jump to navigation

KUTU MALAM,KUPU-KUPU MALAM DAN ZIKIR WAKTU MALAM February 16, 2007

Posted by sinchan in Belia.
trackback

PERDANA MENTERI(PM) Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) tidak pernah pun bersukan malam tapi akhirnya jadi PM. Datuk Seri Rafidah Aziz tidak pernah pun bersukan pada waktu malam akhirnya jadi menteri kanan dalam negara.

Tak cukupkah lagi sekian peruntukan disalurkan untuk mencetak topi, t-shirt dan track suit dan berbagai lagi akhirnya mutu sukan kita ditaraf itu juga.

Kita hidup di dunia bukannya mahu menjadi ahli sukan ternama tetapi mahu ternama di sisi Allah S.W.T. itu yang susah manusia nak cari.

Siapa tak sayangkan pada anak bangsanya? Kalau kita sayangkan anak bangsa kita bukan dengan cara mengadakan sukan malam. Malah ada juga sesetengah pemimpin UMNO berpendapat, tidak salah mengadakan sukan malam untuk kepentingan anak bangsa kita juga

Tapi peliknya anak remaja bangsa lain tidak pula terjebak dengan aktiviti mat rempit atau sebagainya. Kita perhatikan anak orang Cina memang malam kebanyakannya dihabiskan dengan berkaraoke dan berhibur tapi paginya sudah bangun ke tempat kerja masing-masing.

Peliknya remaja Melayu kalau bersukan atau berhiburan sehingga lewat malam sudah pasti ada yang terlepas sembahyang subuh dan sebagainya

Maaf cakaplah sesetengah pemimpin kita termasuk menteri kita semua mahu buat kerja senang dan tidak mahu mengotorkan tangan buat kerja-kerja kotor seperti mana kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria.

Tak ada ahli UMNO mahu ke lorong-lorong gelap dakwahkan pelacur dan penagih dadah. Kebanyakannya suka pilih aktiviti sukan kerana peruntukan dan sponsornya besar.

Maka ramailah anak-anak remaja Melayu menjadi kutu malam dan kupu-kupu malam kerana tiada siapa yang peduli. Mahu mengharapkan pemimpin UMNO biasalah mereka hanya syok sendiri buat program untuk ahli mereka.

Kita ada 27 juta rakyat Malaysia tapi UMNO dok seronok buat program untuk 3 juta ahlinya. Manakala baki 24 juta suka hati mak bapak depa nak jadi apa. Itu sebabnya ramai jadi kutu malam dan kupu-kupu malam sebab matlamat bekerja pemimpin UMNO adalah untuk jadi menteri dan PM.

Sebenarnya kalau kita mahu mengkaji makna dan matlamat kehidupan sebagai makhluk ciptaan Allah S.W.T. mudah sahaja bahawa sesuatu perbuatan kita kena berasakan bahawa Allah S.W.T. sentiasa melihat kita dan kita dilihat oleh Allah

Kita kena sentiasa berasa malu dengan Allah jika terdetik di hati kecil kita mahu melakukan perkara di luar batas agama. Kita malu kepadaNya dan kita tidak mahu mendustaiNya. Tapi berapa ramaikah di antara kita senantiasa memikirkan ada hubungan on line kita dengan Allah? Berapa ramai yang senantiasa memikirkan Allah sentiasa melihat mereka dan mereka dilihat oleh Allah?

Berbalik kita kepada sukan malam apa payahnya pemimpin UMNO termasuk PM sendiri mahu mengaku dan menyeru rakyatnya balik kepada Islam. Hanya Islam sahaja boleh menyelamatkan umat Muhammad S.A.W. tapi apa payahnya kita mahu mengakui semua ini

Apakah satu dosanya kita mengajak rakyat dan ibu bapa atau keluarga balik kepada Islam? Apa! Di sebabkan ada sesetengah isteri dan anak-anak menteri tidak melalui kehidupan Islam maka ada sesetengahnya lidah kelu mahu berkata mahu mengajak ke jalan Islam.

Apa salahnya kita mahu membawa Melayu ke jalan Islam kerana ajaran Islam lebih menghormati kaum-kaum lain di negara ini. Bila pilih Islam bermakna kita akan kasih dan menghormati agama dan bangsa lain di negara ini. Malah cara hidup Islamlah yang membawa kepada ketinggian moral dan akhlak di negara ini. Mengapa takut mahu mengajak umat memilih Islam yang boleh merawat kegersangan hati remaja di negara ini.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah menyebut;“…ke mana pun kamu menghadap, di situlah wajah Allah..’’

Apa nak takut cakap benda-benda macam ini. Semua bangsa di dunia ini tahu hidup lawannya mati. Jadi sebelum mati sediakan iman dan taqwa agar mencukupi. Siapa yang akan membawa ke jalan iman dan taqwa kalau bukan pemimpin UMNO yang mendakwa menjadi kerajaan di negara ini.Kebetulan UMNO sudah mengaku ini adalah kerajaan mereka maka berbuatlah sesuatu untuk kebaikan umat mereka. Jangan pandai bercakap tapi tidak pandai mengotakan apa yang Allah suruh. Kalau UMNO mahu menjadi imam jadilah imam yang baik dalam kerajaan.

Hadis pernah menyebut “Aku adalah harta terpendam, Aku ingin diketahui, oleh kerana itu, Aku menciptakan makhluk.’’

Dah banyak Allah menyebut siapa dirinya tapi peliknya sesetengah pemimpin UMNO jadi takut membawa umatnya ke jalan Allah. Amat jaranglah kita mendengar pemimpin UMNO bercakap secara terbuka antaranya, ‘’Ikutlah jalan Islam’’ atau ‘’ Baliklah kepada Islam.’’Malangnya apa yang selalu kita dengar dari mulut pemimpin untuk menangani masalah belia dan remaja adalah bersukan dan riadah lainnya.

Agak janggallah kalau kita mendengar pemimpin UMNO mengajak umatnya kembali kepada al-Quran dan hadis, Maaf cakaplah jika ada sesetengah menteri tidak tahu bahasa al-Quran atau mencari ilmu dalam al-Quran.

Itu sebabnya bila mahu selesaikan masalah mat rempit, beri mereka gula-gula iaitu sukan malam. Padahal siapa yang suruh mereka jadi mat rempit? Begitu banyak perkara lain boleh dilakukan pada waktu malam antaranya berzikir.Malangnya ada yang pilih mat rempit.

Menteri seperti Dato’ Azalina mudahlah ada peruntukan KBS beri sahaja gula-gula kepada remaja atau belia tadi. Maaf cakaplah ada sesetengah Kompleks Komuniti Sukan sudah menjadi gajah putih sebab penganjur lebih selesa dapat projek cetak topi dan t-shirt.

Pendekata manusia hari ini berebut-rebut mengejar perniagaan dibandingkan pembangunan modal insan. Termasuklah modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dirombak agar kembali ke jalan Islam.

Apa yang kita nak takut bercakap soal Islam kerana agama rasmi negara ini pun Islam. Malaysia maju dan berjaya pun bukannya orang lain yang perintah PM beragama Islam juga . Jadi apa nak kalut dan terburu-buru buat sukan malam. Alangkah baiknya kalau sukan malam digantikan dengan Qiaimulail, zikir, mengenal tajwij al-Quran dan beribadat malam. Apa susahnya Azalina nak bawa remaja Islam balik kepada Islam.

Bila kita bercakap soal-soal agama ini adalah yang akan muncung menganggap kita ni sudah keterlaluan. Ada juga sesetengah menteri akan berkata, kalau menteri Melayu tidak fikirkan remaja Melayu siapa lagi?

Daripada membiarkan anak Melayu hanyut maka perkenalkan program-program mat rempit atau sukan malam. Maka bertaburan pemimpin UMNO antaranya, Dato’ Abdul Aziz Rahim, Datuk Seri Hishammuddin dan Azalina mencari ramuan menangani masalah belia.Padahal senang sahaja selesaikan masalah belia balik semula kepada Islam. Bukannya ada harga yang tinggi balik kepada Islam. Kita percaya kalau remaja atau belia balik kepada Islam lebih banyak masalah sosial akan ditangani dengan baik.

Itu sebabnya bila Azalina mahu memperkenalkan sukan malam kita nasihatkan fikir secara mendalam. Jangan nak hasut orang terima idea kita mengadakan sukan malam. Bila ada sukan malam, sudah tentulah akan ada pasangannya seperti mana diluahkan oleh Ketua Angkatan Muda KeADILan Selangor, Halimey Abu Bakar

Bila ada sukan malam semakin menularlah kebanjiran anak luar nikah dan budaya bertentangan nilai-nilai agama. Kenapalah UMNO takut mahu mengajak ahlinya kepada Islam?

Dalam hal ini Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat pernah berkata“Apabila UMNO tidak menerima Islam dengan sepenuhnya maka selama itulah UMNO seakan-akan menjadi parti yang sama dengan PATI (Pendatang Tanpa Izin). Jika tenaga kerja dari Indonesia, Selatan Thailand, Myanmar dan Bangladesh boleh diburu dan dihantar pulang kerana memasuki Malaysia tanpa dokumen, maka jangan-jangan UMNO juga bertapak secara haram di atas bumi Allah S.W.T. UMNO perlu semak kehadiran mereka sama ada bertaraf pendatang tanpa izin atau tidak untuk tidak digolongkan sebagai pendatang haram.’’ Kata Nik Aziz lagi;“UMNO perlu ingat bahawa Kerajaan Allah S.W.T. meliputi seluruh permukaan laut, darat, langit, bumi dan antara langit dan bumi. Pandai-pandai membuat hukum sendiri dan menafikan hukum Allah akan meletakkan UMNO sebagai pendatang haram di sisi Allah S.W.T.’’

Maka ada yang akan bertanya apa? Tak ada lagikah kata-kata keramat boleh diselitkan dalam artikel ini selain kata-kata Nik Aziz. Perlu dijelaskan, kita menyanjung Nik Aziz bukan kerana beliau pemimpin PAS tetapi kerana ilmu agamanya.Sekurang-kurangnya Nik Aziz sudah menampakkan peribadinya yang baik semasa menjadi Menteri Besar Kelantan tidak mengejar duniawi dan anggota keluarganya menutup aurat. Lihat sahaja isteri-isteri menteri UMNO yang membenarkan berleluasanya penzinaan mata. Hukum tidak menutup aurat adalah haram jadi bagaimana menteri wanita tidak menutup aurat boleh menasihat yang baik kepada rakyatnya?

Dalam hal ini sukalah kita menambah sedikit fikiran Nik Aziz

“UMNO telah lama tidak pedulikan Islam dan iman. Mereka diasuh berimankan kepada pemimpin Melayu yang menyalahgunakan kuasa untuk mengekalkan kuasa. Dengan kuasa dan wang, mereka terus menerus bersyirik dengan memindah kiblat dan perhambaan daripada Allah S.W.T. kepada memuja manusia dari kalangan mereka berasaskan pemujaan nafsu.’’Janganlah marah bila kita sentuh hal-hal ini kerana tanyalah sesiapa sahaja dalam UMNO siapa tidak pernah terlibat politik wang atau menaja kemenangan mereka dalam parti? Kalau tak ada pun yang terlibat politik wang mungkin Senator Ahmad Hussin, AJK UMNO Bahagian Kangar terang-terang mengatakan tidak terlibat politik wangAdakah pemimpin UMNO lainnya berani tampil ke depan mengaku tidak terlibat politik wang pemilihan bahagian atau pusat? Adakah Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT UMNO) sesi 2004-2008 bersih bagaikan kain kapat”>Firman Allah S.W.T dalam surah Thaahaa bermaksud

“Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.’’Lalu berbalik kita kepada sukan malam, ada baiknya kerajaan mengkaji semula kesan jangka panjangnya. Pak Lah bercakap soal bangsa yang gemilang, cemerlang dan terbilang ada baiknya peruntukan menangani isu mat rempit dan sukan malam digunakan untuk meningkatkan taraf pendidikan anak-anak Melayu di negara ini.Tiada seorang pun manusia di dunia ini mahu dilahirkan jahat tetapi dengan mengkaji segala isi al-Quran dapat ditemui rawatan paling sesuai menangani mat rempit dan gejala lainnya. Maka di sini baik remaja Melayu dan ibu bapa Melayu kena balik kepada Islam sebagai Ad-Din. Sayang dan cintailah Allah kerana Allah tidak pernah mengabaikan walau sesaat hambaNya.Kita percaya Pak Lah juga sayangkan bangsa dan negaranya. Kalau setakat sayang tanpa memberi penegasan tentang ilmu taqwa dan iman tidak akan membawa ke mana-mana

Sebagai Perdana Menteri bukanlah kita bertujuan untuk menasihat Pak Lah tetapi sekadar berpesan-pesan hanya Islamlah ubat paling mujarab selesaikan masalah sosial di kalangan belia dan remaja kita. Mungkin Azalina takut bercakap soal pembangunan Islam tetapi sudah sampai masanya pembangunan Islam dijadikan modul dalam pentadbiran keluarga kita insya-Allah

Bila kita takutkan Allah maka kita akan takut melakukan perkara-perkara jelas bertentangan nilai-nilai agama. Seharusnya kita belajar dari Nabi Muhammad S.A.W. lahir ke dunia ini yatim piatu dan tidak mempunyai harta benda. Akhirnya kerana kemuliaan ilmu dan jihadnya untuk Islam maka Allah mengangkat martabat Rasulullah S.A.W. dunia akhirat.

Comments»

1. Donjuan - February 16, 2007

Apa mak chik ni merapu ni…..cari hadis sana, cari hadis sini lepas tuh padankan dengan lojik fikiran dia sendiri.

Setahu saya mana ada peruntukan untuk mencetak baju , topi atau apa-apa pun untuk sukan malam ini, kenapa mak chik terkilan tak dapat cetak semua bahan ini ker….

Bukan apa saya kata mak chik ni merapu, katanya –

Kita hidup di dunia bukannya mahu menjadi ahli sukan ternama tetapi mahu ternama di sisi Allah S.W.T. itu yang susah manusia nak cari.

Aduh…… bersukan ini adalah riadah yang juga di tuntut oleh Allah SWT untuk kesihatan badan kita dan tidak salah kalau kita jadi ahli sukan ternama dan juga kita tidak tinggalkan ibadah dan tuntutan Allah SWT.

Menuduh anak melayu bersukan malam terlepas sembahyang subuh adalah satu tuduhan yang besar kerana mana Mak Chik ni tahu anak muda ini terlepas sembahyang subuh. Saya juga pernah mengikuti program sukan malam ini yang berakhir pada jam 1.00 malam , tak lah samapai ke subuh. Mak Chik ini ingat sukan malam ini sampai lepas subuh ker….. Tak tahu lah kalau iman anak-anak makcik ini yang tak kuat. bila lewat balik sikit dah tak sembahyang subuh. Terpulang kepada didikan ibu bapa, jika pulang jam 5 dan sembahyang sememang tunggak kehidupan harian , pasti akan di tunaikan juga solat itu.

Mak chik ini juga memperkatakan yang dia hairan bangsa lain tidak pulak terjebak dalam gejala mat rempit, itulah sebab nya kita buat sukan malam untuk bangsa kita , sebab bangsa kita yang terlibat dan bukan bangsa lain.

Kadangkala malas juga nak layan mak cik ni merapu, kalau tak ada benda nak tulis, tak payah tulis lah. Nak sentuh sikit saja lagi……

mak cik ni tulis ni …….Bila ada sukan malam semakin menularlah kebanjiran anak luar nikah dan budaya bertentangan nilai-nilai agama. Kenapalah UMNO takut mahu mengajak ahlinya kepada Islam?

astghafirullah …..mak chik ni dah tak siuman ker, kenapa buat fitnah , ada bukti ker…… kalau tak ada sukan malam ni tak ada ker anak luar nikah……

Sukan malam tak ada buat acara sukan buat anak , mak chik oiii…apalah mak chik ini berfikiran macam orang kurang akal.

Nasihat kepada Mak Chik , kalau nak jadi penulsi, jadilah penulis yang baik.Saya dah banyuak baca juga tulisan mak chik dan saya rasa mak chik bukan penulis yang baik, mak chik hanyalah oportunist yang suka berdendam, saya tahu kalau mak cgik tak dapat projek dari mana-mana menteri , mak chik akan hentam menteri berkenaan dengan secara dendam mak chik,

Pembaca sekarang bijak dan pandai menilai dan tidak boleh di tipu lagi.

Mak chik kembalilah ke pangkal jalan.

2. Zarina Jamaluddin - February 16, 2007

Bila ada sukan malam semakin menularlah kebanjiran anak luar nikah dan budaya bertentangan nilai-nilai agama. Kenapalah UMNO takut mahu mengajak ahlinya kepada Islam?

apa masalah mak chik ni….baru dua siri sukan malam dah banjir dengan anak luar nikah,

konsert sure heboh , konsert mawi, sukan asia, sukan olimpik , piala dunia , f1 dll perlu dihentikan kerana takut dunia dibajiri dengan anak luar nikah….be rasional lah mak cik.

anak-anak ini pergi bersukan , bukan pergi buat anak….apa mak cik tak fikir yang lain ker,,,asyik buat anak aja…

tulisan mak cik banyak memfitnah.

3. hadi ilham - February 16, 2007

PERDANA MENTERI(PM) Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) tidak pernah pun bersukan malam tapi akhirnya jadi PM. Datuk Seri Rafidah Aziz tidak pernah pun bersukan pada waktu malam akhirnya jadi menteri kanan dalam negara.

Macam lain saja bunyi ayat ini, betul ker tidak mak cik ini….apa untuk menjadi Perdana Menteri dan menjadi Rafidah perlu bersukan malam……. Sukan malam bukan untuk menjdai Perdana Menteri atau Rafidah…..

Sukan malam untuk mengisi masa remaja yang kosong yang tidak mempunyai aktiviti yang tertentu yang boleh menjanakan kepada mereka melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.Lebih baik lah buat sukan malam…..

Contohnya mak cik….. malam ni anak mak cik tak ada apa-apa nak buat, berzikir dah penat dari subuh hingga ke maghrib. dari dia berfoya-foya , eloklah dia salin baju dan kenakan apakain sukan …..pergi main bola jaring dengan kawan-kawan kat sukan malam dan keluartkan peluh..lepas tuh dah letih , balik rumah mandi air panas, mengucap dua kalimah syahadat than tidur dan bangun segar pagi esok. Bikan sebab nak jadi PM atau Rafidah…. tak lojiklah mak cik ni, mak cik sekolah samapai tingkatan berapa. Mukadimah ini tak betul……

4. MAT JAN - February 16, 2007

Daripada membiarkan anak Melayu hanyut maka perkenalkan program-program mat rempit atau sukan malam. Maka bertaburan pemimpin UMNO antaranya, Dato’ Abdul Aziz Rahim, Datuk Seri Hishammuddin dan Azalina mencari ramuan menangani masalah belia.Padahal senang sahaja selesaikan masalah belia balik semula kepada Islam. Bukannya ada harga yang tinggi balik kepada Islam. Kita percaya kalau remaja atau belia balik kepada Islam lebih banyak masalah sosial akan ditangani dengan baik.

tuh lah saya kata mak cik ni tak buat home work……

_______ MANA ADA PROGRAM MAT REMPIT ________________
————————————————————————–
————————————————————————–

Kebanyakan program ada lah menangani masalah Mat Rempit , bukan program mat Rempit………

CAKAP BALIK KEPADA ISLAM ITU MUDAH LAH KAK OIIIIIIIII…MCM MANA NAK BAWA REMAJA INI BALIK KEPADA ISLAM …MEREKA NI MEMANG ORANG ISLAM PUN.

KALAU SETAKAT JERIT DAN MELAUNG CAKAP BALIK KEPADA ISLAM SENANG LAH………..

BERAPA RAMAI DAH YANG MAK CIK DAH BAWA BALIK KERUMAH DAN SURUH DIAORANG BERZIKIR……….. MASLAH SAJA , CAKAP BALIK PADA ISLAM. SEMUA ORANG TAHU…. NIK AZIZ PUN TAHU , HJ HADI PUN TAHU…….TETAPI KENAPA KELANTAN MASIH ADA PERKARA YANG TIDAK BAIK BERLAKU.

BUKAN BOLEH DUDUK CAKAP SAJA………ENTAH LAH APA KENA MENEGNA SUKAN MALAM KENE MENGENA DENGAN BALIK KEPADA ISLAM YANG MEMBUAT MAK CIK NI MENULIS MCM ORANG KENA HISTERIA.

5. kamarul - February 16, 2007

Sebenarnya apa yg nahu di sampaikan oleh norzah.nak katakan berdakwah tak pula sampai msg nya.rasanya norzah ni mcm nak hentam azalina saja,tak pula tepat hentaman dia.kdg2 cuba juga utk memahami apa yg nak disampaikan.tapi bila dah baca jadi meluat pula.

6. anum langat - February 19, 2007

Mengapa sukan malam dikaitkan dgn politik sdgkan sukan tidak boleh di politikkan.apakah hanya dgn sukan mlm remaja kita akan hilang akhlak,bersukan malam bkn perkara baru bagi org2 bandar.cuma ianya dikenakan bayaran.tak pula mereka ini melahirkan anak luar nikah.konsep sukan mlm ini sebenarnya sama seperti sukan mlm yg berbayar.cuma disini percuma.tulisan ini yg paling buruk prnh sy baca.

7. EN NAYTU - February 22, 2007

Sukan malam, sebelum KBS anjurkan aktiviti ni, belia kita yang ‘berketurunan MELAYU ISLAM’ dah pun anjurkan program sebegini. dengan ‘hadiah kreatif’ tajaan maruah diri dah pun lama di laksanakan. Masalah ini bukan setakat di bandar, malah luar bandar pun berlaku, al-maklumlah kawasan luar bandar pun dah membangun dengan kemudahan asas yang cantik seperti jalan raya yang selesa dan luas untuk kutu-kutu malam rempit. Kan lebih baik menteri KBS lancarkan program Sukan Malam. Program sebegini dapat menarik golongan yang sememangnya dah jalankan “aktiviti malam sendiri” ke program yang legal dan terkawal. Siapa yang syok sendiri sekarang ini? Tulis ikut rasa hati… kalau kak nak tau, KBS pernah adakan program Rakan Muda Masjid, tapi siapa yang hadir program tu? Alhamdulliah, ada sambutannya tapi siapa? tentulah anak-anak muda yang dah biasa ke masjid, dah petah dengan zikrullah. Tapi kemana kutu-kutu malam, dan kupu-kupu malam? Diorang dengar nama program pun dan cabut!!!!

Che Kak, kata orang tua nak tarik rambut dari tepung jangan sampai tepung berserak… Pendekatan sukan malam adalah langkah terbaik mendekatkan golongan kutu malam dan kupu-kupu malam ke arah aktiviti yang positif. Kalau nak heret diorang balik berzikir terus jawabnya sampai bila pun diorang terus lari dan jauhkan diri. Dakwah ke jalan Allah adakah perlu secara terang-terangan. Kalau tak salah saya, wali songo dulu pun pernah menggunakan pendekatan menggunakan medium yang di sukai masyarakat masa itu dalam menyeru masyarakat mendekatkan diri dengan Allah. Tak de pulak nak paksa orang dok rumah berzikir. Kalau di kurung golongan ini jawabnya lagi hanyut mereka dengan kehidupan mereka…

8. budak_nakal - February 22, 2007

tu die..panjangnya komen…tapi pada saya yg terlibat dalam bidang belia dan sukan ini, secara peribadinya menyokong kpd cadangan Sukan Malam. sesuatu benda tu kalu dibuat berdasarkan nawaitu dan natijahnya perlu betul supaya tidak tersasar. jadi seandainya cadangan ini dilaksanakan mengikut spt mana yg diprogram maka saya rasa isu berkaitan dengan life remaja yg dikatakan akan semakin teruk. secara logiknya, benda kita belum buat dilaksanakan lagi, jangan pandai buat hukum sendiri. memang pada dasarnya, tidak ada salahnya jika cadangan Sukan Malam ini dilaksanakan. kita perlu melihat kepada keperluan sekarang di mana keadaan remaja atau belia kita yg semakin liar dan bebas dalam kehidupan sosial. kenapa perlu dibangkitkan isu kbs yg hanya pandai buat program dan cetak tshirt atau topi. setiap kementerian ada agenda yang perlu dilaksanakan dan seperti mana yg diketahui umum, Kementerian Belia Sukan sememangnya banyak mempunyai program untuk para belia. cuma kadang2 para belia kite jer yang tak tahu mengambil peluang yang ada. Yang penting sekarang kita sepatutnya berganding bahu dan bekerjasama utk memikirkan apa bentuk program atau aktiviti yg sesuai utk para remaja kita sekarang. ianya juga tidak hanya menjurus kepada aktiviti sukan semata-mata tapi sewajarnya juga diselitkan program yg berunsur keagamaan. rasanya pendapat sedemikian agak kritis dan seratus peratus menyalahkan sebelah pihak. apalah kiranya seandainya kita jgn hanya pandai menuding jari, tapi bersama-sama melahirkan pendapat dan pandangan untk pembangunan masyarakat kita.

9. ctikus - February 22, 2007

kesimpulan yang dapat dibuat daripada penulisan ini senang saja…masing-masing ada pendapat sendiri. sama ada pro ataupun cons… namun tiap apa yang ditulis boleh diambil kira ataupun tidak.e2 juga terpulang pada diri sendiri untuk menilainya.jika di amati betul2 penulisan ini ada baiknya dan buruknya…bersukan itu bagus dan cadangan untuk mengadakan sukan malam itu amat baik.namun apa yang ditakuti penulis juga seperti berlakunya aktiviti ‘anak luar nikah’ ada benarnya juga.jika diteliti perkara ini mungkin tak mustahil dengan keadaan serta sikap remaja zaman kini. adalah baik jika remaja2 ini bersukan pd waktu mlm dan terus pulang ke rumah.tapi bagaimana jika mereka melencong ke tempat lain terutama bagi yang dtg berpasangan. boleh jadi mereka memberitahu ibu bapa/keluarga nak p bersukan. walhal???? pernahkah kita terfikir akan persoalan ini…ibubapa dirumah percya dgn alasan anak2 ini,tetapi anak2 menyalahgunakan kprcyaan itu.jika keadaan ini berlaku adakah objektif kerajaan dan KBS tercapai? bercakap mmg mudah.tapi tahukah kita tentang mentaliti, sikap,pengaruh,budaya remaja kini?apatahlagi dengan era globalisasi/dunia tanpa sempadan yang makin mencabar?apapun cadanagn sukan malam ini tetap ada kebaikannya jika dimanfaatkan sebaik mungkin.SEGALANYA DI TANGAN ANDA…..

10. boya - February 22, 2007

assalammualaikum makcik….rasanyer makcik bercakap bukan untuk membangunkan golongan belia…tetapi hanya untuk menghentam kerajaan di atas rasa tidak puas hati makcik…rasanya makcik telah menyalahgunakan Islam…Islam melarang kita mengutuk dan membuat fitnah…makcik memang tak buat homework sebelum menulis artikel ini..ini disebabkan setiap tahun Kementerian Belia Dan Sukan ada membuat program Islamiah di semua kawasan DUN dan Parlimen.Sebagai contoh ialah Program Rakan Muda Ramadhan, Program Rakan Masjid, Tadarus Al-Quran dan sebagainya…makcik ada menulis pasal program Islam..saya nak bertanya kepada makcik, bukankah program di atas adalah program berlandaskan ISLAM..Saya rasa elok makcik menghantar anak makcik ke program tersebut kalau tak nak bersukan di malam hari…makcik haruslah selalu menghubungi pejabat Belia di tempat makcik…ENTAH2 PEJABAT BELIA PUN MAKCIK TAK TAHU KAT MANA..hanya tahu menghentam dan memfitnah sajer…Satu lagi makcik..apakah kaitan anak luar nikah dengan Sukan Malam?? Sebelum program ini dilancarkan pun dah tersebar tentang kes anak luar nikah…semuanya tak boleh menyalahkan kerajaan atau satu pihak saje…tetapi salah satu puncanya ialah berpunca dari orang2 seperti makcik…jadi tolonglah menghubungi PEJABAT BELIA DAN SUKAN untuk menghantar anak2 buah makcik ke program KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN yang memang best dan best dan best dan best….TQ

11. kupu_bunga - February 22, 2007

Mak cik… mak cik…… sedap sungguh dengar ayat-ayat tu. Rasanya macam cerita dongeng seorang emak untuk menidurkan anaknya. Kalau la anaknya tu pun macam maknya, tentu dia percaya bulat2.

Cubalah mak cik fikirkan secara rasional dan positif. Masalah-masalah seperti maksiat, anak luar nikah, mat rempit dan bermacam-macam lagi gejala sosial dah semakin nazak kini. Sepatutnya mak cik berterima kasih kepada barisan kepimpinan KBS kerana menberi peluang kepada remaja-remaja melayu melakukan aktiviti berfaedah diwaktu malam.

Mana mak cik suka, anak muda melayu pergi disko diwaktu malam atau g main futsal waktu malam. Rasional sukan malam ni bukan nak tambahkan masalah sosial tapi nak bagi peluang remaja melayu memenuhkan aktiviti mereka yang terluang. Bila dah tak tau nak buat apa, tu yang semua g merapu tu. G lepak, g disko, g hotel, g merempit. Tu ke yang mak cik suka tengok.

Tak payah la mak cik nak guna hadis sana, hadis sini, buat orang pening jer. Kalau benda betul tak pe, ni semua fitnah. Asal dengar orang cakap , sambung kutuk. Asal dengar orang bersuara, sokong. Tapi semuanya tak mengkaji.

Sudah-sudah la mak cik. Islam pun ada mengatakan “fitnah tu seperti juga menbunuh”. Kalau nak dok berceramah, tengok la diri tu dulu.

12. KUPU-KUPU MALAM - February 23, 2007

kau mawar hitam,haru kepedihan..kau harungi waktu di setiap perlukan..
jangan menangis msti kau sesali,………………

13. bdk br - February 25, 2007

aah la,,
mkck ni mcm nk hentam kerajaan@bn,,
sy bce yg psl pak lah n rafidah pn mcm plek smcm bunyi dia,,
len kali klo nk jd writer,,wat la homework dlu,,fikir btol tak ape yg mkck tulis ni,,
klo pe yg mkck tulis ni salah,,dose tw,,fitnah tu,,
mkck tw kn dose fitnah tu lebih terok dr membunuh,,
jgn asyek fikir dose org,,
kte ni klo asyek wat baek..lps tu mengumpat bnd yg xbtol,,sia2 je amalan kte,,
back to 0 tw pahala sume,,
ish3 rugi la,,

14. munir B - March 1, 2007

makcik oh makcik…nak cakap nyanyuk tak baik pula…kena hormat juga pada orang tua…saya ni sebagai belia kadang-kadang rasa terhina dengan kata-kata orang tua seperti makcik ni…seolah-olah yang jahat tu semua datangnya dari belia…khususnya belia melayu…kalau makcik asyik kutuk, asyik mengata budak baik pun boleh jadi buruk…sebab hari-hari dengar benda negatif…sepatutnya orang tua macam makcik mengeluarkan nasihat-nasihat yang membina…nak mengajar belia ni kena lembut kalau tidak dia kan memberontak…macam anak makcik juga…kalau asyik kena maki lama-lama mesti dia lari rumah tak tahan…dalam islam pun kita dididik supaya mendidik dengan cara lemah lembut…baik tutur kata…bukan laser macam makcik…lagi laser lagi la budak tak nak ikut….lagi satu kan makcik…kalau nama dah bersukan mestilah letih…bila letih dah tak larat lagi dah nak buat anak…nak projek pun dah tak larat…maaf cakap…cuba makcik pegi jogging ka pastu makcik balik n then laki makcik ajak ‘main’…mesti makcik tak nak…sebab dah letihkan…macam tu la jugak bila budak-budak ni dah letih bersukan diorang dah tak fikir soal seks dan negatif ni…dah tak ada tenaga dah makcik oi…kira nak balik rumah dan tidur saja…cubalah makcik pergi bersukan dan makcik akan faham…saya tengok makcik ni pun gemuk…mesti tak bersukan…baik makcik start sekarang takut-takut nanti dapat penyakit kencing manis dan darah tinggi…kepada makcik…renung-renungkan lah…maaf dipohon andai ada yang terguris..!

15. RR - March 3, 2007

1. Makcik ni tak merapu, dia cuma bagi idea. Cuma jangan nak ambil her words literally dan exaggerate.

2. Islam memang tuntut umatnya sihat dan cergas. ramai orang bersukan tapi tak menutup aurat (pakai seluar pendek, etc dikhalayak ramai), examples are obvious.

3. Adalah dibimbangi, sebahagian orang Islam yang bersukan hingga lewat malam sehingga terlena pada waktu subuh, dan gagal mengerjakan solat pada waktunya. Sedangkan perkara itu boleh dielak dengan tidur pada awal waktu. Solat pada waktunya adalah lebih utama daripada bersukan pada waktu malam bagi memenuhi rasa ingin berseronok. Makcik ni tak berkata yang mereka bersukan hingga waktu subuh dan tak solat subuh.

4. Sukan malam yang membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan adalah tidak baik. Islam sentiasa meminta kita menjauhi zina dan antara perkara yang mendekatkan diri kita kepada zina adalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Tentu sekali tak ada bukti bagi perkara sebegini. Mana ada orang nak umum/ lapor ‘ saya telah melahirkan anak luar nikah kerana saya telah bergaul secara bebas dengan …..dalam program….’ . Nabi pernah bersabda (maksudnya lebih kurang): akan ada syaitan antara lelaki dan perempuan yang bersekedudukan. makcik ini cuma bimbang jika sukan ini mungkin membenarkan pergaulan bebas lelaki-perempuan. Itu sahaja.

5. Makcik ini mencadangkan para pemimpin melaungkan secara tegas dan menyeru secara jelas agar masyarakat kembali kepada Islam yang asal (Memenuhi tuntutan syara sepenuhnya-aurat, rasuah, akhlak, ibadat, etc). Maksudnya dengan cara membudayakan aktiviti keagamaan. Benar, ramai remaja rasa tak selesa dengan aktiviti agama seperti mendengar kuliah agama, unfortunately, but why? of course because they get used to too much entertainment. Namun jika kuliah diberi dalam suasana yang selesa dan penceramah pandai berucap, tentu ramai yang akan tertarik. Pendekatan menarik masyarakat agar mendengar mesej Islam (dalam apa jua bentuk, termasuk sukan ) adalah dakwah. Anyway, adakah program sukan malam ini memastikan anak muda perlu menutup aurat/ mendidik mereka akan cara menutup aurat/ mengingatkan mereka agar bersyukur kepada Allah atas nikmat kesihatan dan nikmat Islam yang diterima? Adakah perkara ini diucapkan kepada para peserta? Maybe not. Makcik ini cuma memberi pendapat bahawa hanya Islam penyelesai kepada masalah sosial remaja (muslim) sekarang-which is basicly true.

Anda mungkin menggambarkan situasi Islamik yang melampau. Namun ingin saya memberi sedikit gambaran akan penghayatan Islam umat Islam yang lampau. saintis islam menulis ‘insya Allah’ pada hujung teori mereka (contohnya persamaan kimia) bagi menggambarkan, tanpa izin Allah, tindak balas itu tidak akan berlaku. Believe me, no one would write this like this today!

16. RR - March 3, 2007

*error: (Memenuhi tuntutan syara sepenuhnya-menutup aurat,menjauhi rasuah, manjaga akhlak,menunaikan ibadat, etc)

17. Vivi - March 3, 2007

Salah satu golongan yang akan menerima lindungan arasy di padang mahsyar adalah pemuda yang hatinya terpaut pada masjid. Agaknya berapa ramai golongan pemuda yang solat 5 waktu di masjid?

18. Simson - March 3, 2007

Program sukan malam perlu dipelbagaikan mesejnya, selain bersukan mungkin kadang-kadang boleh buat pameran anti dadah, anti rasuah, bina keluarga bahagia, etc. Boleh juga buat program keagamaan, jadi tak delah nak sihat jasmani jer….huhuhu~

19. Amat kecewa dengan penghayatan Islam dikalangan remaja - March 3, 2007

1. kenapa remaja enggan ke masjid/program?
kerana mereka tak merasakan ada sebarang faedah mereka kesana

2. kenapa mereka fikir tak ada faedah ke masjid?
-tak banyak benda boleh dibuat, dengar ceramah je, bosan…(benda yg tak bosan adalah muzik, lagu, tarian, sukan, movie, gosip,berita sensasi, artis cantik/hensem)

3. kenapa jadi begini?
-kerana sering disajikan di tv, media cetak

4. apa yang perlu dibuat
-beritahu remaja ttg tanggungjawab mereka pada agama, pendidikan
-aktiviti: Islam tidak menghalang apa jua aktiviti, cuma memberi panduan dan kawalan agar manusia berkelakuan dalam batasan. Itu sahaja. pastikan semua benda dilakukan berlandaskan syara’.

20. e-joy - March 24, 2007

waduh2!!!!!!!!!!sakit hati mendengarnya………..sebagai anak muda sy rase terhina dgn pndgn makcik bedah ni OOOOiiiii!!!!!seolah2 mak cik ni O menganggap anak mude zaman sekarang dh mcm xde pegangan..kan elok kementerian mngdakn propgram sukan mlm ni..pling tidak..dpt mngelakkn dr prkre2 yg xsenonoh….bkn nye program tu open tnpe sbrg rules n regulation…xkn pgrm sukn mlm ni bleh jd smpai jd pesta tmpt kilang buat ank……ish!!!xlogik la mak cik O….sy rse kut mak cik br pndgan mcm ni coz ank mak cik sndri yg jd kupu2 mlm..ape2 hal pun tgk pd dri kte sndri n your family…jgn men sembur je bende2 cam ni..sy rse dlm 27juta rkyt malaysia ni…mak cik sorang je yg xstuju..knp?bgus sgt ke mkck ni….
KBS bkn main btgkus lumus mlakukan aktvti sukn mlm ni…ko men sdap2 je entam mak cik O!!!!!!!tujuan KBS wat bnde ni mgkn xnk gejala tdk sihat brlaku di kota kte ni…kn elok bkumpl rmai22..wat aktvti bfaedah cam ni…pling kuat pun otak kte dpt berjln dgn lancr..bkn mcm otak mak cik…xde mse depan…….lg satu kchatan anak2 mude pun elok bdn cergas…..
berblik pd keagamaan…bkn nye nk kate agame sy ni elok tp skurg2nye msih ade ilmu tu di dada…smemgnye ALLAH S.W.Tmahukn hambanya sntiase tunduk dan beribdah kpdNYA tp igt pesanan dlm al quran……TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM…….xkn kte nk pergi kejar sorg2 ank belia kite suh beribadat…mmg xjlan punyer…utk beribadah ni individu itu sndri kne pkir..dh besar mk cik bdk2 ni..msing2 tau pkir..cume kte jd penasihat mereka…..kutuk mengutuk pun dosa mak cik……
sng citer msing2 kne duk pkir sndri k…ape2 pun sye tetap prthankan pgrm KBS ni….GO GO GO GO……BELIA boleh!!!!!!!!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: