prodigy’ ini adalah bukti yang nyata, yang menyangkalkan teori negatif pihak ‘orientalis’ tersebut….

Bagi kaum Melayu lain…khasnya Belia Melayu, amnya Belia Malaysia (kerana Ainan juga adalah keturunan orang Malaysia)…anda juga berpotensi untuk cemerlang…kerana..

‘Extraordinary people…are ordinary people who does extraordinary things’…Orang yang luarbiasa itu…selalunya adalah insan biasa saja yang melakukan sesuatu itu pada tahap luarbiasa (dalam ertikata usaha, inovasi dan sebagainya’

“Optimism…People who attempt the difficult, often attain the Impossible”..INSHALLAH…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: