jump to navigation

Kadang-kadang kesian juga tenguk Ina ni!! February 7, 2007

Posted by sinchan in hiburan.
trackback

Ternyata Farawahida mempunyai lebih ramai peminat berbanding empat lagi finalis yang lain termasuk Leez AF4, Marsha dan Amylea. Keputusan itu sedikit mengejutkan. Namun, mengukur dari bakat nyanyian masing-masing, Farawahida mempunyai kelebihan berbanding Ina. Sedangkan Ina lahir dalam dunia seni kerana isu sensasi dan kontroversi. Albumnya baru saja dipasarkan pada penghujung bulan laluBagaimanapun, sebagai bintang yang lahir hanya beberapa bulan, Ina wajar berasa bersyukur kerana dia berjaya menempatkan dirinya dalam senarai Top 5. Bukan semua artis mempunyai peluang itu jika mereka tidak popular, ini bermakna Ina juga antara artis popular.

Ina yang pertama kali menjejakkan kaki ke majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006, menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Dia masih mampu menguntum senyum biarpun ketika sedang melangkah masuk melalui sesi permaidani merah ada beberapa suara sinis melemparkan kata kesat termasuk dia tidak layak untuk bertanding dalam anugerah berprestij itu.

Dia sedar, itulah cabaran yang perlu dilalui apabila bergelar seorang selebriti. Ina menganggap kata-kata itu sebagai angin yang berlalu, tidak guna dia melenting kerana ia hanya akan mengganggu tumpuannya. Namun, katanya dia juga ada hati dan perasaan.

Mengulas mengenai kekalahannya, Ina sebenarnya amat bersyukur kerana kemenangan tidak berpihak kepadanya.

“Pertama sekali Ina bersyukur, mungkin bukan rezeki Ina. Andai kata kemenangan berpihak pada Ina, pasti ramai yang akan mempertikaikan sumbangan Ina dalam dunia seni. Jadi, Ina rasa lebih baiklah tewas daripada terus menimbulkan pertikaian yang tidak sudah-sudah.

“Bagaimanapun, Ina tidak akan putus asa. Ina tidak akan berhenti daripada meneruskan karier dalam bidang seni. Ina yang pilih jalan ini, jadi Ina harus teruskan selagi termampu,” katanya.

Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana namanya berada dalam senarai Top 5 biarpun dia bukan lahir daripada mana-mana program realiti.

“Ina datang daripada kosong, tidak tahu apa-apa. Alhamdulillah Ina melihat ada kemajuan dalam diri dan banyak juga pengetahuan yang Ina timba,” katanya.

Mengulas kemenangan Mawi pada malam itu, Ina berkata, dia tidak ada pertikaian mengenai kemenangan bintang realiti itu kerana sememangnya dia layak.

“Tahun ini masih lagi rezeki dia, Ina tumpang gembira. Bagi Ina dia sememangnya layak menerima anugerah itu kerana tidak dinafikan Mawi mempunyai ramai peminat,” katanya.

Comments»

1. Zarina Jamaluddin - February 7, 2007

Entahlah kadang saya juga kesian tenguk Ina Naim ni. Tapi nak buat macam mana sebab dia terpaksa bersaing dalam kehidupannya. hanya dia sahaja yang tahu bagaimana perasaannya terutama apabila menjadi bekas tunag penyanyi yang paling popular.

Namun Ina haruslah berhati-hati kerana di Kuala Lumpur ini ramai orang yang pakar mengambil kesempatan dalam keadaan kesususahan orang lain dan tidak kurang juga yang oportunis yang akan mengambil kesempatan.

Ini tidak sepatutnya mengubah apa yang telah dikurnaikan oleh Allah S.W.T hanya kerana mahu menyesuaikan diri dengan keadaan dan sekitar yang mahu diceburinya. Just be yourself.

Tapi segalanya sudah berlalu dan Ina kini telah berada di persada persaingan. teruskan perjuangan mu dengan bekerja dengan lebih keras.
Sekali Ina bermula , jangan berundur lagi.

Percaya kepada qada’ dan qadar. Perpisahan dengan Mawi mungkin banyak hikmahnya dan mungkin lelaki yang sesuai untuk Ina. Mawi yang Ina kenal dahulu bukan lagi Mawi sekarang. Mawi sekarang sudah kaya , sudah glamour dan sudah bertaraf 7 star.

Mawi tidak lagi mempunyai selera kepada perempuan comot dari kampung, Mawi sekarang mahukan isteri yang glamour juga dan sudah pandai peri memancing dan hantar ikan pada subuh-subuh hari di rumah artis.(sebab dia artis)

tak perlulah Ina kenang semua itu – teruskan perjuangan Ina.

2. taib andak - February 7, 2007

Terpulang pada nawaitu ina menjadi seorang artis. Adakah kerana dendam kpd mawi atau sememangnya mahu mengilap bakat. Sebagai seorang artis.jika baik nawaitu ina baik lah balasan yg akan diterima oleh ina nanti. Jika buruk niatnya lantas buruklah yg akan diterimanya.apa apa juga simpati terhadap ina tetap ada kerana memahami perasaan dan kekecewaan yg dilalui oleh ina.harapan pula agar ina tidak bergantunng kpd simpati.tak. Dgr lagi album ina.rasanya publisiti album ini gagal.perlulah dipertingkatkan promos

3. azam ismail - February 12, 2007

Tapi dengar khabar mereka kini telah berbaik-baik semula. Sewaktu bersua di anugerah bintang popular BH baru ini Mawi sempat melemparkan senyuman kepada Ina , eloklah macam tu kan.

4. Ana Kubang Kerian - February 13, 2007

Bagi saya , Ina menumpang publisiti dan kepopulariti Mawi. Bakat bukan ada sangat , rupa pula bertambah teruk jika dibandingkan dengan Ina Original dahulu.

5. aji - February 15, 2007

ina nampak macam terlalu nak kejar glamer.semua dia nak.jadi model lah..buat buku lah..nyanyi laa…tamak sangat.kalau fokus satu benda je mesti boleh pegi jauh.
semoga berjaya

6. suara johor - February 22, 2007

ina ni bukannya ada bakat… setakat kontraversi je dengan mawi. kalau tak ade bakat macam mane nak menang dalam ape-ape juga pertandingan. dia terpilih menjadi top 5 pun disebabkan peminat yang kesian kat dia sebab mawi dah putuskan pertunangan dengan dia. lagipun dia popular sebab menerbitkan novel tentang kehidupan dia,bosan juga dengar rintihan hati dia tu…macam la dia sorang yang pernah alami peristiwa mcm tu…tapi kdg2 kecian jg tengok dia tu asyik dijdkn buah mulut orang ramai je lg2 orang yg tak ske pd ina…..cantik tu memang cantik tapi kalau perangai tak baik tak guna jg.

7. mawar - February 22, 2007

Rsenye dh kre ok la tue coz die dpt msk top 5.die pun msk dnia seni bkn sbb bkt die…..psl kntrovrsi ngn mawi trus mltp2.pmnt-pmnt nie pun mnt die sbb ksian………………..kdg2 bsn gak tgk die.buat nvl la………buat albm la………….pdhal suarre x la sdp mneeeee…………….mcm mraih smpti org plak.
Tp kdg2 sian gak tgk die.tp nak wat cmne.dh nsb………………mayb die wat sume nie coz nk bls dndm ngn mawi.tp wlaupapepun cre die x btl.
nmpk cm nk kjr glmor plak.lastly,whatever la.jnj bhgia…………

8. citra anggun - February 22, 2007

alahai ina ina,, boring dengar cerita pasal kau… tapi x pelah nk buat cam mane kau dah terlanjur popular sekarang… anyway, benda yang lama biar ar lepas tak yah ar nak bukak balik……just go on dengan kerier kau sekarang!!kalau nak jadi diva popular pun, kalau dapat lah yek!!jangan nak tumpang glamor ex-fiancee ko…. mula dari bawah cam siti nurhaliza, ni tak alih-alih nak ngetop jek!!!!!!!!!! kalau nak usha pun cari ar publisiti sendiri tak yah nak campur glemor dengan orang lain,wat pedih telinge jek!!coz nanti ko jugek yang ne hentam kan?????so,kalau dah standby nak jadi glemor ready ar dengan semua kritikan!!!!!!!! K cau!!!!

9. budak_nakal - February 22, 2007

aku setuju dengan apa yg dicakapkan oleh suara johor, memang ina muncul bukan kerana bakat yang ada padanya. tapi perlu diingat, sekarang ina sudah ada peminatnya sendiri, ini menunjukkan yang belia sudah ada peminatnya sendiri yang mungkin meminatinya kerana personalitinya yang sopan. selepas kontrovasi antara ina dan mawi, bakat yg ada padanya dapat dicungkil oleh syarikat rakaman, jadi benda ni merupakan satu rezeki buat ini sekeluarga….semoga selepas ini ina makin succes dalm kariernya….aku bukan nak sokong ke apa, cuma sekurang-kurangnya merasa bangga dapat melihat anak melayu kita berjaya..orang kita ni memang pantang bila tengok melayu lain yang bangkit menuju kejayaan…sekadar peringatan untuk semua dan untuk diri aku juga..

10. aku layan jerk - February 22, 2007

urmmm….first time saya nak gtau r,,,,saya pun bukan minat sangat ina ni……mawi pun saya geli.nk tau sebab pe?????dia tu dah la belagak lepas menang AF…..dulu masa study kat AF,,punya la merendah diri….lastly dah menang,,,lupa daratan…lupa tunang……sampai putuskan pertunangan….yang saya pelik,,,nape media kucar kacir nak glamorkan ina???????dia tu sekadar orang biasa….n then nape ada ada syarikat yang sudi sponsor n rakamkan album dia???????nape media ngan masyarakat pilih dia sebagai top 5 kt ABP06????????ina tu,,dh putus pertunangan pn nape sibuk2 nak dkat2 ngan mawi??????pastu ngada2 nak jadi……saya tengok kat melodi,,dia nak ikut jejak mawi…..nak jadi artis la katakan…….sebab nak cri publisiti ke?????????

11. johor boy - February 22, 2007

byk persepsi masyarakat terhadap ina.mendengar pada album pertama x boleh dikatakan baik.terlalu banyak kelemahan yang ditunjukkan.ina pernah berkata dia bersyukur dapat sampai ke tahap ini,tp ini semua berlaku kerana mawi.ina juga berkata kemenangan mawi kerana dia mmg layak walaupun mawi hanyalah datang dari program realiti.peminat mungkin mengundi sampaikan ina masuk top-5 adalah kerana peminat mawi kesian kepada ina.dengan sambutn industri yang semakin hambar adalah sukar bagi insan bernama ina naim menjadi artis popular.sebaiknya lupakan saja harapan untuk menjadi popular seperti mawi.x kan ina nak jadi ‘saliha’ untuk filem mawi nanti..

12. pembenci artis - February 22, 2007

sejak aku dengar jerk nama kau…….aku dah rasa kau nie pompuan yg suke mtk simpati kat masyarakat………kau nie mmg suke mgejar glamour ker..???

13. suara johor - February 22, 2007

ina ko mmg tak patutlah nak famous dgan populariti mawi.WORLD!!!!!
ko klau nak jadi artis dari bawahlah.payah tul nak tengok org melayu senang…………aku pun x tahu nak ckp apa lagi..ok pikir secara logik…

14. glem - February 22, 2007

itulah org kata…kalau orang lain nak glmer dia pun nak glamer gak.biasalah dah dikatakan manusiakan.tapi takpelah mungkin ini rezeki ina.yelah dari dahulunya gadis felda yang duduk di kampung sekarang dah terkenal satu malaya….

15. are-dak 88 - March 24, 2007

Sy s’pendpt ngan Ana memang ina menumpang popularliti mawi!!!!!ina nie s’olah2 m’minta smpati ngn org rmai m’genai kontroversinya ngn mawi ….rmai jgk artis skrng yg puts tunang,bercerai tp dyrg x da la mcm isu ina ngn mawi ini!!!!heboh 1 malaysia…..

16. Miss Aquarius - September 26, 2007

Lantak laa ko nak jadi aper ina…skrng kau dah jadi bini orang..jangan sia siakan. nanti kerana nak balas dendam hati orang lain lak yang kena guris. jangan sesekali kau buat macam tue,kang tak bau syurga. dah dapat suami yang soleh dan lurus jangan nak naik kepal. pasal mawi biarkanlah… korang dah pilih jln hidup masing2. engkau tu kalau boleh kerja amik satu jer la. ade ke masa nak jaga suami.
semoga ikatan perkahwinan kau ini kekal lama skit, jgn nak main main

17. Nuar - September 27, 2007

Kesian ina,die xtahu pe yg die bwt..Smpai die xsdr org len amik ksmptn kt dia


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: