jump to navigation

REMAJA KELANTAN HAUSKAN PROGRAM MENGISI MASA MALAM HARI February 13, 2007

Posted by sinchan in remaja.
trackback

Lebih dari 2000 remaja telah membanjiri  stadium Sultan Mohammed 1v pada  hari  jumaat, malam sabtu 9 feb 2006 untuk bersama  manjayakan  program sukan malam  di Kota Bahru.

Mereka seolah-olah  dahaga akan program seperti ini dan seolah-olah masa  mereka kini terisi dengan adanya program-program seperti ini.

Walaupun ada halangan dari pihak  keselamatan yang menghalang  peserta mengadakan pertunjukan ‘Willie’ namun  para remaja nampaknya  berpuas hati dengan program yang dianjurkan pada malam itu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said berkata, perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan dalam mesyuarat yang diadakan Khamis lalu.
Katanya, jawatankuasa itu berpuas hati dengan hasil kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) berhubung keberkesanan program sukan malam dalam membendung kegiatan negatif di kalangan belia.

‘‘Kajian ini sekali gus menjawab segala keraguan yang ditimbulkan terhadap kemampuan program ini selain dilihat mampu menyuburkan gaya hidup sihat melalui budaya bersukan.

‘‘Mengenai acara sukan kita tidak tetapkan, terpulang kepada kesesuaian kemudahan yang ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program sukan malam peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Mohammed IV di sini malam tadi.

Comments»

1. Ana Kubang Kerian - February 13, 2007

Mungkin penduduk di sekitar Kota Bahru masih baru dengan program seperti ini dan banyak juga Pro dan Kontra yang kita dengar dari mereka,namun adalah lebih baik sukan ini di anjurkan selalu kerana ianya lebih baik daripada membawa Mawi ke Stadium ini yang mana ‘perasaan’ remaja yang keluar menonton konsert Mawi dan yang menghadiri program sukan malam ini amat berbeza sekali.

Sebagai ahli Puteri Kubang Kerian saya menyokong program ini di adakan selalu kerana sekurang-kurangnya ianya dapat mengisi kekosongan masa remaja daripada membuat perkara -perkara yang tidak berfaedah.

Tahniah kepada Azalina kerana berani mengadakan program berkenaan di Negeri Kelantan, walaupun ianya pada mulanya dijangkakan tidak mendapat sambutan , alhamdulillah , sambutan amat menggalakkan dan seolah-olah Azalina berjaya memecahkan ruyung untuk menyelinap masuk menawan hati orang-orang Kelantan.

Sekurang-kurangnya presepsi orang Kelantan terhadap Kerajaan mungkin akan berubah sedikit. Ini juga membuktikan bahawa remaja Kelantan dapat menerima program dari Kerajaan.

2. munir B - February 13, 2007

saya pun sokong jugak…patut sukan malam ni diadakan di semua negeri la..baru adil…semua orang mesti nak rasa macam mana bestnya sukan malam ni…saya nak minta la kementerian fikirkan cadangan saya ni…lepas tu baru boleh kita kembangkan dengan adakan program sukan malam ni pada tiap-tiap minggu atau 2 minggu sekali dalam sebulan…harap ada tindakan di pihak kementerian.

3. irfan bakhtiar - February 13, 2007

Saya rasa program ini juga tidak mendapat tentangan dari. Kerajaan negeri kelantan.mereka mungkin setuju dgn program sukan mlm ini yg tidak melanggar undang-undsng dan peraturan di negeri tersebut.pada mlm berkenaan bkn saja sukan bermotor telah di adakan .ianya termasuk sukan tomoi taekwando pertunjukan motor show dll.sebaiknya perlu di tambah beberapa sukan lagi yg melibatkan kaun wanita.

4. are~mad?? - February 17, 2007

sy turut sokong…remaja zman skarang xpuas dgn apa yg mreka lakukan…bkn je d kelantan…malah hmpir semua negeri d malaysia nie ada mat2 motor…mungkin mereka juga perlukan hiburan seperti ini…lbih2 lg d area kedah,kl dan slgor…d sbab kan mereka tiada tempat beraksi…mereka lakukan d jln raya…hrp ada kn la tmpt spesel utk dorg nie…

5. azman - February 22, 2007

sukan adalah satu aktiviti yang sihat. tidak kira di lakukan pada waktu malam ataupun siang. saya menyokong penuh pada alternatif kementeriann belia dan sukan mengadakan sukan malam kerana remaja-remaja kita akan tertumpu kat satu tempat sahaja pada waktu malam. tak perlu la pihak berkuasa memantau remaja kita di merata-rata tempat. satu lagi kelebihan sukan malam ini ialah dapat mengurangkan remaja-remaja berkeliaran ataupun melepak di merata-rata tempat ataupun tempat yang tidak sepatutnya dimasuki oleh remaja. banyak sukan yang boleh diadakan pada belah malam……….

6. deja - February 22, 2007

Alhamdulillah, program ini sebenarnya sedikit sebanyak telah membantu sebilangan belia di negara kita untuk mendidik gaya hidup yang sihat dan tidak tersasar daripada norma-norma kehidupan sebagai remaja.
Di samping itu program ini haruslah diberi suntikan baru supaya belia-belia kita tidak melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Yang menbuang masa dan tanpa hala tuju. Masalah utama yang mungkin akan berlaku adalah tempat untuk mereka atau belia itu sendiri melakukan aktiviti malam?? Adakah tempat itu memenuhi keperluan dan fasiliti yang cukup bagi sukan malam itu sendiri. Saya begitu bersetuju dengan cadanagn “are~mad” kawasan yang sesuai bagi belia ini untuk bersukan…

7. rempit jalanan - February 23, 2007

aku rasa mat2 rempit yg stay kat kelantan harus menceburi bidang skill moto spt willie,wikang,n many more la…….i hope mat2 rempit mestilah pandai gunakan kelebihan utk memajukan diri korang sebab aku rasa korang bleh pegi jauh kalo nak tau……korang boleh mitak peruntukan dari menteri belia dan sukan ala sape nama dia???????azalina er???????gitu la aku rasa…..remaja kelantan memang dahagakan aktiviti seperti ni…..

8. mc - February 23, 2007

Tahniah kepada YB Menteri Belia & Sukan kerana membawa satu program yang benar-benar memenuhi minat belia kini. Syabas juga kepada kerajaan persekutuan kerana menerima cadangan pihak KBS ini. Mek sebagai anak Kelantan suka lagi sekiranya pihak kerajaan Persekutan dan KBS khasnya dapat membina fasiliti khusus dan tetap untuk belia di Kelantan untuk menjalankan aktiviti sukan yang mereka gemari. Memang tidak di nafikan lagi, belia kita kini sememangnya kreatif dalam mereka program mereka sendiri. Tapi malangnya program tersebut dah berlawanan dengan undang-undang contohnya bakat mat-mat rempit kita di jalanan. Cantik program sukan malam yang di laksanakan oleh KBS tu, cantik lagi sekiranya program sebegitu di jadikan program semasa yang mana dapat memesongkan para belia yang tersasar dalam prgram haram sendiri.

9. COKLAT - February 23, 2007

Mat rempit kat kelantan 2,kalau nak lepaskan mabuk resing 2 biar ar yang sesuai…cuba wat kat litar ke?mane2 tempat yang selamat .kalau wat jalan dah jatuh menyusahkan je orang lain…mane tak nak panggilkan ambulan pastu jadi kes polis,yang tumpang lalu kat tempat 2 pun jadi mangsa,dah bersih tempat ko jatuh balik umah gan patah riuk!!Asallah bodoh sangat!kalau ko join mane2 tempat resing yang di benarkan kejaraan kan senag ko orang leh tunjuk skill korang wak moto!mane tahu kejaan nak anto ko orang luar negara tunjuk skill kat orang luar negara kan dapat naikkan nama negara!think positif!!!!!!!!k bubuy

10. QQ - March 3, 2007

1. Sekali baca, macam ada yang tak kena dengan tajuk ini.
Remaja Kelantan hauskan program mengisi masa malam hari ?!!!!

Sepatutnya waktu malam, remaja akan agak sibuk mentelaah…apa remaja tersebut sudah berbulan ke tidak ada apa-apa untuk dibuat pada waktu malam?

Macam ada kecenderungan politik aje dalam tajuk tersebut seolah-olah remaja di Kelantan tidak punya banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Saya remaja kelantan, saya tahu bahawa terdapat banyak masjid dan surau yang remaja boleh hadiri antara waktu maghrib dan isyak di mana ceramah/tazkirah/kuliah agama diberi. Marilah kita penuhi tuntutan rohani dengan mengimarahkan program tersebut. kemudian kalau ingin bersukan, barulah kita ke sukan malam.

Namun bila sebut sukan sepatutnya, ia membawa maksud aktiviti cergas. Saya lebih suka jika kerajaan (pusat/negeri) mengadakan program bola sepak/ seni pertahanan diri/kursus lumba motosikal di litar. Kalau hal permotoran, kan lebih elok ada kursus baiki kenderaan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: