jump to navigation

50 kompleks sukan komuniti idea bagus – tapi mana dia ? January 31, 2007

Posted by sinchan in Belia.
trackback

kompleks1.jpgKompleks Sukan Komuniti yang bakal diwujudkan di 50 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara merupakan langkah sulung Kementerian Belia dan Sukan membangunkan sukan sehingga ke peringkat akar umbi.Menterinya, Datuk Azalina Othman Said berkata, melalui pembinaan kompleks komuniti ini, orang ramai boleh menikmati pelbagai kemudahan sukan dan tidak hanya terhad kepada gelanggang terbuka yang terdapat di seluruh negara ketika ini.

Menurut beliau, kementerian juga berhasrat mewujudkan gelanggang sukan terbuka pelbagai guna di setiap DUN dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi membolehkan misi pembangunan sukan sebagai modal insan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dapat diteruskan.

“Kementerian bersetuju peranan besar harus dimainkan oleh masyarakat luar bandar termasuk di setiap DUN kerana pendekatan kita dalam RMK-9 ialah sukan sebagai alat pembangunan modal insan.

“Kewujudan Kompleks Sukan Komuniti yang dimulakan hari ini mempunyai pendekatan serampang dua mata iaitu membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan mencari bakat-bakat baru dalam pelbagai bidang sukan untuk ke peringkat lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian pecah tanah Kompleks Sukan Komuniti DUN Serom yang disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pulau Penarik, Sungai Mati di sini, hari ini.

Kompleks Sukan Komuniti DUN Serom yang menelan belanja RM3 juta itu dijangka siap dalam tempoh 18 bulan, menyediakan pelbagai kemudahan sukan untuk penduduk DUN terbabit.

Menurut Azalina, kerajaan berhasrat mewujudkan lebih banyak kemudahan sukan seperti itu bagi melahirkan jaguh-jaguh sukan tanpa perlu mengharapkan bakat-bakat yang dibentuk oleh persatuan-persatuan utama atau Majlis Sukan Negara (MSN).

Ekoran itu katanya, kementerian menyediakan peruntukan RM3 juta bagi pembinaan kira-kira 50 Kompleks Sukan Komuniti manakala sejumlah RM100,000 diperlukan bagi membina gelanggang sukan terbuka pelbagai guna di semua 537 DUN di seluruh negara.

“Gelanggang terbuka juga bakal dilengkapi kemudahan pelbagai jenis sukan termasuk futsal dan badminton,” katanya.

Tambah beliau, kementerian berharap dengan kemudahan sukan itu, orang ramai termasuk ketua kampung dan wakil rakyat akan lebih berminat untuk menyertai aktiviti sukan.

Dalam pada itu, katanya, kewujudan Kompleks Sukan Komuniti bakal menyelesaikan masalah gelanggang sukan milik persatuan atau kelab yang ‘terlalu mahal’ dibina sehingga menyukarkan ia dibuka dan beroperasi kepada orang ramai.

“Saya menerima laporan bahawa banyak kumpulan sukan yang tidak menggalakkan penggunaan gelanggang mereka contohnya, Kelab Rakan Muda, dan dengan adanya Kompleks Sukan Komuniti, ia dapat dinikmati oleh orang awam,” kata beliau.

Comments»

1. Idham Ibrahim - January 31, 2007

Memang betul yang datuk Azalina katakan , walaupun kita ada banyak kemudahan beriadah , tetapi tempat-tempat ini sukar untuk belia gunakan kerana ianya di kawal oleh mereka yang berkuasa. Apakah kompleks sukan komuniti menjanjikan kemudahan yang benar-benar dapat di gunakan oleh belia untuk beriadah.

Suakan bukan hanya untuk menang bertanding, sukan juga boleh dijadikan satu budaya remaja mempunyai budaya bersukan sebagai satu amalan hidup kerana dengan sukan boleh membentuk modal insan seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri.

Masalahnya …sehingga hari ini , baru satu sahaja komleks sukan komuniti ini di rasmikan untuk majlis pecah tanah. Kenapa lembab sangat penglaksanaan komleks ini sedangkan projek ini telah di luluskan dalam rancangan Mal ke 9.

2. ejarll - January 31, 2007

wahai sdara…..
sabar la…projek nie menelan blanja bsr jd prosesnya juga perlu mengambil masa…jgn bimbang semua penduduk akan dpt menikmatinya sepertimana di PENGERANG…….

3. Idham Ibrahim - January 31, 2007

Macam bunyi cakap orang-orang Politik sahaja. Saya juga ada mendengar berita tetapi tidak tahu sejauh mana benarnya berita ini. Pihak Kem Belia dan Sukan menghadapi Masalah dengan pihak MOF untuk membangunkan kompleks sukan ini.
Kelewatan yang berlaku adalah kerana MOF mempunyai banyak protokol untuk meluluskan sesuatu projrk walaupun projek ini telah diluluskan dalam RMK9

4. Ramnaidu - January 31, 2007

Sepatutnya perkara yang baik seperti ini perlu dilaksanakan dengan segera. Jangan terlalu banyak birokrasi dalam menglaksanakan projek yang baik kerana ini akan melumpuhkan perancangan yang telah di jalankan.

5. zainal alamin - January 31, 2007

-untuk membudayakan sukan kerajaan perlu menanam minat dan budaya bersukan kepada semua peringkat rakyat baik yg nuda nahu yd tua.kerajaan juga perlu menyediakan kemudshan bersukan di seberapa banyak yg boleh.rakyat tidak perlu stadium yg besar dan juga kelengkapan yg canggih kerana ianya cukup sekadar rakyat boleh melakukan dan membudayakan sukan berkenaan. Stadium komuniti yg habgat diperkatakan sememangnya di nantikan oleh rakyat.sebaiknya stadiun ibi dipercepatkan dan lahir di sini seirang juara.

6. Dutchlady - February 2, 2007

Kompleks Sukan Komuniti adalah langkah kerajaan yang patut dipuji. Memang lah kalau nak bersukan tu… kat mana-mana pun boleh, tapi tujuan Kementerian membina KSK ini adalah untuk manfaat rakyat juga. Memanglah telah diluluskan dalam RMK9, tapi untuk membina kompleks ini, haruslah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Kita mahu KSK ini nanti dapat memberikan manfaat pada orang ramai dan sudah tentulah kita nak bangunan ini nanti bertahan lama. Kalau nak bina cepat-cepat, macam mana pula dengan outcome nya nanti.

Kerajaan mahu membudayakan sukan di setiap peringkat masyakat Malaysia. Ini merupakan salah satu usaha Kerajaan dan kita sepatutnya melihat dari sudut positif dan bukannya setiap kali program-program atau projek kerajaan dikeluarkan, masyarakat hanya tahu nak cari salahnya.

7. zaihan ashraff - February 2, 2007

Bolehkah kami mendapat maklumat mengenai komplek sukan komuniti ini, dimana – berapa besar dan apakah kemudahan yang akan kemi perolihi. Apakah komplek ini akan di ‘manage’ oleh majlis perbandaran seperti komplek-komplek lain. sesaiapa yang tahu – harap dapat memberikan maklumat mengenai komplek ini.

8. mat budget - February 6, 2007

Tak kanlah nak tunggu sampai umumkan RMK10 pulak baru nak mula. Tentu bila Pak Lah umumkan RMK9 dah ada budget yang tersedia. Hairan gak kenapa MOF tahan budget itu.

9. anaksabah - February 6, 2007

lagi rungutan mengenai kompleks sukan yang lambat dibina

Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan diminta mempercepatkan usaha mewujudkan kompleks sukan komuniti di luar bandar Sabah berikutan kekurangan kemudahan itu bagi menjalankan aktviti sukan.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee, berkata kompleks sukan komuniti akan memberi peluang kepada belia luar bandar menyertai aktiviti sukan yang diminati.

“Kita yakin ramai bakat muda berpotensi boleh dicungkil di peringkat daerah jika kemudahan ini dapat diwujudkan,” katanya ketika merasmikan Sukan Futsal anjuran Kelab Sukan Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk.

Kiandee berkata, daerah itu memerlukan infrastruktur sukan yang baik bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Beliau berkata, pengumuman Kementerian Belia dan Sukan untuk mewujudkan kompleks sukan komuniti di setiap Parlimen memberi harapan tinggi kepada belia dan ahli sukan di daerah itu.

“Bagaimanapun, selepas tiga tahun berlalu, kewujudan Kompleks Sukan Komuniti masih dinanti rakyat luar bandar khususnya di negeri ini.

“Malah, kami sudah mencadangkan sebidang tanah bagi tujuan berkenaan,” katanya

10. kakibangku - February 11, 2007

ni la Malaysian people tak reti bersukan kalu takde faciliti

Guys n girls come up la its starts from ur self dont blame the faciliti blame urself yang tak support sukan negara kita

selama ni main kat tepi rumah bole tapi bila umum camni semua harap..kompleks jerr.we are malaysian bebbbb

why siddek family can?
because their family learn the history and work harder for it to get thomas cup and they the spirit of malaysian people and thier support

so can we ulang semula dengan support sukan kita macam zaman mokhtar dahari, santokh singh,

Malaysia boleh! biar kalah kita sokong jangan kita keji. Atlet kita pun manusia. Hanya mereka yang tahu keadaan masa they play the game. So kita cuma just support it. Easy!

By the time kompleks siap nanti kita tinggal Improve jer

Tak caya p la tengok pasukan silat olahraga vietnam dorang belatih dengan kelengkapan latihan yang dimodified dari bahan buangan seperti tayar lama dan besi terbuang. but they can improve

So dont say cannot be a sportsman when dont have kompleks sukan

WE ARE MALAYSIAN, WE CAN

11. F Abdullah - May 23, 2007

jangan jadi seperti ‘hangat hangat tahi ayam’…tetapi berpeganglah kepada..’gengam bara api sehingga menjadi…’

masalah ‘sustainability’, ‘endurance’ dan ‘maintenance’….

so…kita be positive and strive for the best…..kalau dah rancang dan kemudahan itu diadakan, jangan lah pula menjadi satu pembaziran nanti…

Inshalah…niat yang baik serta usaha akan membuahkan kejayaan

12. kaki sibuk - December 13, 2007

Kompleks Sukan Komuniti??? Boleh dilaksanakan.. Tapi tak tau samada peruntukan yg diperuntukkan termasuk kos tanah sekali atau tidak.. Sbb biasanya kalauy projek2 kerajaan ini proses pembelian tanah atau pengambilan balik tanah ambil masa yang lama. Tanah Kerajaan?? Kat ceruk mana.Mungkin kalau dibangunkan x de org nak datang sbb jauh sangat. Oleh itu, harap ada perancangan yg baik terutama dariaspek lokasi. Pejabat tanah n pej daerah n local authority juga perlu terlibat dlm pencarian tanah-tanah kerajaan yg masih kosong. Dahlah ahli parlimen sibuk kt KL, takut nanti projek jadi gajah putihlah plak.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: