jump to navigation

Program Sukan Malam galak remaja berpeleseran January 24, 2007

Posted by sinchan in Aktiviti.
trackback

sukan malam2Program Sukan Malam bakal menambahkan aktiviti berpeleseran dan keluar malam bagi golongan remaja serta menggalakkan lagi mat rempit melibatkan diri dalam dunia perlumbaan permotoran.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidik dan Kaunseling Universiti Malaya, Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, walaupun Sukan Bermotor Malam diadakan di kawasan khas, namun realitinya ia masih berlumba.

‘‘Sepatutnya, bagi menangani masalah itu, suatu pendekatan lain yang boleh mengalihkan minat ke arah perlumbaan permotoran perlu difikirkan,’’ katanya.

Selain itu, menurutnya, program ini hanya diadakan di bandar-bandar besar, bagaimana pula dengan luar bandar yang turut mempunyai masalah mat rempit.

‘‘Golongan ini akan tetap mengadakan lumba haram kerana kerajaan mengiktiraf perlumbaan seperti itu dengan mengadakan satu tempat khas untuk berlumba.

‘‘Program ini turut mengundang masalah keluar malam bagi golongan remaja. Ini menyukarkan ibu bapa mengawal tingkah laku golongan berkenaan kerana mereka akan memberi alasan untuk menyertai program sukan tetapi pergi ke tempat lain.

‘‘Begitu juga dengan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal sehingga timbul masalah sosial lain yang menggambarkan imej remaja tidak sihat,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Aktiviti

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai program Sukan Malam yang dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan semalam bagi menangani masalah mat rempit di kalangan remaja.
Menterinya, Datuk Azalina Othman Said berkata, program tersebut diyakini dapat mengatasi masalah penagihan dadah dan penglibatan belia di kelab-kelab malam.

Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia (Pendidik), Dr. Rajiee Hadi turut bersetuju dengan pendapat Mariani.

Katanya, pada waktu malam adalah waktu untuk berehat setelah bekerja atau menjalankan aktiviti pada siang hari.

‘‘Sepatutnya, golongan remaja ini digembleng tenaga dalam meningkatkan produktiviti dan sekali gus menambahkan modal insan.

‘‘Kementerian tidak seharusnya menggalakkan mereka berfoya-foya dengan aktiviti yang boleh meletihkan pada waktu malam.

‘‘Cukuplah aktiviti sukan yang diadakan pada waktu petang,’’ ujarnya.

Beliau berkata: ‘‘Kelihatan program ini terlalu mengikut kehendak mat rempit, sudahlah mereka berminat untuk berlumba, kita galakkan pula mereka berbuat demikian serta menyediakan tempat khas

Comments»

1. sinchan - January 24, 2007

Sepatutnya Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidik dan Kaunseling Universiti Malaya, Dr. Mariani Mohd. Nor dan Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia (Pendidik), Dr. Rajiee Hadi perlu melihat usaha ini sebagai satu usaha yang positif dan tidak terus melebelkan program ini sebagai satu program yang tidak baik kerana ianya akan menggalakan anak-anak muda berpeleseran.

Mereka juga perlu melihat kepada objektif sukan malam ini diadakan di waktu malam dan bukan di waktu siang seperti yang mereka mahukan.

Tujuan utama kementerian belia dan sukan bukan lah untuk mencari pengisisan masa remaja di malam hari kerana di siang hari mereka telah mempunyai banyak aktiviti mereka sendiri dan siang bukanlah masalah yang mahu di tangani.

Fokus sebenar kita sekarang adalah malam dan bukan nya siang.

Jika kita mahu menangani masalah remaja di malam hari , apakah kita perlu mengadakan program di siang hari ?

Mengenai mat rempit pula Dr Mariani mengambil jalan mudah seperti yang lain hanya mahu menyalahkan mat rempit tanpa sebatang solution untuk mendekati mereka.

‘‘Sepatutnya, bagi menangani masalah itu, suatu pendekatan lain yang boleh mengalihkan minat ke arah perlumbaan permotoran perlu difikirkan,’’ kata mereka.

Namun sehingga hari ini mereka tidak pernah memberikan satu cadangan atau melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini dan apabila ada pihak lain yang mahu melakukan , mereka menentang dan mengatakan bahawa ini adalah merupakan satu program yang tidak baik.

Aktiviti sukan di malam hari ini adalah lebih baik dari tiada sebarang aktiviti yang dia adakan.

Jika tidak remaja akan tetap keluar dan berpeleseran di merata-rata tempat di malam minggu dan hari-hari Malaysia. Inilah golongan yang sebenarnya yang mahu di berikan perhatian.

‘‘Kelihatan program ini terlalu mengikut kehendak mat rempit, sudahlah mereka berminat untuk berlumba, kita galakkan pula mereka berbuat demikian serta menyediakan tempat khas.

Adalah lebih baik kita menyediakan tempat khas untuk mereka berlumba daripada mereka berlumba di jalan-jalan raya yang akan mengakibat kesusahan kepada pengguna jalan raya yang lain .

Jika kita mahu mempersoalkan mengenai remaja menipu ibu bapa untuk ke tempat lain, Apakah tanpa sukan ini mereka tidak boleh melakukannya. .

Mengapa Dr Mariani tidak pernah mempertikaikan remaja yang bermain futsal di pusat sukan futsal sehingga jam 3 pagi. Apakah mereka ini berpeleseran atau sememangnya Dr Maraiani tidak tahu bahawa ada banyak pusat futsal yang beroperasi sehingga lewat malam.

Apakah lebih baik remaja ini menyaksikan konsert rock, lepak di tepian jalan , lepak di kelab-kelab malam atau disco-disco dari bersukan malam. Kalau mereka mahu tipu ibu bapa mereka tanpa sukan ini pun mereka menipu.

2. Azlan Ayub - January 24, 2007

Tentu ramai yang mempertikaikan apabila sesuatu yang baik mahu dilakukan kepada remaja, kerana remaja sentiasa menjadi bahan belasahan. Mengapa mereka sebelum ini tidak memikirkan sesuatu yang baik untuk kami dan apabila ada pihak lain yang mahu lakukan sesuatu untuk kami dan ianya belum lagi terbukti ianya tidak baik dan mungkin juga ia nya baik untuk kami, mereka- mereka ini telah mula menentang…..aparaaaaa…..

3. ravana ismail - January 27, 2007

Setuju dengan Prof……. ini hanya menggalakkan lagi dan mengiktirafkan gejala mat rempit. Keneterian sepatutnya meimikrkan sesuatu yang lebih baik untuk mat rempit ini seperti mengadakan kursus-kursus kesedaran mengenai bahayanya merempit dan wang yang banyak yang digunakan untuk menganjurkan sukan malam ini seharusnya di gunakan bagi mengadakan perkemahan dan kesedaran di jalan raya. Ada kan konvoi secara berdisiplin dan beriukan mereka kesedaran. daripada menggalakkan mereka membuat wheely secara bahaya.

4. mat abu - January 29, 2007

come on la…lets be real…ingat mat rempit macam kitorang ni nak pegi ke kursus kesedaran…ingat kitorang tak sedar ke…sedar tu dah lama sedar…cuma bakat terpendam ni macam mana nak luahkan…kepuasan beb…can u imagine betapa bangganya bila dapat wheely lama2…sama la macam orang dapat daki gunung everest…cuma nasib kitorang ni je yang tak berapa baik…belajar dah tak pandai kan…at least bagi la chance kitorang asah bakat…untung2 dapat wakil malaysia sertai moto gp ke apa ke…tapi bab2 convoi tu kita sokong la…usaha kementerian buat sukan malam ni sedikit sebanyak dah ubah persepsi masyarakat terhadap belia macam kitorang ni…bukannya kita takde masa depan…itu minat kita…cuba suruh kita repair motor ke, enjin ke mesti la kitorang expert…kalau asyik kursus kesedaran je atau perkhemahan…baik kita join pengakap…tak masuk ngan jiwa la…cuma menteri saja faham perasaan kitorang…ingat group kitorang ni takde yang baik2 ke..setakat diploma n degree tu bercambah…stress keje…nak jugak free entertainment…nak jugak bersukan…siang keje malam enjoy la…kalau tidak macam mana nak hepi beb…kitorang pun ada perasaan gak…nak sihat gak…macam orang lain…to kementerian teruskan usaha murni anda demi masa depan anak bangsa.

5. Mat Rentap - January 30, 2007

kira ok lah tuh….bila lepas sukan malam kita orang boleh lah ramai-ramai pergi lepak kat mana-mana sebab sukan malam habis awal beb….kul 1.00 mlm dah habis. tak kan nak balik, the nite is still young. Bagus juga ada sukan malam , at least kami kenal geng-geng rentap baru . Tak puas hati kami kontrol jalan raya lah beb….kira KBS faham lah kehendak kami tapi tyak mencukupi. Kalau KBS berani buat lah sukan malam sampai pagi boleh jadi sukan subuh …baru kami tak rentap kat jalan. Apa kata pegawai KBS.

6. munir B - January 30, 2007

tahniah n caya lah kementerian belia…gua sokong sukan malam ni beb…hari tu gua ada pegi…best gile…selain buat wheely gua sempat gak panjat2 dinding tu…next time nak try lak futsal ke paintball ke…tapi ok la sampai kul 1 beb…letih dowh…gile ke apo nak sampai subuh…letih beb letih…lu try la bersukan…berpeluh beb…cuba try panjat dinding pastu lu gi rentap…goyang tangan lu beb…tapi ape pun bagus kalau sukan ni ada tiap minggu…layan jugak…!

7. ejarll - January 31, 2007

program nie bgs utk semua golongan…pe nak dibangkang sgt.cuba bg pandangan yg lebih prktikal dlm hal nie..mari sama2 kita selesaikan masalah remaja zmn skrg nie….dgn adanya aktiviti anjuran KBS nie sekurang2 nya remaja n belia ada aktiviti yg berfaedah utk d wat…

8. Dutchlady - February 4, 2007

Sukan Malam ni diadakan khusus untuk para belia. Kenapa lah berfikiran negatif sangat rakyat Malaysia ni? Kalau Kerajaan buat program untuk golongan-golongan macam ni…. semua nak menentang dengan 1001 alasan.

Baguslah program macam ni diadakan. takkan setiap kali hanya nak buat program untuk belia-belia yang baik je. Kalau macam tu kira program syok sendirilah. orang kalau nak buat program, kena lah seimbang. supaya tak ada pihak yang ketinggalan.

Nanti lagi 20 ke 30 tahun, belia-belia sekarang ni lah yang akan meminpin negara. Kena la kita bimbing mereka ke arah yang lebih sihat dan berfaedah. takkan salah pulak kalau kerajaan nak bimbing mereka.

9. Azani - February 6, 2007

Tak berapa tahu sangat dengan program ini, nak juga sertai program ini. Bila agaknya next program akan di adakan. Nak join juga….

10. are~mad?? - February 17, 2007

akom…aku sokong kalo krajaan nk wat tmpt khas tok mat rempit..remaja skrg ie xpuas dgn hdop…so…enjoy…bkn ats 18thn je yg mnjd mat rempit…malah bdk2 skolah pon ada jgk…rempit junior…klo wat trek/tmpt khas kurg la mslh jln raya….dan xde lg plumba jalanan….HIDUP PANGKAH

11. ntah - February 22, 2007

aku sokong ape yang di bincangkan……memang btol remaja byk berpeleseran….

12. kecik_caya46 - March 21, 2007

bagus beb

13. hakim - June 18, 2007

aku rase mmg bagus ade sukan malam nie…bkn pe prnh skali tmpat aku buat bende nie,mase tue malam minggu,dak rempit semua dah redi nak racing,tau2 ade sukan malam kat bandar penawar(bp),johor,pe lagi konvoii gerak bp,peh best giler.polis tak heran dah mase tue,yang pandang badi ade gak,tp takleh wat pe2 sebab itukan die buat utk mat rempittttt

14. tz gurlz - June 19, 2007

for me this is big opportunity to the teen to grab…as long this is not illegal and covered by some party like pdrm, rela or what ever, they cannot do anything not right in front of public…they all should take an example like 1 ngo body that i’ve heard which is Mylamoc, this body have done a good activity n always have a good activity…but they didnt do any wrong attitude becoz their motto is perangi dadah n rempit…also they are an employee/worker n they just done the club activity in the holiday/sat&sunday…
where is the latest activity of sukan malam n when?
also congratulate n thanks to this party coz give the readers and outsiders this web to leave their comment n recommendation and hope u all will improve ur performance

15. s3mut - November 21, 2007

aku mmg sokong ar sukan mlm ni…klu kat johor tu buat kat tmpat dkat2 sikit gan aku..kat PONTIAN..snang sikit g..tak jauh…ni kat jb..jauh giler..oleh itu…aku harap pihak KBS dapt sdiakan trek sukan malm kat PONTIAN..nnti bleh gua datang..klu tak..aku main kat jalan kmpung jer la…nnti klu main kat kmpong msti orng kampong marah kan..k ar..harap pihak KBS dapat memenuhi hajat aku dan mmber2 aku…assalammualaikom…^_^

16. semut merah - July 17, 2008

wa caya sama lu… mt rmpit bp jhr stedy…

17. belle - January 19, 2009

ha’a la..orang yang bukan mat rempitpun malas nak g kursus kesedaran..nikan lg mat rempit..isk..kuno la plak..tak memahami jiwa muda mudi..macam mana nak setelkan masalah muda mudi???


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: