jump to navigation

Jangan hukum seluruh generasi muda hanya kerana perlakuan 886 gadis March 6, 2007

Posted by sinchan in remaja.
trackback

  Pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Khaidzir Ismail tiba-tiba menggemparkan negara melalui kajiannya terhadap pelajar perempuan yang berisiko tinggi. Beliau telah membuat kajian terhadap 887 pelajar yang bermasalah.Yang menggemparkan ialah, menurut kajian beliau yang dijalankan selama tiga bulan, daripada 887 responden, hanya seorang sahaja yang mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks. Kenapa hanya 887 responden yang dikaji tidaklah pula diketahui, tetapi jika pakar itu seseorang yang berketurunan Cina, beliau pasti menambah seorang lagi responden untuk menjadikan 888 orang pelajar. Masyarakat Cina percaya angka 8 adalah bertuah.Dr. Khaidzir tidak menyebut di negeri mana kajian dijalankan, tetapi Menteri Besar Selangor kemudiannya mengakui pentadbirannyalah yang meminta kajian itu dijalankan.Banyak orang geleng kepala membaca laporan kajian itu kerana gempar dan terkejut tetapi tidak kurang juga yang geleng kerana tidak mahu menerima hasil kajian itu. Ada yang kata, maklumat tak tepat dan ada juga yang mengatakan Dr. Khaidzir telah tidak adil dalam kajiannya.

“Jangan hukum seluruh generasi muda hanya kerana perlakuan 886 gadis,’’ demikian luahan Menteri Pembanguna Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil Dr. Khaidzir, Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja di UKM awal-awal lagi telah menjelaskan bahawa responden adalah pelajar-pelajar bermasalah yang meliputi masalah disiplin seperti ponteng sekolah, melawan cakap guru dan juga berasal dari keluarga bermasalah.

Ertinya, kajian beliau bukan kajian rambang ataupun penyampelan yang mewakili nisbah tertentu. Kajian rambang bermakna responden tidak dipilih atas apa-apa kriteria manakala kajian sampel pula menitikberatkan nisbah antara responden dan jumlah sebenar.

Sebaliknya, responden Dr. Khaidzir adalah 20 orang pelajar dari setiap sekolah yang dikaji. Saya tidak pernah mengenali Dr. Khaidzir walaupun saya juga pernah bernaung di UKM. Oleh itu, saya tidak pula berniat untuk mempertahankan pakar itu atau kajiannya yang sedang dipertikaikan oleh sesetengah pihak.

Saya hanya tertanya-tanya kenapa kita terlalu sukar menerima hakikat perkara-perkara yang negatif. Seperti kajian ini, ia memang mengkaji perihal perkara-perkara yang negatif. Takkanlah pakar yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah masih belum arif membuat kajian sehingga kajian dan kaedahnya dipertikaikan.

Biarpun kajian dan kaedahnya salah, tetapi pengakuan pelajar perempuan itu yang harus diberi tumpuan dan perhatian.

Kes 886 pelajar ini boleh diibaratkan seperti kereta yang terlibat dengan kemalangan di jalanraya. Setelah terlibat dalam kemalangan, tentulah remuk dan perlu dibaiki. Daripada 887 kereta yang dikaji, mungkin ada sebuah yang tidak pecah lampunya. Yang lain – tangki air bocor, bamper pecah, cermin berderai, enjin ranap, stereng patah dan sebagainya.Maklumlah, dah berlanggar –ada dengan kerreta juga, ada yang berdepan dengan treler, terbabas masuk gaung, terlanggar pokok ataupun terbalik kerana jalan licin. Silap-silap ada yang ‘total lost’. Ketika itu, syarikat-syarikat insurans pulalah yang akan pening kepala.Kereta-kereta yang remuk ini sebenarnya boleh dibaiki, sama ada mengganti alat-alat yang rosak atau mengetuk badan yang kemek, dan kemudiannya dicat semula. Silap-silap hari bulan, kereta berkenaan lebih cantik daripada sebelumnya.Begitulah juga nasib pelajar-pelajar terlajak ini. Mereka perlu dibela. Kerana itulah kerajaan Barisan Nasional menubuhkan kementerian yang kini diterajui Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil. Para pemimpin dan pemaju masyarakat, badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, institusi, badan dan gerakan-gerakan belia harus bingkas bangun untuk menangani masalah ini.

Ada banyak cara untuk memulihkan mereka. Jika kita berbelanja jutaan ringgit untuk para penagih dadah dan Mat Rempit, kenapa kita tidak letakkan semangat juang yang sama menagani masalah 886 pelajar ini.

Bimbing dan pandulah mereka ke pangkal jalan. Berikan khidmat runding cara yang terbaik. Jangan dicemuh mereka kerana mereka mungkin menjadi orang terbilang suatu hari nanti. Jangan sekali-kali diserahkan tanggungjawab menangani isu ini kepada polis atau jabatan agama Islam, ditakuti nanti pelajar-pelajar berkenaan disumbat ke dalam lokap. Biarlah polis dan penguatkuasa agama menjalankan tugas-tugas lain. Kalau mahu terlibat juga, eloklah adakan kelas-kelas peningkatan iman dengan lebih banyak. Bawalah mereka pulang ke pangkuan keluarga dan masyarakat seolah-olah mereka tidak pernah tersesat jalan.Apabila menyebut 886 pelajar yang pernah melakukan hubungan seks ini, jangan sebut angkanya sahaja, tetapi ingatlah juga siapa hampir 100 peratus yang terlibat. Nasib baik juga Dr. Khaidzir menggunakan 887 responden sahaja. Apahal jika beliau mengkaji 8,887 atau 88,887 responden? Nak salahkan lagi kajiannya!Jika hendak mendapat hasil kajian yang positif, mintalah Dr. Khaidzir membuat kajian di kalangan pelajar-pelajar perempuan di sekolah agama yang suci dan terkawal. Jangan ambil yang berisiko, pilihlah yang elok tingkah laku dan pencapaian akademiknya.

Di kalangan pelajar sedemikian, mungkin terdapat seorang sahaja yang mengaku pernah melakukan hubungan seks manakala selainnya bersih ibarat kain yang putih.

Ketika itu, bolehlah kita bersetuju dengan Datuk Seri Sharizat yang menyebut: “Ramai lagi golongan remaja perempuan yang baik, rajin, menghormati orang tua dan tidak tinggal sembahyang.”

Mungkin pula nanti ada juga yang tidak percaya lalu mempertikaikan pula kajian itu! Akhirnya, satu lagi kajian perlu dibuat iaitu yang meliputi segala macam kelompok dan kriteria masyarakat. Sementara menunggu hasil kajian demi kajian, semakin banyak kita yang tergelincir!

Comments»

1. jinggo - March 6, 2007

Knp tak percaya ke. Remaja skrg terlalu bebas dn berbangga apabila melakukan sex dan yg tak melakukan sex pula di abggap kuno oleh. Kwn2 nereka. Bkn saja sex bebas di kalangan remaja saja malahan ada ramai. Isteri2 org yg bebas melakukannya juga krn found sombody better di luar. Knp tak percaya.bukalah mata di luar sana byk berlaku dua gejala tidak sihat ini.jgb salah ibu nebgandung. What say you f.abdullah.

2. F Abdullah - March 7, 2007

Saya rasa kita harus menerima hakikat hasil dapatan kajian tersebut. Saya belum lagi melihat ‘kajian’ itu dari dekat, dari segi ‘soal selidiknya’ dan sebagainya…tetapi saya percaya akan kredibiliti Dr Khaidzir. Kita harus lihat bahawa responden adalah mereka yang memang ‘bermasalah’, oleh itu hasil kajian yang negatif tidaklah memeranjatkan. dalam masyarakat kita, perilaku mereka yang ‘mengaku’ yang mereka telah melakukannya…dipandang sebagai masalah kerana bercanggah dengan norma dan sociobudaya masyarakat negara ini…pada hal di negara barat…perlakuan yang negatif itu dianggap normal…dan merka tentu hairan kenapa kita jadikan ‘ia’ satu isu dan digembar gemburkan.

Berbalik semula kepada hasil kajian….kita harus menerima kenyataan ini dan harus mencari jalan untuk mengatasi permasalahan yang di hadapi segelintir mereka yang bermasalah ini…apakah ‘punca’ sdan bagaimana harus diatasi bersama…bukannya berada dalam ‘state of denial'( A stitch in time saves nine).

Syabas saya ucapkan kepada penyelidik yang ‘berani’ melaporkan hasil kajian walaubagaimana pahitnya ‘dapatan’ kajian tersebut.Let us all support all endeavour in achieving a wholesome society…..

F Abdullah
Pemikir

3. STARLIGHT - March 24, 2007

Walaupun tidak 100% remaja wanita seperti yng diperkatakan tp adakh kita menyedari hari demi hari SEX dklngan remja wanita smkin brtmbah.Memang sudah x boleh dinafikan dan dibendung gejala sex yang menular pada golongan remaja terutamanya insan bergelar WANITA.Bukan bermaksud untuk menyalahkan mereka tetapi kenyataan sudah terbukti.Malah mereka suka melakukan SEX!!!!bagaimana perkara ini dapat dibendung jika AGAMA tidak dihati.

Malah remaja wanita seusia 12 thun pun ramai yang mengandung!!!!!.Pasti ibu bapa dipersalahkan apabila anak mereka melakukan SEX dan menjdi umpatan apabila anak mereka mengndung.Sudah sampai masanya kerajaan bertindak agresif untuk membndung prkara ini.Pada mereka SEX sperti stu kperluan dlam diri mereka tnpa rasa bersalah!!!!!!Brubahlah wahai kaum2 HAWA….

4. citra anggun - March 24, 2007

Terkejut jgk msa dgr about this issue, x bangkang x jak sokong… tapi x semua tau remaja perempuan mcm tu.. 1 in 1000… x dinafikan remaja skrg dah advance, more than org yg dah kawin… tapiiiii x semua cm tu.. kebyknnye msh berada di lndsn yg btul, x trpesong lgi… hanya segelintir shj yg begtu, maklumlah kajian pun dijlnkn di kwsn bndr, kwsn mju, normallh, kalau dh mju tu mcm2 crtala tg kte bleh dgr n lht…. cba jlnkn kjian kt kwsn luar bndr yg krg mmbgn la like raob ke arau ke pedas ke, guaranty lah hsl kjiannye akan cm lngit ngan bumi berbndg kjian selngor tu, msti akn terblk 886 dri 887 x prnh lkukn hbngn seks…. in sums, kjian tu prlu dijlnkn di slrh ngara, brulah bleh buat konklusi yg tepat, n then msyrkt kite akn mdh trima knytaan ituu….

5. JEFF - July 15, 2007

assalamualaikum saya tujukan kepada semua sahabat-sahabat sebangsa dan seagama dengan saya. saya adalah remaja leleki seperti kalian. sudah tentu anda rasakan saya sama seperti remaja-remaja lelaki yang lain. mungkin pada zahirnya anda rasakan ya tetapi di dalam hati ini tersimpan berbagai jenis rahsia dan persoalan. persoalan yang sering bemain-main dan berlegar-legar di fikiran saya. ke manakah perginya maruan remaja wanita kita sekarang. memang semua adalah salah leleki tetapi kenapa para gadis wanita sanggup menyerahkan tubuh mereka sewenag-wenagnya kepada para lelki. mana perginya maruah mereka? saya benar-benar kesal dengan sikap mereka. kepada para lelaki, saya merayu. tolonglah……………… hentikan merosakkan kaum wanita. dunia hanya sementara. tidak berguna bercinta kerana nafsu ttapi biarlah bercinta kerana allah dan diredhai…………………. renungkanlah……………………

6. Mia zahira - February 16, 2008

sukar nak kata apa…tapi hakikatnya memang ramai para pelajar yg terlibat dengan isu seks bebas nie. Kebelakangan ini gak..kemunculan banyak sumber2 seperti filem dan website lucah mungkin boleh dikatakan punca kepada peningkatan masalah ini. satu pemerhatian yang pernah saya dan ahli kumpulan saya lakukan ketika memenuhi tuntutan kursus pengajian (mahasiswa jurusan kaunseling salah sebuah IPTA Malaysia)..kami telah menemui beberapa laman web di mana,rata-rata para remaja yg berkongsi pengalaman seks mereka terdiri daripada para pelajar perempuan bukan sahaja di kalangan IPTA/IPTS bahkan para pelajar sekolah. Lebih mengejutkan,antaranya telah mula sejak berusia 11 tahun lagi. isu ini semakin serius dan tak harus dipandang remeh. Ada pulak dikalangan mereka menyatakan bahawa mereka terlibat dengan gejala ini kerana termakan pujuk rayu kekasih.selain itu,perasaan ingin mencuba juga mendorong mereka melakukan ia apatah lagi dorongan dan sokongan kawan-kawan yg mengamalkan cara hidup bebas.
Sesungguhnya,isu ini tak harus dipandang ringan. Bukankah remaja itu harapan bangsa..andai kita tidak mencorak anak remaja muda mudi kita dari sekarang…bimbang suatu hari negara kita akan kembali dijajah dengan pemikiran yg bertentangan ajaran Islam kita.

7. mohabbatin - June 14, 2008

laa.. pa nk d tekzut cam beruknye wey,cuba la org2 x picaya tu p wat lawatan kot2 kwsan bangi yg adonya kilang2, pusat2 pengajian,dan kwsan yg bgitu d kagumi ler ni,iaitu putajaya n cberjaya belambak bebudak remaja yg kununnya akan jd kepala2 negara memadu kasih. kat disko2 jln p.ramle nun, p lepk kat tepi2 tu jer tgk sapa yg bekepit ngan mat2 saleh,dlm hen pon yg begitu canggih manggis ler ni mukka sapa,anak2 muda belia kito la sapo lai.. mcm2 style deme 2 wat kununnya maju,dgn slumbernyer dgn x ada malu mcm2 aksi d pertontonkan kpd sapa pun x tau dan apa tujuannya pun x tau. kalu stakat 887 tu rasenye sekelumit jer kot,rasenyer lbh dr tu…..lg pun gadis2 ni mudah sgt tegoda dgn hensom konon,baik hati,caring,lg 1 ayat power,perhhh..cair beb terus layannnn. nk salah sapa????


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: