jump to navigation

Litar Lumba Kaedah Terbaik Banteras Mat Rempit – Azalina October 23, 2007

Posted by sinchan in Belia, remaja.
6 comments

Semua kerajaan negeri dan kerajaan tempatan disaran menyediakan kemudahan litar lumba sebagai kaedah terbaik membanteras gejala “Mat Rempit” atau lumba haram di kalangan golongan muda yang semakin berleluasa sekarang.

 Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ketiadaan litar lumba dan kemudahan seumpamanya adalah antara penyebab mengapa remaja suka berlumba di jalan raya hingga membahayakan pengguna lain.
(more…)

Iklan kerja tetap SPA sepanjang tahun October 9, 2007

Posted by sinchan in Belia, Nasional.
22 comments

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) membuka iklan tawaran sepanjang tahun untuk kerja tetap dalam sektor awam menerusi laman web Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu Belaun berkata, iklan itu juga disiarkan dua kali setahun dalam akhbar dan tiada alasan langsung untuk mengatakan promosi kerja kontrak SPA dikatakan melebihi promosi kerja tetap.

“SPA mengiklan dalam laman web jika ia mengenal pasti keperluan untuk jawatan tetap.

“Namun, jika agensi berkenaan memikirkan perkhidmatan berkenaan hanya bermusim atau skop fungsi sesuatu jawatan tidak memerlukan jawatan tetap yang berpanjangan, maka ia hanya diiklan dalam akhbar untuk jawatan kontrak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) mengenai bilangan iklan kerja kosong untuk jawatan kontrak sektor awam dalam akhbar pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan tambahan Hamim Samuri (BN-Ledang) tentang pegawai kontrak yang diberi layanan yang tidak setimpal untuk dilantik ke jawatan tetap dan sering terabai kerana dikatakan sudah mempunyai kerja semasa temu duga, Entulu menafikan perkara itu.

“Kakitangan kontrak sentiasa menjadi keutamaan untuk diberikan jawatan tetap,”

Dipetik daripada Utusan Malaysia 9 Oktober 2007