jump to navigation

Kesah Geng perempuan? February 5, 2007

Posted by sinchan in remaja.
trackback

KUALA LUMPUR: Sukar untuk percaya apabila sekumpulan pelajar perempuan tingkatan dua berlagak seperti kumpulan samseng, apabila didakwa menyerang dan membuli seorang pelajar junior di kawasan sekolah, baru-baru ini.
Berikutan kejadian itu, mangsa, pelajar tingkatan satu kini trauma hingga terpaksa membuat dua laporan di Balai Polis Kajang.Akibat tertekan, mangsa yang dikenali sebagai Szerina, 13, enggan ke sekolah kerana khuatir akan terus menjadi mangsa kumpulan pelajar nakal terbabit.Szerina mendakwa kali pertama dia dibuli enam pelajar perempuan tingkatan dua ketika pulang dari sekolah pada 4 Januari lalu.“Selepas bertanyakan nama, mereka menarik beg sekolah menyebabkan saya terjatuh. Saya yang terpinga-pinga dengan kejadian itu terus menangis. Mereka kemudian memberi amaran dan mengugut akan memukul saya.“Dengan ditemani ibu, saya membuat laporan di Balai Polis Kajang pada malam hari berkenaan,” katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini, semalam.Szerina berkata, dia sekali lagi dibuli dua pelajar senior anggota kumpulan pelajar perempuan yang menyerangnya, selang beberapa hari kemudian.
“Kejadian berlaku jam 5.30 petang ketika saya keluar dari surau dan didatangi dua pelajar perempuan. Tanpa usul periksa, mereka terus menampar saya.
“Khuatir keselamatan diri, saya menemui guru penyelia. Malangnya, aduan saya dianggap remeh dan cikgu terbabit menuduh saya sengaja mencari pasal.“Tidak puas hati dengan jawapan cikgu itu, dengan ditemani kakak, kami sekali lagi ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan pada malamnya,” katanya.Sementara itu, ibu mangsa, Rohani Ahmad, 44, kecewa dengan tindakan pentadbiran sekolah berkenaan yang tidak mahu mengambil tindakan terhadap pelajarnya yang tidak berdisiplin.“Perbuatan sekumpulan pelajar senior seolah-olah mencerminkan budaya samseng di sekolah itu kini semakin menular. Saya berpendapat pihak sekolah sengaja tidak mahu mengambil tindakan walaupun mengetahui perkara sebenar dan beranggapan aduan anak saya remeh.“Apa yang mengecewakan, pihak sekolah seperti menutup mata dan menuduh anak saya yang memulakan setiap kali perkara buli berlaku. Secara logiknya apakah pelajar junior bersendirian boleh membuli pelajar senior yang ramai,” katanya.Rohani berkata, tidak tahan dengan sikap sambil lewa pentadbiran sekolah dan khuatir kejadian sama berulang, beliau kini sedang menguruskan perpindahan anaknya ke sekolah lain.“Bagaimanapun, dalam borang perpindahan itu saya diarah tidak menulis alasan berpindah kerana dibuli, sebaliknya masalah pengangkutan. Ternyata, pihak sekolah sengaja cuba menyembunyikan kenyataan itu daripada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat.“Saya berharap pegawai jabatan pelajaran atau kementerian datang membuat siasatan. Janganlah apabila sudah ada pelajar yang cedera parah atau membabitkan kematian, barulah kelam-kabut menjalankan tugas,” katanya.Mengapa perkara  sebegini  boleh berlaku dan siapa  seharusnya kita persalahakan? ibu bapa atau guru ?

Comments»

1. melini - February 5, 2007

Kita tidak boleh metakkan semua tanggungjawab kepada guru sekolah sahaja, kerana asas rohani datangnya dari rumah. Guru hanya mempunyai bebearapa jam sahaja untuk mendidik anak-anak dalam masa sehari dan guru juga mempunyai tanggungjawab mendidik ramai anak-anak berbanding dengan ibu bapa.

2. JAMALUDDIN IMBI - February 5, 2007

Pergaulan anak-anak perlu diberikan perhatian kerana kawan-kawan juga mudah mempengaruhi mereka. Pergaulan di sekolah perlu diawasi oleh guru-guru kerana ibu bapa tidak tahu dan tidak dapat mengawal anak-anak ketika di sekolah.

Guru disipilin septutnya dapat mengesan akan kumpulan dan juga tingkah laku anak-anak di sekolah dan mereka lah seharusnya memainkan peranan untuk mengawal pertumbuhan awal kumpulan ini disekolah. Adalah tidak patut seorang guru disipilin melepaskan tanggungjawab yang dipukul di sekolah dan perkara ini seharusnya dapat diselesaikan oleh guru jika mereka lebih perihatin akan gerak geri pelajar mereka.

3. azimah kadir - February 5, 2007

Ibu bapa juga harus mengambil berat tentang kegiatan anak-anak selepas mahupun waktu dlm sek.parent sepatutnyaa banyak berinteraksi dgn anak-anak selalu utk mengetahui akn perkembangan mereka.cara begini mungkin berkesan utk mengawal mereka.

4. zinuri ismail - February 5, 2007

Nubgkib ibi rare cases.jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga.dari pengamatan saya bdk yg kena buli ini mungkin punya masalah juga.lagipun kes. Sebegini bukannya satu gejala yg telah melanda gadis remaja kita.kes one. In a million.

5. lina jb - February 5, 2007

Saya setuju bahawa kemungkinan inikes yg jarang berlaku dan secara kebetulan.anak gadis kita tidak lagi sampai ke tahap sebegini tidak mustahil juga ianya boleh berlaku di bandar besar akibat kebebasan kehidupan yg tidak terbatas dan kedibukan parents yg gagal mendekati anak2 yg membuatkan mereka terabai.

6. donjuan - February 5, 2007

Kementerian pelajaran perlu menangani masalah geng di sekolah2. Bkn hanya geng lelaki tetapi geng wanita juga.sebelun ia nya menjadi satu kemelut yg lebih buruk ianya harus ditangani segera.

7. Minah sedih - February 6, 2007

Mengapa macam-macam sangat perkara mungkar terjadi sekarang, apakah anak-anaka remaja kini telah hilang kawalan. semalam anak kecil yang tidak berdoas di ragut nyawa mungkin oleh ibu atau sesiapa saja yang tidak bermoral di Seremban. Apakah manusia kah binatang mereka yang melakukan ini.Tidak kah mereka ini mempunyai hati dan perasaan.
Inilah pentingnya Pak Lah mahu menerapkan modal insan. Untuk menerapkan budaya yang bersih dikalangan kita remaja.
Saya masih geram…berdoa agar binatang yang membuang anak itu akan menrima hukuman yang setimpal. Binatang pun sayang kat anak……

8. Mak cik zainab - February 6, 2007

inilah yg makcik selalu bising kat anak mak cik kerana tidak mahu terjadi kes-kes buang anak. Apabila terdesak dan hilang pertimbangan dan yang empunya tanggungjawab telah lari dan tinggalkan si permpuan menanggung semua bahana.

Kerana pendik akal , inilah yang akan terjadi.

Anak-anak dengar lah nasihat Mak Cik……

Jangan terlalu mempercayai sesiapa sahaja , kena perlu ada sikap curiga kerana jika berlaku perkara yang tidak baik , anak-anak juga yang akan menanggungnya sendiri. Mereka akan lepas tangan. Akhirnya anak-anak yang akan menangggung musibahnya.

Buktikan kepada dunia bahawa Young Malaysian adalah yaoung Malaysian yang terbaik. Sama -sama lah kita berbangga menjadi Young Malaysian.

9. Ana Kubang Kerian - February 13, 2007

Mana ada geng-geng perempuan kat Malaysia ni, mungkin ini hanya satu kes yang di perbesarkan sahaja.

10. bekas pelajar skola - February 20, 2007

knp pentadbiran skola 2 mcm 2??ade ke ptt bdk junior yg dikte buli bdk senior??xlogik lgsg,,dah la dye sorg2,,sepatutnye skola trus je siasat,,mcm skola lme sy dlu,bgs je,,cewah!!

hm salunye bermule dr perkara yg remeh temeh ni la dak2 ponpuan 2 bley wat bnd yg lg extrem,,yela skola bkn peduli pn dgn tndkn dorg..org yg kne buli dah wat aduan twice pn still xamek any action,,

kpd adek yg kne 2..or sesape je yg penah kne buli,,jgn takut,,go and lodge police report,,sepndai2 tupai x ke mn nye..mst jatoh kt tnh gk,,

mm dont 4get to pray and mntk la kt tuhan spy Dia bg petunjuk and hidayah kt org2 yg wat jht,,salunye dorg jd cm2 bcos lack of pendidikan agame,,yela org yg percaye tuhan ade mst xkn wat keje2 cm2,,sbb Allah dah kte dlm al-quran,,org2 yg melakukan kerosakan pd muka bumi..tmptnye hanyelah dlm neraka jahanam,,

so jgn risau,,klo dorg xkne seksaan kt dunia,,Allah mst bg gk seksaan kt akhirat nnt..(“,)

11. bodoh jek muka dak ni - February 22, 2007

akum…………aku mitak maaf kat sape yang trasa masa baca mesej aku ar ni k………kekadang aku pelik tengok budak2 skrg……kerek jek….umo baru setahun jagung,blum kuar bunga lagi,,tapi dah nak jadi samseng…….!!!!!!!!!!!!apa kejadahnye samseng2 skrg yang berleluasa di kota2 besar or di desa,,,sedangkan mak bapak menunggu anaknya di rumah..mengharapkan kejayaan anak sendiri…..plez ar…………tobat ar kawan………kita ni orang melayu……………..k??????????????????????????????????????????????????

12. budak nakal - February 22, 2007

tak mustahil dalam era teknologi ni memang benda2 sebegini terjadi..yang penting perlu ada kerjasama dan sokongan daripada semua pihak.jangan nak salahkan sekolah jer, mak bapak pun perlu mainkan peranan plak…bukannye anak beruk, anak orang anak korang ler jugak. pihak Kementerian juga patut melakukan pemantauan dan kawalan terhadap pengurusan sekolah2 supaya perkara sebegini dapat ditangani dengan lebih bijak. jangan dah terjadi baru kelam kabut nak cari jalan penyelesaian….

13. kayangan - February 23, 2007

mungkin ini satu kejutan budaya di dalam kalangan remaja masa kini yang masyarakat kurang ambil perhatian.tapi bile kejadian seperti ini berlaku mugkin ada sesetengah orang akan terkejut.tapi perkara ini bukan lagi satu fenomena baru malah sudah lama berlaku.cuma perkara ini agak remeh kepada sesiapa yang bertanggungjawab.
kepada pentadbiran sesebuah sekolah harap perkara ini diambil serius kerana masalah ni akan menjadi trend kepada pelajar sekolah terutama kepada remaja perempuan…..’jangan sangka seseorang yang lemah lembut itu boleh berubah dalam sekelip mata’.

14. ojoy oi!!!! - February 23, 2007

Segelintir remaja prmpuan pd msa kini byk trpengaruh dgn rakan sebaya mereka..!! mereka byk trlibat dgn gejala sosial spt ojoy oi poloi89….!!!!!
knal x ojoy oi poloi89?x eh?…….Em,ojoy tu smemang nye machoh tp hancor ckit……..kesimpulannye,,”MAJULAH OJOY UNTK OI POLOI89”!!!!!!

15. aleeya - February 23, 2007

‘kes samseng perempuan’ adalah isu yang mengejutkan semua pihak di negara ini yang melibatkan golongan remaja perempuan bawah umur. Dalam hal ini, banyak faktor yang mempengaruhi terjadinya kes-kes sebegini. Yang pertama, diri sendiri. Pelajar tersebut seharusnya pandai mengawal diri untuk tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan meruntuhkan akhlak walaupun dipengaruhi oleh rakan sebaya. Seharusnya pelajar itu berfikiran positif serta membudayakan dan menerapkan nilai-nilai positif dalam diri tanpa dikuasai oleh orang lain. Faktor yang kedua, ibu bapa. Penerapan nilai2 agama dan gaya hidup yang betul dan tersusun dari rumah adalah penting dalam membentuk gaya hidup dan pemikiran anak-anak walaupun berjauhan dari keluarga selepas itu untuk menjalani kehidupan di asrama.

16. lanun - February 23, 2007

pada masa sekarang ni pelbagai pihak yang perlu ambil peranan dalam hai ni.bukan pihak guru sahaja yang patut dipersalahkan.peranan ibu bapa remaja itu sendiri harus mainkan peranan yang sepatutnya.ibu bapa harusla mendalami perasaan anak itu sendiri.pantau pergerakannya,bukan maksud mengongkong tapi untuk kebaikan.remaja itu sendiri harus mengamalkan sikap terbuka apabila ada senior lain menegurnya.mungkin pada mata mereka, ada yang tak kene dengan remaja itu sendiri.apa-apa teguran harus di ambil berat.dan kepada yang membuli itu,mereka menganggap mereka kuat sebab ada penyokong.cuba fikir takde penyokong,terjadi tak masalah ni?

17. ojoy oiill - February 23, 2007

cayalah………!!!!!!!!!ALEEYA…….aku respeklh kat ko………

18. lelaki buaya daratzZz...!!! - February 23, 2007

aku sebenarnye mls nk ckp banyak…….!!! nk komen pon sebena nye x pandai,,tu yg x tau nk komen ape…em,,k,bye….!!!!

19. COKLAT - February 23, 2007

KES BEBUDAK SAMSING POMPUAN NI SEMUA NAK PANASKAN TEMPAT ISU NI!!TAK MUNGKIN POMPUAN JADI SAMSING COZ,POMPUAN YANG JADI CAM TU,PENAKUT SEBENARNYE,NAK BELAGAK JADI KUAT CAM LAKI TAPI NE KEJAR PEROGOL BESIRI CABUT GAK LARI..SO,SAPE2 AR YANG PONPUAN NAK JADI SAMSING LUPEKANLAH DAH ALLAH JADIKAN JENIS KELAMIN POMPUAN 2 TERIMA JELAH TAK PAYAH NAK JADI JAGUH ..TAK SESUAI DENGAN PERIBADI KO LAH!!!

20. aik?? - February 25, 2007

huhu,,
pedas gle komen coklat nih,,haha

21. Yonex Lee - September 18, 2007

Pandai-pandai bawa diri pada masa kini kerana kumpulan samseng berleluasa.

22. mw tw aja - February 28, 2008

sange nie

23. aku - February 28, 2008

blang aja ma semua perempuan klo brani mndingan jangan berantem ! mndingan ja ngewe masal ma drumer penalty kick kan jd enak otreh………….

24. joe - December 16, 2008

akum……..nmpk nya mcm samseng ja ne..taubat lbh slgi msi hdup………………heheheheheheheh ikut mcm sia bh..hehe

25. pensil - March 5, 2009

mcm2 skang ni yek?bkn tkat dak laki je kna cop smseng skang ni girl pn kna gak…tp btul ke??ada bukti ke??cume kt cni kta leh ckp pndai2 lh bwak dri n jga dri 2…zman skang ni kn segalanye serba maju…. tp hakikatnya…serba hancur…..wallahuallm…..

26. pensil - March 5, 2009

ikut nasihat mak n ayah dh leeeeeeeeee usah pnjngkan cter 2..hdop pn slamat…

27. bola kampung - August 6, 2009

npe x lwn blek je?? u jgnla lembek sgt.. 2 yg ne buli 2.. lau u kuat n tough mst u smat tw.. so i cdgkn remaja pmpn skg join kls taekwando ker n yg sewk2 gn nyela.. bkn tuk tjuan mmbuli tp protection..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: