jump to navigation

Sukan Malam – gaya hidup baru belia January 24, 2007

Posted by sinchan in Aktiviti.
trackback

sm7.jpgBARU-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said mengumumkan pelancaran Sukan Malam atau Night Sports sebagai satu lagi peluang mengisi masa lapang di kalangan belia di negara ini. Sukan Malam itu akan menawarkan kemudahan untuk sukan konvensional seperti bola jaring, futsal, go-kart dan motosikal.

Indeks Belia Malaysia menunjukkan keterlibatan golongan muda dalam aktiviti rekreasi dan sukan adalah rendah iaitu kurang 30 peratus. Ini tidak bermakna golongan muda tidak berminat dengan aktiviti masa lapang yang positif. Minat mereka terhadap aktiviti masa lapang adalah tinggi iaitu di sekitar 80 peratus. Persoalannya kenapakah terdapat jurang antara minat dengan tingkah laku sebenar mengisi masa lapang? Dua faktor mungkin mempengaruhi jurang tersebut iaitu kekurangan tempat yang sesuai dan juga masa lapang yang tidak sesuai.

Dari segi kemudahan sukan, telah banyak diwujudkan baik yang dikendalikan oleh kerajaan ataupun kini oleh pihak swasta. Usaha mewujudkan Sukan Malam ini bertujuan menyelaraskan antara permintaan untuk bersukan dan berekreasi dengan penyediaan tempat yang sesuai. Dalam istilah ekonomi ia dikatakan sebagai mencari keselarasan antara penawaran kemudahan sukan dengan permintaan untuk bersukan di kalangan golongan muda.

Kita perlu melihat pelancaran Sukan Malam sebagai satu daya inovatif bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk memastikan golongan belia menjalani satu gaya hidup yang cergas dan sihat. Kita tidak boleh melihat Sukan Malam sebagai sesuatu yang negatif yang akan menggalakkan belia keluar rumah di waktu malam dan terbabit dengan salah laku.

Negara kita telah berkembang pesat dalam pembangunan ekonomi. Selaras dengan itu telah muncul masyarakat kelas menengah yang dengan sendirinya mengubah gaya hidup mereka.

Gaya hidup masyarakat Malaysia sendiri turut berubah. Pola waktu bekerja, waktu santai dan waktu bersukan juga mengalami perubahan. Begitu juga jenis-jenis sukan dan aktiviti rekreasi juga mengalami perubahan. Anak-anak muda mula meminati sukan-sukan yang bukan tradisional di negara ini. Mereka meminati permainan futsal yang sering kali diadakan di waktu malam.

Kalau di negara Barat aktiviti rekreasi mereka dipengaruhi oleh musim-musim tertentu. Pada musim panas mereka menumpukan lebih kepada sukan di padang dan pada musim sejuk mereka lebih tertumpu kepada sukan dalam dewan. Oleh kerana negara kita tidak bermusim, ada baiknya kita mengoptimumkan masa lapang golongan belia dengan memberikan mereka peluang berekreasi di waktu malam kerana mereka mempunyai banyak masa yang terluang pada waktu berkenaan.

Gaya hidup golongan belia kelas menengah ini yang banyak terdapat di bandar sudah banyak berubah. Mereka semakin berminat dengan aktiviti sukan yang baru seperti futsal, bola keranjang dan sukan bermotor.

Pengaruh media yang menyiarkan perlawanan secara langsung dari luar negara turut mempengaruhi minat mereka.

Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia juga mendapati belia di negara ini akan menggunakan masa selama lapan jam untuk bekerja atau bersekolah, enam jam untuk tidur, empat jam sebagai waktu senggang, tiga jam membuat kerja-kerja menghias diri dan mengemas tempat kediaman, dan tiga jam lagi sebagai masa lapang yang tidak diperuntukkan untuk aktiviti yang khusus.

Sukan Malam yang dianjurkan oleh KBS adalah satu pendekatan pembangunan belia positif untuk mengisi waktu senggang golongan belia.

Golongan belia diberikan alternatif untuk mengisi masa lapang mereka pada waktu malam. Belia yang dapat mengalami pembangunan positif akan lebih berkemungkinan tidak akan terbabit dengan salah laku negatif.

Kita mesti keluar daripada peranggu minda yang sedia ada. Kita perlu melihat secara positif sesuatu yang inovatif dan kreatif.

Sukan Malam adalah satu inovasi untuk menyelaraskan permintaan aktiviti waktu senggang dengan penyediaan kemudahan sukan bagi mengoptimumkan pembangunan belia yang cergas, sihat dan bersatu.

– PROF. DR. SAMSUDIN A. RAHIM
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

Comments»

1. Izam Ismail - January 24, 2007

1.Sememangnya sukan malam ini baik untuk remaja , namun apa yang di khuatiri adalah remaja akan membuat program mereka sendiri di jalan-jalan raya selepas pulang dari program ini yang biasanya di adakan pada malam minggu dan malam sabtu. Al maklum sahaja bila mereka ini telah berkumpul ramai, apakah jaminan Kementerian bahawa ini tidak akan terjadi.
2. Adakah ianya lebih baik diadakan di kawasan-kawasan perumahan agar ibu bapa dapat memantanu perjalanan anak-anak mereka.

2. Faezah Abd rahman - January 24, 2007

Saya adalah di antara peserta yang mengikuti pelancaran sukan malam di Shah Alam baru- baru ini dan mata berbangga kerana sekurang-kurangnya kami mempunyai tempat untuk melakukan riadah pada waktu malam. Ucapan syabas kepada menteri belia dan sukan kerana amat perihatin dan memikirkan kami dari golongan belia yang tidak berpesatuan. Sebelum ini kami tidak langsung disenaraikan dalam aktiviti belia yang di jalankan oleh mana- mana kementerian. Sekali lagi syabas kepada Menteri Belia dan Sukan yang perihatin dan juga syabas kepada pegawai-pegawai KBS yang telah melakukan dengan baik.

3. Rawandi Harun - January 24, 2007

Tahniah kepada YoungMalaysian.cjb.net kerana memberikan kami peluang untuk berbincang di sini. harapan kami agar segala yang kami bincang di sini dapat di berikan perhatian oleh mana-manan badan yang bertanggungjawab bagi menjaga young malaysian seperti kami. Syabas….

4. Zarina Jamaluddin - January 24, 2007

Congrates and all the best to YoungMalaysian.cjb.net

5. amber chia - January 24, 2007

The Ministry is organising interesting programs at last!! Hopefully these programs at night will continue to take the Mat Rempits off the highways and streets.

6. mat abu - January 29, 2007

sukan malam memang best…to the minister congrate…i luv u…tapi kan why not kerajan adakan permanent place untuk belia berkumpul n bersukan macam ni tanpa dikenakan bayaran…maksudnya kalau nak enter tu free la…belia kat malaysia ni bukan la keturunan kaya-kaya…kalau nak main futsal ka atau nak race kat litar ka, kena bayar mahal2 nak buat apa…mana nak cari duit…gaji despatch brapa saja…tu la minta la kerajaan pandang permintaan belia ni…takkan banggunan tinggi2 boleh buat…gelanggang untuk belia jalankan aktiviti sihat pun tak boleh nak bagi…pelaburan hari ini untuk kesejahteraan hari esok…belia penyambung warisan…!

7. Dutchlady - January 29, 2007

Syabas kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia khasnya Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Azalina Dato’ Othman Said di atas idea beliau yang amat bernas. Sejak YB Dato’Azalina menjadi Menteri Belia dan Sukan Malaysia, banyak program baru yang diilhamkan oleh beliau dilaksanakan di Kementerian Belia dan Sukan. Saya seorang belia Malaysia memuji dan menyambut baik program-program yang dianjurkan oleh pihak KBS sejak Pucuk Pimpinan KBS dijawat oleh YB Dato’ Azalina. Sebagai contoh Liga Sukan Komuniti yang dilancarkan pada tahun 2006 yang mana menampakkan kejayaan yang amat besar. Melalui program tersebut, Masyarakat Malaysia dapat disatukan kerana sukan merupakan satu elemen yang dapat mengukuhkan perpaduan tidak mengira bangsa dan agama. Saya berpendapat bahawa program-program yang dijalankan oleh KBS pada masa kini adalah bersesuaian dengan jiwa para belia di Malaysia pada abad ke-21 ini. Sukan Malam, program terbaru KBS adalah langkah yang amat baik dna kena pada masanya. Isu terkini adalah masalah ‘Mat Rempit’. Belia Malaysia sering dipandang serong masa kini. Adakah salah sekiranya belia menaiki motosikal, Jika itu sahaja jenis kenderaan yang mampu mereka miliki? Belia yang menggunakan motosikal sebagai kenderaan atau pengangkutan asas mereka sering dicap sebagai ‘Mat Rempit’. Tanggapan seperti ini adalah tidak adil kerana hanya segelintir belia sahaja yang bermasalah tetapi terpalit kepada yang lain-lain. Dengan cabaran yang dihadapi oleh dunia dan belia khasnya pada masa kini, Sukan Malam adalah antara cara yang dilihat dapat menangani masalah yang dihadapi oleh Belia di Malaysia khasnya. Kesibukan bekerja, masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi di bandar-bandar besar merupakan faktor yang menghalang belia di Malaysia untuk melakukan aktiviti sukan atau riadah pada waktu siang. Malam dan hujung minggu sahaja merupakan waktu senggang yang ada oleh para belia. Trend terkini adalah belia melakukan aktiviti bersukan dengan bermain futsal di pusat-pusat futsal yang beroperasi sehingga awal pagi. Masyarakat jangan salah anggap dengan Program Sukan Malam yang dianjurkan oleh KBS, Kementerina mengambil langkah untuk menyediakan persekitaran atau vanue yang sepatutnya untuk belia berkumpul dan melalukan aktiviti dengan lebih terkawal. Sukan Malam terbahagi kepada 3 blok iaitu Sukan Bermotor, Sukan Konvensional (futsal, basketball 3 on 3 dll) dan X Games. Apakah masalahnya jika belia sukan akan sukan bermotor? tidak salah jika mereka menjadikan sukan ini sebagai hobi kerana sememangnya belia masa kini sukan akan cabaran. KBS telah menyediakan tempat yang proper untuk mereka menjalankan aktiviti yang mereka gemari secara legal dan sihat. Jadi kenapa kita perlu menentang usaha murni KBS ini. Saya tidak nampak sebab kenapa masyarakt perlu memandang serong kepada program ini dan kita sepaptutnya mengikis persepsi negatif ini dan memberikan sokongan.

8. lonely_no_more - January 30, 2007

i must say kan program sukan malam ni best tapi kan nape tak ada lagi. i nak minta kementerian buatlah selalu baru best ni tak kan buat seklai tu je. buat kalu boleh setiap minggu so at least remaj ada benda nak buat waktu malam.

9. malini a/p muniandy - January 31, 2007

Saya mahu tanya dengan dutch lady….
Sebab baru – baru ini adaik saya juga turut menyertai sukan malam itu.
Apa jaminan KBS tentang keselamatan para belia yang membuat aksi-aksi memberhaya walaupun ianya dilakuakn di tempat khas. Adakah mereka ini di insurankan , Jika berlaku kemalangan apakah mereka ini di lindungi.

Apakah nanti sukan malam ini akan menjadi lesen kepada ibu bapa bila belia ini keluar dan selepas prog ini mereka adakan prog mereka sendiri.

10. KPL Shamsuddin - January 31, 2007

Ini kata ——–> Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Nooryah Md. Anvar – Siapa setuju…..

Kaji semula waktu Program Sukan Malam

Kerajaan diminta mengkaji semula waktu pelaksanaan Program Sukan Malam kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah sosial di kalangan remaja.

Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Nooryah Md. Anvar berkata, kerajaan perlu mencari pendekatan lain yang lebih bersesuaian dengan menetapkan tempoh waktu program berkenaan.

‘‘Walaupun program ini diyakini akan mengalihkan minat remaja daripada terbabit perlumbaan haram, namun kita perlu meneliti realiti sebenar di sebalik pelaksanaan program sedemikian,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambah beliau, program terbabit bukan sahaja mengundang masalah keluar malam bagi golongan remaja malah menyukarkan ibu bapa mengawal tingkah laku golongan berkenaan kerana mereka akan memberi alasan untuk menyertai program sukan tetapi pergi ke tempat lain.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Program Sukan Malam yang dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan semalam bagi menangani masalah mat rempit di kalangan remaja.

Menterinya, Datuk Azalina Othman Said berkata, program tersebut diyakini dapat mengatasi masalah penagihan dadah dan penglibatan belia di kelab malam.

Program Sukan Malam yang dicadangkan itu merangkumi program sukan bermotor seperti motosikal, kereta dan go- kart.

Sementara bagi program sukan konvensional termasuk bola jaring, futsal dan 3 x 3 bola keranjang.

Bagaimanapun, program itu hanya membabitkan bandar besar seperti Shah Alam, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bharu.

11. Azman - January 31, 2007

Betul ke……….Program Sukan Malam tangani mat rempit

Kementerian Belia dan Sukan hari ini melancarkan program Sukan Malam bagi menangani masalah mat rempit di kalangan remaja.

Menterinya, Datuk Azalina Othman Said berkata, program tersebut diyakini dapat mengatasi masalah penagihan dadah dan penglibatan belia di kelab-kelab malam.

Beliau berkata, sebagai permulaan program Sukan Bermotor Malam akan berlangsung pada 20 dan 21 Januari depan di Litar Go Kart, Batu 3, Shah Alam.

Menurutnya, program tersebut berupaya menggerakkan pembangunan modal insan di kalangan belia selain memastikan mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan sukan.

‘‘Bayaran yang paling minimum akan dikenakan kepada para peserta bagi memastikan kesungguhan mereka menyertai program tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azalina menjelaskan, program Sukan Malam diwujudkan bagi memberi peluang kepada golongan muda mengisi masa lapang dengan bersukan pada waktu malam.

Katanya, kajian terkini Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) mendapati para belia amat berminat dan optimis terhadap sukan tetapi tiada kemudahan disediakan untuk mereka.

‘‘Kesuntukan masa pada waktu siang menyebabkan para belia tidak mempunyai ruang yang cukup untuk bersukan justeru program seumpama ini dapat membantu mereka beriadah.

‘‘Kita menyasarkan bandar-bandar besar seperti Shah Alam, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bharu sebagai lokasi strategik untuk program Sukan Malam,” katanya.

Program tersebut merangkumi program sukan bermotor seperti motosikal, kereta dan go-kart sementara bagi program sukan konvensional termasuk bola jaring, futsal dan 3 x 3 bola keranjang.

Sukan-sukan x-games pula termasuk roller blade, roller skate dan basikal lasak BMX.

Mengulas mengenai program sukan bermotor malam beliau berkata, pertandingan motosikal berkapasiti bawah 125 cc secara terbuka akan dianjurkan.

Azalina menjelaskan, format pertandingan berpandukan undang-undang dan hanya 50 motosikal dibenarkan bertanding pada satu-satu masa.

‘‘Beberapa aktiviti sampingan berkaitan permotoran akan turut diselitkan bagi menimbulkan kesedaran kepada peserta supaya mengutamakan keselamatan,’’ katanya.

12. ejarll - January 31, 2007

mmg x semua perkara dpt IMPAK POSITIF dlm sekelip mata..perkara nie perlu gabungan semua organisasi x kira NGO’S mahupon kerajaan…jd bersama2 la kita jd kn kenyataan

13. Chin Sew Mei - January 31, 2007

Saya pelajar dari UPM.
Persoalan saya jika boleh di terangkan di sini oleh orang-orang yang berkenaan.
1) Sukan malam ini hanya dihadiri oleh 99% remaja Melayu. Kerana masalah mat rempit ini hanya khusus untuk orang Melayu. Tetapi Sukan yang lain juga ada melibatkan bangsa lain, tetapi bagi bangsa lain bersukan dan beriadah adalah hanya di waktu petang dan pagi, kerana waktu malam mereka mentelaah atau berehat dan melakukan perkara-perkara yang lain yang lebih berfaedah. Mengapa Kem begitu berminat untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan satu kaum ini dan kenapa kem tidak memikirkan satu masalah yang dihadapi oleh semua kaum seperti merokok dan memikirkan sesuatu yang besar untuk menjadikan remaja Malaysia sifar perokok.

14. munir B - February 2, 2007

betul jugak apa yang u cakap chin sew mei…tapi u ada pegi ka itu sukan malam tengok…confirm ka itu program semua melayu punya…cina sama india tiada meh ?…bukan tiap2 malam ma…satu bulan 1 atau 2 kali saja ma…u bagus la saturday nite pun u baca buku…u memang rajin…tapi dibelakang rumah i itu cina punya orang pun ada buat itu tai chi…sukan malam jugak ma…next time u datang la try tgk itu sukan malam…u boleh bawak buku skali ma…pasal itu rokok ah sudah ada kempen maa…u tak tau ha…kasi malu upm saja…siapa lu punya lecturer…?

15. Dutchlady - February 2, 2007

Hai Malini…

Wah, nama u bukan main glamour lagi, macam Hema Malini, Heroin Hindustan zaman dulu-dulu.

Regarding you question about the insurance, actually Kementerian memang ada sediakan insurans berkelompok untuk sukan bermotor. Jadi tak perlulah risau.

Apa jaminan Kerajaan untuk remaja tak jadikan Sukan Malam sebagai alasan atau tiket untuk keluar rumah pada waktu malam? Sekiranya tiada Sukan Malam yang dianjurkan oleh Kerajaan ini pun…. Belia tetap keluar pada waktu malam untuk melakukan aktiviti riadah mereka, jadi tujuan Sukan Malam ini diadakan supaya kita tahu ke mana mereka pergi dan apakah jenis aktiviti yang dijalankan kerana terdapat pengawasan daripada pihak berkuasa.

Selepas Program ini tamat…. takkanlah Kerajaan nak hantar setiap orang Belia ni balik sampai ke pintu rumah? Semata-mata nak pastikan mereka tidak menyalahgunakan Sukan Malam sebagai tiket untuk keluar pada waktu malam. Keluarga haruslah percaya kepada mereka, dan didikan sejak awal adalah tanggungjawab keluarga, bukannya Kerajaan. Jadi kalau anak-anak berperilaku liar, takkanlah Kerajaan juga ynag harus dipertanggungjawabkan. Kalau macam tu, sejak lahir lagi sepatutnya dah berikan anak tu kepada Kerajaan untuk dibela. so baru la adil kalau nak salahkan kerajaan kalau anak-anak berperilaku buruk

16. azimah kadir - February 4, 2007

Baguslah sukan malam ini jika benar benar dpt. Capai matlamat.kita tgk. Lah sejauh mana pihak kbs. Dpt menganjurkan sukan mlm ini am jgn angat angat tahi ayam saja.harap harap remaja remaja dpt berikan kerjasama utk menangani masalah mat rempit ini.tahniah datuk azalina.katanya ini. Idea datuk sendiri.

17. zubir - February 6, 2007

bagus jika sukan malam ini diadakan di area-area di mana budak -budak rempit selalu merempit seperti di jalan TAR atau di taman tasik titiwangsa kerana mat rempit yang selalu bawa motor hingga cecah telinga dapat lakukan di tasik titiwangsa.

18. rempit jb - February 23, 2007

assalamualaikum…program sukan malam bagus diadakan utk remaja masa kini kerana ini dapat memberi faedah kepada remaja dan mencungkil bakat bagi mengisi masa lapang di kala malam.aktiviti seperti sukan go-kart,motorsikal,futsal dan sebagainya dapat dilakukan dengan sempurna jika ada kerjasama antara semua pihak.ini dapat menghindarkan mereka daripada melakukan gejala sosial seperti merempit,seks bebas,melepak,berpeleseran dan sebagainya.

19. imaH - July 17, 2009

sukan mlm x mberi manfaat kpd remaja…
ahklk mreka akn rosak dgn mlakukan gejala sosial yg x sihat..
sprt melepak, mrokok, dll…
so,bgs ka sukan mlm nie???
KBS, sila jelaskann…

20. EMMA - September 16, 2009

imah .
buat sukan malam buat itu tujuannya. i mean smoking dll.
if tak ada sukan malam pun ada juga aktiviti yang tidak sihat.
so,dengan sukan malam ini akan memenuhi masa lapang remaja.
juga dapat mengurangkan gegala sosial ini
remaja pandai pandai sendirilaa nak menentukan baik dan buruk.
ini salah satu cara untuk mengatasi dan memenuhi masa yang terluang itu supaya tidak terhabis dengan sia-sia.
sangat bagus

21. mama - November 10, 2009

bagi remaja aktiviti malam memang mereka suka. tmbah sokongan kerajaan. alasan kuat nak kuar malam termasuk anakdara- anak dara. masalahnya lepaih sukan malam anjuran kerajaan, depa buat sukan malam sendiri. bila dah buncit sapa nak tanggung? yang tahu jaga maruah alhamdulillah? tapi berapa kerat? memang betul kata chin sew mei. sukan riadah sepatutnya waktu petang/pagi dan waktu malam adalah waktu untuk santai rehat bersama keluarga dan mentelaah bagi pelajar. sedarlah…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: