jump to navigation

Gegaran Tarian Hip Hop & Step Dalam Filem “Storm The Yard” April 4, 2007

Posted by sinchan in hiburan.
trackback

top1.jpg

Filem ini mengisakah seorang remaja penari Hip Hop jalanan berkumpulan berubah cara hidup setelah kematian adik lelaki beliau dalam satu pergaduhan.  Bagi memenuhi impian adik beliau yang telah meniggal, watak DJ melanjutkan pengajian di Universiti True disamping bekerja sambilan dengan pak cik beliau yang merupakan seorang kontraktor landskap di IPT tersebut.  DJ telah jatuh cinta pandang pertama dengan seorang pelajar seniornya yang merupakan teman wanita kepada seorang bakal ketua pasukan juara penari step peringkat kebangsaan.

DJ di gambarkan sebagai remaja yang bermasalah pada mulanya berubah sikap kerana kasih sayang & cinta beliau terhadap mendiang adik lelaki serta kekasih.  Daripada seorang yang bersikap mementingkan diri kepada seorang yang setia dan mempunyai semangat berpasukan.

 Sebagai remaja warganegara Malaysia yang telah mencapai usia 21tahun sepatutnya kita semua ada rasa tanggung jawab untuk berdaftar sebagai pengundi.

Kalau watak DJ seorang remaja liar yang tahu untuk menghargai kegemilangan silam pasukan TNT kolej  beliau & bersemangat  untuk mengembalikan kegemilagan  tersebut bersama pasukannya, jadi kenapa kita remaja Malaysia yang telah mencapai usia 21 tahun mengabaikan peranan serta kelebihan untuk memilih dalam pilihan raya.

Dalam filem Stomp The Yard, watak DJ mempelajari sejarah kegemilangan pasukan TNT yang terlebih dahulu setelah mendapat saranan daripada teman wanita.   Sebelum beliau mengambil keputusan untuk menyertai pasukan step TNT dan menggunakan bakat beliau untuk mengembalikan kegemilangan sejarah TNT.

Berbalik kepada senario remaja yang telah mencapai usia 21 tahun tidak berdaftar dengan SPR, tidakkah kita terpanggil untuk menggunakan kelebihan kita sebagai warganegara dalam menentukan pemerintahan kerajaan yang telah berjaya mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang gemilang sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan.

Keamanan dan kebebasan yang kita nikmati ini adalah hasil pentadbiran sebuah kerajaan Barisan Nasional yang telah terbukti jasa dan peranannya sejak mula merdeka.  Senario budaya remaja dengan trend semasa rasanya akan menjadi lebih hebat sekiranya kita juga tidak lupa melaksanakan tanggung jawab kita kepada negara dengan berdaftar sebagai pengundi.

Ayoh generasi hip, daftarlah sebagai pemilih, pastikan gegaran sentiasa berkumandang agar irama dapat berterusan seiring kemajuan….

Comments»

1. En Naytu - April 4, 2007

Apasal susah sangat nak register SPR, dah tau umur tu sampai 21 thn pegi je la kat post office ke pjb. SPR ke bawak le skali IC. kan senang tu…

Tapi lebih baik kalau SPR dapat sediakan kaunter kat shoping kompleks ke tempat-tempat hapening ke so tak payah pening-pening nak cari post office nak register.

Jom la geng kita pakat register. Jadilah seorang warganegara yang bertanggung jawab.

En pun dah tengok movie ni memang best la…

2. wordpress - April 5, 2007

Tempat pertama untuk di mulakan kempen mendaftar sebagai pengundi ialah di IPT. Pada musim pelajar baru masuk kampus, konvokesyen, dan minggu kerjaya kaunter spr boleh dibuka dan insyaalah ramai yang akan mendaftar. Adakan kempen di TV, radio secara berterusan dan jangan tunggu nak pilihanraya baru kita kempen. Shopping complexs dan juga pejabat pos juga boleh diguna. Apa kata pendaftaran atas talian? Remaja 21-30 pengguna paling ramai internet.

3. F Abdullah - April 6, 2007

Hasil daripada perbincangan peribadi saya dengan perserta ASEAN Youth Leadership Development 2007 baru-baru ini, rata-ratanya bukan sahaja remaja Malaysia yang ‘apathy’ (berasa terasing), akan tetapi belia negara lain seperti dari Filipina, Indonesia, Thailand, Myanmar dan…….juga begitu…di antara sebab nya adalah kerana mereka :
tidak berminat dengan keadaan politik dan pentadbiran, kurang pengetahuan, berasa mereka dipinggirkan daripada ‘decision and policy-making, tidak dipercayai, selalu di pandang serong dan negatif, tidak diberi peluang, perebutan kuasa- yang lebih tua tidak mahu mengalah dan memberi kuasa kepada golongan muda….

Dalam dunia hedonisma (yang cenderung pada hiburan),materialistik-mengejar kebendaan dan penjajahan neo-kolonialisma serta berbentuk kapitalis……dengan ketandusan ‘role model’ belia yang berjaya, yang di war war oleh pihak media, atau pun pembikinan filem yang positif yang mengangkat sifat-sifat belia yang dinamik…agaknya keadaan belia yang malap dari segi dinamisme akan berterusan….

Masih ada sinar harapan…pihak-pihak yang rasa terpanggil mungkin dapat mengatur langkah…..untuk menyentuh minda dan perasaan kalangan belia…untuk memajukan diri…

Pihak yang lebih tua dan matang haruslah menjadi ‘mentor’ pada kalangan muda…dan bukan bersifat seperti diktator atau bersifat autokratik…Saya amat percaya bahawa golongan muda kita masih ada harapan…pimpinlah mereka…sudah seharusnya…kerana masa kita di dunia ini amat singkat…

Berilah mereka (belia)’ruang’, ‘peluang’ dan kepercayaan’…come on my dears…I know you all have an enormous potential in you. J

“Jika hendak melihat masa depan sesuatu bangsa, lihatlah kepada kalangan golongan belianya…”

4. orked - April 11, 2007

Saya setuju dengan pandangan F Abdullah, tapi nampaknya media kita banyak memainkan peranan dalam mengenegahkan imej belia yang negatif. Pada hal, ramai daripada kalangan belia kita yang berjaya, cerita-cerita kejayaan belia kita tidak diwar-warkan dengan sebaik-baiknya sebagaimana gosip-gosip negatif. Rasanya kalau olahan cerita yang menarik tentang kejayaan golongan belia diketengahkan, saya percaya budaya dan tanggapan negatif masyarakat terhadap belia akan berubah.

Secara tidak langsung masyarakat kita akan ada barisan wira dan wirawati belia kita yang boleh dijadikan role model.

5. son - April 12, 2007

sy msh 18 thn..
br hbs spm thn lps..
sy berazam unt mendaftar sbg pengundi kelak..
thank you sp yg anta artikle ni kpd yg berkenaan..
it really opens my mind..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: