50 kompleks sukan komuniti idea bagus – tapi mana dia ? January 31, 2007
Posted by sinchan in Belia.12 comments
Kompleks Sukan Komuniti yang bakal diwujudkan di 50 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara merupakan langkah sulung Kementerian Belia dan Sukan membangunkan sukan sehingga ke peringkat akar umbi.Menterinya, Datuk Azalina Othman Said berkata, melalui pembinaan kompleks komuniti ini, orang ramai boleh menikmati pelbagai kemudahan sukan dan tidak hanya terhad kepada gelanggang terbuka yang terdapat di seluruh negara ketika ini. (more…)
Bolasepak kita kini menjadi barah? January 30, 2007
Posted by sinchan in Sukan.20 comments
Tentu sekali masih ramai yang mengigati zaman kegemilangan bolasepak tanah air ketika Malaysia segagah pasukan Jepun dan juga Korea . Perlawanan antara Korea atau Jepun. Nama-nama seperti Mokhtar Dahari , Syed Ahmad, Isa Bakar , Ali Bakar,Bahwandi Hiralal, Soh Chin Aun , M Chandran , V Arumugam , Santokh Singh dan banyak lagi wira-wira pasukan Malaysia amat di geruni oleh pasukan Korea dan juga Jepun.
Negara kita juga pernah melayakkan diri sebanyak dua kali ke Sukan Olimpik dan sering mejadi juara Piala Merdeka pada ketika itu yang merupakan satu pertandingan yang terhebat di rantau Asia ini. (more…)
Sukan Malam – gaya hidup baru belia January 24, 2007
Posted by sinchan in Aktiviti.20 comments
BARU-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said mengumumkan pelancaran Sukan Malam atau Night Sports sebagai satu lagi peluang mengisi masa lapang di kalangan belia di negara ini. Sukan Malam itu akan menawarkan kemudahan untuk sukan konvensional seperti bola jaring, futsal, go-kart dan motosikal.
(more…)
Program Sukan Malam galak remaja berpeleseran January 24, 2007
Posted by sinchan in Aktiviti.17 comments
Program Sukan Malam bakal menambahkan aktiviti berpeleseran dan keluar malam bagi golongan remaja serta menggalakkan lagi mat rempit melibatkan diri dalam dunia perlumbaan permotoran.
Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidik dan Kaunseling Universiti Malaya, Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, walaupun Sukan Bermotor Malam diadakan di kawasan khas, namun realitinya ia masih berlumba.