jump to navigation

Manusia atau binatang , ibu bayi ini ? March 6, 2007

Posted by sinchan in remaja.
trackback

babies.jpgBayi siapakah ini? Kalau mereka benar-benar manusia, bayi yang cukup sempurna sifatnya ini tidak akan dibuang seperti ini.

Siapa yang melihat gambar bayi ini pasti akan berlinang air mata. Insan yang baru bernafas untuk hidup dinafikan haknya – mungkin oleh ibu yang melahirkannya sendiri.

Fenomena yang membimbangkan ini semakin menjadi-jadi.Bayi itu ditemui terdampar di Flat Lobak di sini pagi ini, dengan kepala dan hidung yang masih berlumuran darah serta tali pusat yang masih terlekat dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di satu lokasi lain.

Menurut jurucakap polis, mereka percaya suspek cuba membuang bayi itu di kawasan tong sampah dan apabila bertemu dengan orang ramai yang lalu di kawasan itu, bayi itu ditinggalkan di situ sebelum suspek menghilangkan diri.

“Mayat bayi ini ditemui penduduk kira-kira 11.45 pagi dan jika dilihat pada fizikal mayat, bayi itu bukan dibuang dari tingkat atas flat berkenaan, sebaliknya ditinggalkan di situ oleh suspek.

“Keadaan mayat bayi, kita lihat sudah ada kesan biru pada kaki dan kita percaya dia meninggal lebih dari 24 jam. Mungkin, suspek cuba membuang bayi ini di tong sampah berhampiran dan tidak sempat berbuat demikian kerana kawasan itu sering kali digunakan oleh penduduk.

“Daripada pengamatan awal, kita syak bayi ini berketurunan Cina. Mayat bayi itu, kita hantar ke Hospital Tuanku Ja‘afar dan bedah siasat mungkin dilakukan hari ini atau esok. Bayi itu mungkin sudah meninggal semasa dilahirkan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, suasana hiba dan pilu jelas terbayang pada wajah orang ramai yang menyaksikan bayi berkenaan ketika mayatnya diangkat oleh anggota polis, malahan ada yang mengalirkan air mata melihat kekejaman yang dilakukan oleh manusia tidak bertanggungjawab itu.

Mereka berkata, ini bukan kerja manusia tetapi manusia yang bertopeng ‘binatang’.

Gan Xie Hua, berusia 50-an yang mula-mula menemui mayat bayi berkenaan berkata, dia terkejut dengan kejadian ini dan sebaik terlihat objek di atas rumput belakang flat berkenaan, hatinya sudah tergerak apa yang dilihat itu memang seorang bayi yang telah dibuang.

“Apabila saya menghampirinya, saya menggigil dan ia mayat bayi lelaki yang cukup sifat. Saya bergegas ke rumah seorang jiran dan memberitahunya. Apabila saya menjelaskan kepadanya, dia tidak percaya.

“Tetapi selepas menghampiri mayat itu, dia percaya itu adalah bayi lelaki yang sudah meninggal dunia. Kami terus menghubungi polis,” katanya.

Rahmi Bustamam, 21, yang tinggal di flat berkenaan terkejut dan kesal apabila ada manusia yang sanggup membuang bayi yang dilahirkan begitu sahaja.

“Saya sedang membasuh baju pada pukul 11.30 pagi apabila seorang jiran bergegas memaklumkan yang dia menemui seorang bayi di atas rumput, belakang flat ini.

“Apabila saya turun, saya hampir menangis apabila bayi itu cukup sifatnya, tali perut masih terlekat dan lebih menyayat hati, dia mati dan ditinggalkan di atas rumput dan sudah dihampiri lalat. Darah di muka dan hidungnya masih ada,” katanya.

About these ads

Comments»

1. ina - March 6, 2007

ina tak nak banyak cakap pasal ni…bagi ina, ibunya binatang.

2. F Abdullah - March 6, 2007

Saya pernah buat lukisan akrilik tentang isu ini…semasa di Universiti daulu-daulu…di UKM…dan banyak menulis tentang isu kemanusiaan…

Manusia telah hilang pertimbangan kerana tidak menggunakan akal dengan sebaik mungkin…akal yang menngasingkan kita dan membezakan kita daripada haiwan…

Malah artikle saya Februari l2007 lepas ‘Aping Culture)telah di salah ertikan…almaklumlah…saya tulis dalam Bahasa Inggeris. Sebagai seorang Muslim…sudah tentu kita bukan daripada keturunan haiwan…tetapi kadangkala sifat manusia lebih teruk daripada haiwan….

Saya harap lebih ramai yang insaf…kerana menggugurkan anak adalah berdosa, apabila lagi mengabaikan bayi sehingga seseorang bayi itu mati….itu dianggap sebagai…membunuh??!!!

3. jinggo - March 6, 2007

Mungkin bercakap agak mudah bila tidak mengalami situasi cemas antara maruah dan harga diri.desakan juga membuat manusia hilang pertimbangan.bilapertimbangan telah hilang manusia akn lupa akn dosa dan hilang rasa kesian.lantas gejala sosial ini semakin bertambah hukuman berat perlu dikenakan kpd mereka agr ianya menjadi tauladan.

4. F Abdullah - March 7, 2007

‘hukuman’ bukanlah jalan keluar atau cara untuk mengatasi semua masalah….masyarakat dan individu hanya tahu menghukum dan melihat sesuatu isu daripada persepsi peribadi…

‘hukuman’ adalah salah satu cara…not the ‘only’ solution…We should have a ‘Social Net’ and a “Social Safety Net’ dalam ertikata ‘jaringan sosial’ untuk membantu dalam menangani permasalahan sosial….Rakan-rakan, keluarga,masyarakat setempat boleh menjadi tempat untuk mengadu. Kita harus menjadi ‘pendengar’ yang baik dahulu…kemudian cuba membantu atau dapatkan saluran bantuan yang terbaik…sebelum sesuatu perkara negatif berlaku.
Sesuatu yang ‘negatif’ itu kadangakala dapat dibaca dengan ‘tanda-tanda’ awal seperti ‘bahasa badan’, ‘riak muka’, perlakuan yang mencurigakan dan sebagainya….

Di sekolah-sekolah dan man-mana sahaja…’IQ’(Intelligence Quotient/Nisbah Intellek) amat diberi penekanan.Akan tetapi aspek ‘EQ’ (Emotional Quotient)kurang diberi perhatian. Oleh itu, disarankan bahawa aspek ‘Nilai Emosi’ juga harus diberi perhatian dan pendedahan serta ‘pelajaran’ dan nilai tentang ‘EQ’ diberi penekanan yang sewajarnya….

Oleh itu, semua pihak….setiap daripada kita tidak terlepas daripada tanggung jawab serta kita masing-masing harus memberi peranan dalam menangani isu ini (yang kita termampu).Remember…try not to be ‘judgmental’….

5. mimi - March 7, 2007

ish3,,,
manusia..mkn lme mkn jo dr tuhan,,
nauzubillahi min zalik..

6. zainal - March 7, 2007

Apa juga solution yg di cari namun jln buntu juga yg terhidang.masa seronok berdua masa cemas tinggallah sang gadis sendirian mencari jln penyelesaian.akibat kebuntuan jalan yg jijik ini dipilih.siapa yg perlu bertanggungjawab.hukuman tetap dan perlu dilaksanakan atas kezaliman.namun punca dan kekusutan perlu dihuraikan.kedua-kedua yg menjadi punca keganasan ini perlu dihukum.walaupun ianya bukan solution tetapi ianya adalah balasan.

7. hafidah mansor - March 7, 2007

Sudah tidak ada lagi kah kasih dan sayang belas dan kasihan dilubuk hati manusia ini. Apakah dunia tidak lagi waras dan manusia telah benar2 boleh hilang pertimbangan sehingga sanggup sekejam ini.tidak adil kepada binatang jika manusia ini dikatakan binatang kerana binatang juga sayangkan anak mereka dan tidak sezalim manusia ini.binatang juga punya perasaan kasih dan sayang.

8. F Abdullah - March 8, 2007

Yes, Hafidah…I do agree with you…If you read my respond dalam ‘Aping Culture’..saya ada menyatakan bahawa haiwan pun tahu sayang anak….

What is to become of our society and ‘kemanusian’???…bapa bunuh anak, mak bunuh anak, anak bunuh mak bapa….mak buang anak..tapi perlaku ibu dan bapa bayi yang di buang itu yang bersalah…yang terkini…seorang pelajar melahirkan anak, kemudian sorok dalam beg sekolah……dan tumpah darah semasa aktiviti bersukan…yang menghairankan…semua orang tak sedar keadaannya yang mengandung sehingga melahirkan anak…yang lebih menyedihkan, gadis itu disyaki dirogol oleh ahli keluarganya sendiri (Incest rape?)…siapa harus dipersalahkan…

Mimi…..what do you say about all of these…lahawalawala….all of us tak perfect, dan pernah melakukan kesilapan(besar atau kecil)…but I think we should help each other….and not be too judgmental…we should think plan of action…by responding to this article…it shows that you all care…masih ada yang prihatin…

9. STARLIGHT - March 24, 2007

Mcm F ABDULLAH said,dorng yg buang2 anak ni bukn haiwan atau bnatang tp syaitan bertopengkan manusia.Mereka mmg xda otak!!!!buang byi yng suci dan x berdosa..Kpada mreka2 yg wt comment kt cni,jgnlah smpai buang2 anak..

10. MUSE - March 24, 2007

heeee pelah nk jdi dunia skrg ni kan… pelik tpi benar, benar tpi pelik….. walau cmne pun it is reality not a fantasy… anak kan anugerah thn, so kte kna jg anugerah tu dgn sebaik-baik mgkn, anugerah seorg ank tu x dpt kte tandg ngan anuigerah pape pun even grammy award ke abpBH ke everythng lah… org yg dh lma kawin terngin nk menma chy mata, keje binatang r cmni, bkn manusia yg berakal!!!!!!!!!!

11. MoOnLight... =) - March 24, 2007

Ibu yg membuang ank nie dy memang manusia,bkan binatang..X d sapa yng ingin mmbuang ank sndri,kcuali seseorang ibu 2 ttrtekan dgn keadaan yg d’alami nya k..Klau anda brada d tmpt mreka jgk,anda akn mmbuat apa yg ada d artikal ini..Mgkin ada cra lain,2 pun klau mreka bleh b pkr lg..moga ALLAh membrikan balasan kepada mereka yg melakukn seperti ini…AMIN!!!!!!!!!!

12. Baby girl's - March 25, 2007

Sy stju gan pndpt mimi,ank2 muda zaman skarang krang didikan agam…Kte pun x leh slah kn ank2 zman skrang,sbb ajaran agama brmula dri rmah,,ibu bapa prlu mluangkan masa lbih untk ank2…tp ape2 pun,nawaitu kte samaada ingin mlakukan@x..Peredaran masa skrang jgk,mmpngaruhi pkiran2 ank2 mda zaman skrang…Spttye,sbagai ibu bapa..dri awal lg beliau mmbri ddikan agama….

13. maKes mE w0ndEr... - February 4, 2008

sy p0n stuju gak..
bdak2 mlayu zmn skunk da rosak!
slamba je men kissing2..
apa nk jdk ngn bdak skunk??
itulah…ckgu pukul sket,da bseng…
mmg yg ad hak memukul nih mak bapak,tp mak bapak dah serahkn tggungjwb kt ckgu..
masalahnya,klo bdak bt prangai,ckgu tokleh pukul…
abeh tuh,bdak???

14. nurul - April 27, 2008

kembalikan hak pemerintahan kepada Islam

15. Erin - May 8, 2008

kenapa kejam manusia zaman sekarang,bagilah anak tu pada orang yang kahwin xde anak.memang zali betul manusia zaman sekarang.

16. kak nia - October 21, 2008

kepada sesiapa yang mempunyai kawan, sedara @ yang berkaitan, kiranya tidak mahu baby, jangan sesekali perlakuan sebegitu kerana masih ada yang sayang baby itu. saya sayang baby itu……….. anda boleh bagi kat saya.
Sekiranya anda tidak mampu, boleh, mahu memelihara baby itu, masih ada orang mampu, boleh, mahu memelihara baby itu setidak-tidaknya anda tidak memjadi pembunuh. Pasti anda mempunyai naluri seorang ibu, oleh itu jangan menbuang baby anda, bagilah kat mereka yang memerlukannya termasuk saya.
anda boleh e-mail @ hubungi saya di nia.astasha@gmail.com atau 012 9892397

17. hamba allah - December 7, 2008

saya amat terharu dengan sifat manusia yang sudah lupa dunia,sanggup membunuh anak sendiri tanpa berfikir panjang.kenapa manusia yang membunuh bayi ini terlalu kejam,..sedangkan binatang sendiri tak sanggup membunuh anaknya,tapi manusia bagaikan tiada makna dan langsung tak berfikiran waras.bayi yang jelas tak bersalah menjadi mangsa kerakusan nafsu manusia yang tak ada otak.saya simpati atas bayi yang comel ini mudah-mudahan ibu yang membuang dan membunuhnya tak akan selamat dunia akhirat….

18. ajaibnya baby - March 24, 2009

demo ni diorang ni tak kejam pon..kawe tak heran..
diorang buat tu betol le kata quran so quran tu kitab yang benor lagi betui…
dah nampak sekarang ni tanda tanda nak kiamat…bior le diorang tu nanti malaikat menyampa di…batu diaorang ni ingat dosa..
mekasih le cik kak kerana sudi ambik gambar bayi ajaib tu…pasal lahir tampa bapak mungkin mak pon takde kot….den teharu..den baru tahu..ni dah nak sampai maso kot……kalo nak kumpul kes lagu ni…adoi betimbun kot…..

19. HALIMUNAN - May 27, 2009

kesian,sebak,sakit hati…..dah terlanjur e2 bukn salah bayi pala slhnye di bsrkn sj bayi 2,malu????????npe x berfkir b’ribu x sblm m’lakukn!!!!!!xda perasn manusia lnsg!!!anjing pun klu kta tgk nak dia ten2 da kta dikejar abis2san….sesiapa yg da terlanjur&psgn@ke2 belah pihak x nk responsibility..sya cadangkan la u all hntr la bayi 2 ke tmpt2 panti asuhan ramai lg yg nak kn nak even bukn darah daging mrk sndr….dan seyakin2nya sya family angkt 2 akn lbh m’yayangi mrk..lbh dr anda sndr..fmily bru mrk blh m’yediakan segala k’perluan mrk kelak….insafla selagi ALLAH m’buka pin2 taubat bt umat yg di kasih NYA….pcyala hari p’blasan 2 pasti ada…

20. HALIMUNAN - May 27, 2009

kwn2 add la sya ginalovers85@yahoo.com kta leh tkr2 p’dpt

21. wea - September 9, 2009

salam.kenapa manusia sanggup membunuh,merompak,merogol?????

tak takut pada balasan dunia ke???

mmmm,say kadng2 bimbngkntntg keselmtan keluarga saya..

diorng x terpkir ke lu pemili dia sendri yg kena rogl atau kena bunuh…..sebelum dirong wat demikian.nak sgt tgk malaysia bebas dri jenayah.dh muak bila tgk kes rogol samun bunuh dlm paper…insaf la wahai manusia…

22. khatijah - April 13, 2010

satu je i nak kata. yg buat baby tu dan yg buang baby tu hidupnya akan hancur dan akan terjadi sesuatu yang buruk. saya akan doakan mereka seksa di bumi, kubur dan neraka. Celaka punya ibu. org yg buat mcm tu adalah x de otak, makan tahi dan hati busuk. saya seorang yang mulut masin. ibunya akan sengsara. memang saya setuju ibu kepada bayi itu memang sial. binatang pun pandai jaga anak tapi org islam ni nak kata binatang tak juga, nak kata tak ada akal tak juga. perempuan islam ini memang memalukan kaum. bertaubatlah siapa yang nak buat tu. malulah sikit dgn bangsa lain. bangsa lain tak pernah i dgr mereka buang bayi. cuma bangsa kita je yang buat mcm tu. pandai buat pandai tanggunglah.

23. NADZIRAH - April 19, 2010

ni zaman jahiliah kew……???knp manusia x guna kn akal yg sudah di beri ALLAH SWT kpda manusia….?????ikut sangt nafsu da knp…..guna akal la….xpk kew anak 2 nk jugak hidup….da thu xnk anak knp masih buat lagi…..???ingat dosala….jgn smpai ALLAH SWT murka ngn kiter semua….ALLAH 2 MAHA BERKUASA ATAS SEGALA2NYA….

24. angah - April 23, 2010

salam, kenapa la manusia sekarang ni lebih BERAJAKAN NAFSU, dunia makin maju tetapi pemikiran masyarakat sekarang semakin mundur, manusia sekrg bertindak mengikut hawa nafsu tanpa memikirkan akibat yang akan mrk perolehi, guna la akal yg diberikan sebaik-baiknya.

25. syuhaada - May 28, 2010

asalamualaikum,kita janganlah buang bayi nie kalau kita buang bayi nie kita kekuragan manusia jadi sedarlah kepada semua manusia JANGAN BUANG BAYI..

26. Katrina Cassandra - June 3, 2010

hye..kloe tdk mampu m’jga ank lbh baek serahkn ank e2 d pusat kbjkn knk2 je psti edupnya lbh d’wrnai drpada d buang olh ibubpanya yunk tdk b’perikemanusiaan….d mna karh hti nurani mrka sbgi mnusia yunk d ‘cpta olh Tuhan yunk maha esa…kloe mrka tk nk hntr ke pusat kbjkn puwn serahkan ank e2 kpada psngn yunk mmrlukan ank d ‘smpng mrka…..ank e2 mrpakn anugerah yunk indah drpada Tuhan….ank e2 jga ialah bagaikn kain putih yunk hrs d wrnakn dgn pnh wrna wrni olh ibu bpanya…

27. mutiara zuLkifLi - January 21, 2011

eh asaL Laa bengap cgt,.baby xde dose pn kena buang..pd sesape yg buang baby ny..kowang igt cket..dunie mybe kowang Lpas..tp akhirat tga tgu,.xde akaL,..grrr…

28. lliza - June 3, 2011

manusia zman skrang hlang ptimbgan dlm diri.soga tuhan membuka pntu ati dan bertaubat lah sblum tlambt….

29. aiefa - January 2, 2012

kalaula allah tk maaf mereka.tk kesala kenamapa mereka sanggup buat begitu :(


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: